KUALA LUMPUR: Malaysia kekal komited dalam menangani dan memerangi jenayah pemerdagangan orang meskipun diturunkan ke Tahap Tiga laporan Pemerdagangan Orang (TIP) Amerika Syarikat (AS) tahun ini.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Mohammad Fauzi Md Isa berkata, laporan itu menjadi peringatan kepada kementerian dan semua pihak berkepentingan lain supaya bekerja lebih baik serta memperbetulkan tumpuan dan keutamaan dalam segala tindakan bagi memerangi pemerdagangan orang.
"Malangnya Malaysia tidak mendapat markah yang baik dalam laporan TIP itu.
"Bagaimanapun ia tidak seharusnya menjejaskan semangat kita untuk melakukan yang lebih baik untuk tempoh laporan akan datang kerana komitmen kita dalam memerangi jenayah ini, masih kekal utuh," katanya ketika pelancaran program Anti-Trafficking Capacity Building for Impact (CBI) secara dalam talian bersama Duta AS ke Malaysia Brian D. McFeeters, di sini, semalam.
Mohamad Fauzi berkata, kerjasama antara semua pihak yang berkepentingan termasuk pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan badan bukan kerajaan (NGO) menjadi lebih penting dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang kerana pandemik COVID-19 jelas memburukkan lagi keadaan selain menyaksikan golongan berisiko lebih mudah dieksploitasi.
Program 18 bulan itu dianjurkan oleh NGO-ENGENDER Consultancy dan Project Liber8.
Ia bertujuan bertujuan membangunkan jaringan organisasi yang lebih kukuh melalui pembelajaran dan tindakan kolektif yang akan bertindak sebagai pemangkin dalam mempercepat pelaksanaan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2021-2025 (NAPTIP 3.0) yang dilancarkan pada Mac 2021, serta menggerakkan pendekatan seluruh negara untuk memerangi pemerdagangan orang.
BACA: Tahap pendidikan rendah antara cabaran Jabatan Peguam Negara tangani kes pemerdagangan orang
Program ini, disokong Kedutaan AS di Malaysia, merangkumi siri 20 bengkel latihan peringkat kebangsaan dan konsultasi perundangan untuk organisasi dan aktivis anti-pemerdagangan manusia.
Bengkel ini akan merangkumi 4P dalam aspek pemerdagangan manusia - Pencegahan, Perlindungan, Pendakwaan dan Perkongsian - dengan sesi pertama adalah berkaitan isu Pencegahan Pemerdagangan Manusia, dijadualkan 5 Ogos.
Modul program merangkumi latihan kemahiran mengenai undang-undang strategik, pindaan, pemantauan dan pelaporan masalah TIP, serta mengenal pasti mangsa serta kaedah memberikan bantuan.
Program ini juga membabitkan acara turun padang di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Kota Kinabalu bagi membina kesedaran dari akar umbi mengenai TIP, memupuk pemahaman yang lebih empati mengenai isu-isu yang berkaitan, dan mendidik masyarakat.
Sementara itu, McFeeters berkata AS komited untuk bekerjasama dengan Malaysia untuk melaksana pendekatan menyeluruh dalam kalangan masyarakat bagi memerangi pemerdagangan orang menerusi kerjasama kerajaan dan organisasi tempatan.
AS juga bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam memerangi jenayah ini, tambahnya.
Beliau menyatakan, sejumlah kes di AS menunjukkan betapa kerjasama CSO yang kukuh dengan profesional dan pendakwa raya, berjaya memerangi pemerdagangan orang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 29 2021
AS juga bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam memerangi jenayah ini. - Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir di lima negeri meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Tertipu dengan tawaran kerja, pengasuh nyaris 'dijual' di Myanmar
Wanita itu dihubungi sepasang suami isteri menerusi WhatsApp yang menyatakan mereka memerlukan perkhidmatannya sebagai travel nanny semasa bercuti.
Kes pemerdagangan orang: Polis buka kertas siasatan terhadap bekas timbalan menteri
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagi mengelakkan sebarang spekulasi.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Penghambaan zaman moden: Suri rumah jalani hukuman penjara 10 tahun hari ini
Seorang suri rumah akan mula menjalani hukuman penjara 10 tahun bermula hari ini.
Polis tahan tujuh lelaki Pakistan, selamatkan 4 mangsa pemerdagangan orang
Polis menahan tujuh lelaki warga Pakistan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan orang, di sebuah apartmen di Taman Pandan Perdana, Ampang, di sini, Isnin lepas.
Malaysia, UK bincang kerjasama tangani isu buruh paksa
Perbincangan diadakan ketika Perutusan Khas Kerajaan UK mengenai Migrasi dan Perhambaan Moden melawat Malaysia.
Kes pemerdagangan orang di Wang Kelian, polis Thailand tahan wanita lari 7 tahun
Polis Thailand menahan seorang wanita yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes penyeludupan Rohingya ke Malaysia tujuh tahun lalu.
Bekas calon PRU14 antara 11 ditahan terlibat sindiket pemerdagangan orang
Bekas ahli politik itu bertanding di peringkat Parlimen dan DUN pada PRU14, namun, kalah dan hilang wang pertaruhan.
131 mangsa pemerdagangan orang diselamatkan tahun ini - Rina
Kesemua mereka kini ditempatkan di rumah perlindungan milik kerajaan dan NGO serta diberi perintah perlindungan interim (IPO).
Isu pemerdagangan orang: KDN akan hantar laporan lengkap ke Jabatan Negara AS - Hamzah
Dokumentari itu memberikan gambaran sebenar usaha antipemerdagangan orang yang telah dilakukan di negara ini.