RIYADH: Malaysia akan mengambil peluang untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dengan negara-negara Teluk pada Sidang Kemuncak sulung pemimpin ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang akan berlangsung di sini pada Jumaat.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata ini termasuk memuktamadkan beberapa perjanjian perdagangan selain meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang khususnya hubungan multilateral, ekonomi dan keselamatan serantau.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan mengetuai delegasi Malaysia pada sidang kemuncak itu, diberi penghormatan menyampaikan ucapan awal berikutan peranan negara sebagai Penyelaras ASEAN bagi sidang kemuncak itu.
"Sebagai Penyelaras ASEAN bagi Sidang Kemuncak yang mencatatkan sejarah ini, Malaysia diberi amanah untuk turut membantu persiapan Arab Saudi selaku tuan rumah," kata Zambry pada sidang media di Kedutaan Besar Malaysia di sini, Khamis.
Sidang kemuncak itu diadakan buat julung kalinya sejak ASEAN dan GCC menjalinkan hubungan pada 1990. GCC dianggotai enam negara iaitu Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Zambry berkata Perdana Menteri dijangka tiba pada 8 malam ini untuk lawatan kerja dua hari ke Riyadh, dengan jadual padatnya turut merangkumi pertemuan dengan ketua-ketua firma perniagaan, menghadiri pertemuan dua hala dengan beberapa pemimpin serta diaspora Malaysia esok.
Anwar juga akan menghadap Perdana Menteri Arab Saudi Putera Mahkota Mohammed bin Salman pada Sabtu selepas menerima jemputan peribadi daripada baginda sebelum ini.
Dari aspek ASEAN, Zambry berkata negara-negara blok serantau itu yang secara keseluruhannya mempunyai 650 juta penduduk, pastinya mahu mendapatkan perhatian rantau Teluk dan dunia berikutan kedudukan geopolitiknya yang strategik dan dinamik.
"Justeru, sidang kemuncak ini amat penting dan diharapkan memberi hasil yang amat baik khususnya dalam aspek hubungan yang sudah sedia terjalin," katanya.
Ketika ditanya mengenai isu di Semenanjung Gaza, beliau berkata ia dijangka mendapat tumpuan pemimpin ASEAN dan GCC mengambil kira perkembangan semasa yang menyaksikan penduduk Palestin terus dizalimi rejim Zionis Israel.
Malaysia terus tegas dengan pendiriannya berhubung isu Palestin dan Perdana Menteri sendiri lantang dalam memperjuang nasib penduduk Palestin sejak Israel berterusan menzalimi mereka termasuk melancarkan serangan dalam krisis terbaharu di Semenanjung Gaza.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa kedua-dua belah pihak.
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang mengadakan sidang tergempar di Jeddah bagi membincangkan konflik Palestin-Israel itu, turut menggesa Israel supaya menghentikan segera serangan terhadap penduduk Palestin.
OIC juga mengesahkan semula sokongannya terhadap "hak Palestin untuk mempertahankan diri dalam menghadapi serangan Israel yang menyasarkan nyawa, kesucian dan harta benda mereka".
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023
![Malaysia mahu perkukuh hubungan, kerjasama dengan negara-negara Teluk Malaysia mahu perkukuh hubungan, kerjasama dengan negara-negara Teluk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697079572_TBZambryAbdKadir.jpg)
Dr Zambry berkata ini termasuk memuktamadkan beberapa perjanjian perdagangan selain meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang khususnya hubungan multilateral, ekonomi dan keselamatan serantau. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737961536_PalestiniansGaza.jpg)
Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu.
![Bantahan pelajar pro-Palestin: Universiti Copenhagen akur, lepas 3 syarikat beroperasi di Tebing Barat Bantahan pelajar pro-Palestin: Universiti Copenhagen akur, lepas 3 syarikat beroperasi di Tebing Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716983584_protesUniversitiC.jpg)
Bantahan pelajar pro-Palestin: Universiti Copenhagen akur, lepas 3 syarikat beroperasi di Tebing Barat
Universiti Copenhagen mengumumkan pada Selasa ia akan melepaskan tiga entiti komersial yang beroperasi di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu (AA).
![1.7 juta penduduk hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza, kata PBB 1.7 juta penduduk hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza, kata PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708084657_DisplacedPalestinia.jpg)
1.7 juta penduduk hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza, kata PBB
Kira-kira 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal secara paksa di Semenanjung Gaza akibat pencerobohan Israel.
![Syawal suram di wilayah Palestin Syawal suram di wilayah Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712734113_tbEidalFitrprayer.jpg)
Syawal suram di wilayah Palestin
KEGANASAN terus meningkat wilayah Palestin ketika Perang Gaza tiada tanda menunjukkan akan reda selepas ia kini memasuki bulan ketujuh.
![Gaza perlu sekurang-kurangnya 1,000 trak bantuan kemanusiaan setiap hari Gaza perlu sekurang-kurangnya 1,000 trak bantuan kemanusiaan setiap hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706006768_trucks.jpg)
Gaza perlu sekurang-kurangnya 1,000 trak bantuan kemanusiaan setiap hari
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa 2.2 juta orang berada di ambang kebuluran.
![Putera Mahkota Arab Saudi bantah tindakan paksa penduduk Palestin berpindah Putera Mahkota Arab Saudi bantah tindakan paksa penduduk Palestin berpindah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697862971_MohammedbinSalman.jpg)
Putera Mahkota Arab Saudi bantah tindakan paksa penduduk Palestin berpindah
Baginda turut menggesa kepungan ke atas Gaza ditarik balik bagi membolehkan bantuan perubatan dan bantuan lain dapat disalurkan.
![Malaysia mahu perkukuh hubungan, kerjasama dengan negara-negara Teluk Malaysia mahu perkukuh hubungan, kerjasama dengan negara-negara Teluk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697079572_TBZambryAbdKadir.jpg)
Malaysia mahu perkukuh hubungan, kerjasama dengan negara-negara Teluk
Malaysia akan mengambil peluang untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dengan negara-negara Teluk pada Sidang Kemuncak sulung pemimpin ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
![Jemaah Palestin diserang pelampau Yahudi, rejim Zionis di al-Aqsa Jemaah Palestin diserang pelampau Yahudi, rejim Zionis di al-Aqsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/51559487517_TByahudi.jpg)
Jemaah Palestin diserang pelampau Yahudi, rejim Zionis di al-Aqsa
Kejadian berlaku apabila sekumpulan pelampau Yahudi bertindak biadab menceroboh masuk Haram al-Sharif.