DOHA: Malaysia mahu meneroka potensi kerjasama bersama Qatar dalam sektor kecerdasan buatan (AI), sekali gus merebut insentif transformasi digital berjumlah 9 billion Qatar riyal (RM1=0.77 sen Qatar) yang diumumkan negara itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman insentif berkenaan amat disambut baik, yang dilihat selari dengan hasrat kerajaan dalam memperkasakan sektor AI di Malaysia.
"Ya, tumpuan kita adalah bekerjasama dengan Qatar dalam bidang AI. Contohnya, Qatar mempunyai institut penyelidikan AI.
"(Justeru) saya telah minta (Menteri Pendidikan Tinggi) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir supaya ambil tindakan susulan dengan rakan sejawatnya iaitu Menteri Pendidikan Qatar," katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang media bagi mengakhiri siri lawatan beliau ke negara Asia Barat itu, hari ini.
Terdahulu pagi ini, Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani ketika Forum Ekonomi Qatar mengumumkan insentif transformasi digital bernilai kira-kira sembilan bilion riyal Qatar untuk ditawarkan, termasuk dalam bidang AI.
Anwar, yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, antara bentuk kerjasama AI yang boleh dimeterai dengan Qatar adalah dalam pendidikan dan juga pelaburan.
Mengulas mengenai hasil lawatan singkat beliau ke Qatar, Perdana Menteri berkata keyakinan syarikat negara itu terhadap keupayaan Malaysia telah berjaya menjana potensi eksport bernilai RM700 juta.
Justeru, beliau optimis perdagangan dua hala antara kedua-dua negara akan melepasi jumlah yang dicapai pada tahun lepas, susulan trend kenaikan yang positif.
"Dalam tiga bulan ini, kerana dorongan daripada kerajaan Qatar juga, peningkatan perdagangan (meningkat hampir 180 peratus).
"Kedua-dua pemimpin (Qatar) Amir Qatar (Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani) dan Perdana Menteri (Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani), selain menteri-menteri (Qatar) yang menemui rakan menteri saya, beri jaminan bahawa jumlah ini akan jauh lebih meningkat dari segi perdagangan, pelaburan dan kerjasama," kata beliau.
Pada tahun lepas, jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan Qatar mencecah RM4.2 bilion.
Dalam tempoh Jan hingga Mac tahun ini, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara itu meningkat 178.4 peratus kepada RM1.43 bilion (US$303.9 juta) berbanding RM514.9 juta (US$116.7 juta) pada tempoh yang sama 2023.
Setakat tahun lepas, Qatar merupakan rakan dagang kelima terbesar Malaysia, destinasi eksport keenam terbesar dan sumber import keenam terbesar dari rantau Asia Barat.
Anwar, yang mengakhiri rangka lawatan rasmi ke Qatar hari ini, dijadualkan berangkat ke Republik Kyrgyz dengan menaiki pesawat khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha, di sini, petang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman insentif berkenaan amat disambut baik, yang dilihat selari dengan hasrat kerajaan dalam memperkasakan sektor AI di Malaysia. - Foto BERNAMA
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Malaysia mahu rebut insentif transformasi digital Qatar, bekerjasama dalam sektor AI - PM
Malaysia mahu meneroka potensi kerjasama bersama Qatar dalam sektor kecerdasan buatan (AI).