BANGKOK: Malaysia komited untuk menjalin kerjasama dengan anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) untuk membangunkan sektor pelancongan secara mampan.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri juga mengesyorkan agar penglibatan dan perkongsian pandangan dalam kalangan anggota APEC diadakan secara berterusan dalam digitalisasi, penggunaan teknologi dan pelaburan yang mampan di sektor pelancongan.
"Perkara ini penting bagi memastikan industri pelancongan akan lebih kukuh dan lebih berdaya tahan bagi menghadapi apa jua cabaran serta rintangan pada masa hadapan," katanya di Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan APEC Ke-11 dan Mesyuarat Berkaitan di Bangkok hari ini,
Mesyuarat yang pertama kali diadakan selepas tahun 2018 itu akan menjadi sebahagian daripada agenda dalam merangka dasar pelancongan di rantau APEC.
Dalam mesyuarat itu, Nancy berkata Malaysia menjangkakan bahawa fasa pemulihan pelancongan mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga tiga tahun lagi.
Beliau berkata Malaysia mengakui bahawa sokongan secara bersasar adalah amat diperlukan bagi memastikan kelangsungan dalam menjalankan aktiviti perniagaan dan komuniti yang berkaitan industri pelancongan dapat dipulihkan segera.
Tahun lalu, Malaysia telah membelanjakan sebanyak AS$14.6 juta (RM61 juta) bantuan kewangan untuk dimanfaatkan oleh 29, 286 penggiat industri pelancongan, katanya.
"Komitmen itu diteruskan pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak AS$20 juta (RM85 juta) kepada pengendali pelancongan terdiri daripada syarikat pelancongan dan pengembaraan, pengendali pusat spa dan kesihatan, pemilik homestay dan pemandu pelancong bagi membantu mengurangkan beban mereka," katanya.
Nancy juga berkongsi usaha Malaysia untuk memulihkan industri pelancongan dalam jangka sederhana sehingga jangka panjang melalui pelaksanaan tindakan strategik Rangka Kerja Pemulihan Pelancongan 2.0.
Sementara itu, Nancy juga menjemput semua delegasi untuk menyertai World Tourism Conference 2022 (WTC 2022), anjuran bersama Malaysia melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNWTO) yang akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah, bermula dari 28 hingga 30 November.
Bertemakan 'Tourism Futures Reimagined', persidangan itu nanti akan menjadi platform bagi membincangkan strategi yang dapat memacu ke arah pemulihan dan ketahanan pelancongan dunia pasca-pandemik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022
Nancy Shukri (kiri), yang berada di Bangkok sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan APEC ke-11, menyampaikan cenderamata kepada rakan sejawatannya, Phiphat Ratchakitprakan. - Bernama
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Malaysia dijangka raih manfaat peningkatan pelancong tahun depan
Belanjawan 2025 akan memberikan penekanan kepada penambahbaikan kemudahan dan sistem di semua pintu masuk.
Penerbangan belon udara panas cipta rekod baharu di Cappadocia, Turkiye
Cappadocia menawarkan penerbangan belon udara panas sebagai antara aktiviti pelancongan yang paling diminati.
Thailand lanjutkan pengecualian Borang TM.6, mudahkan prosedur perjalanan
Borang TM.6 digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai pelawat asing bagi tujuan pemeriksaan serta pemantauan keselamatan negara.
Belanjawan 2025: Peruntukan pelancongan lebih besar tarik pengunjung ke Malaysia - Fernandes
AirAsia berharap Belanjawan 2025 akan menawarkan lebih banyak inisiatif yang dilaksanakan bagi mempromosi dan menonjolkan Malaysia.
Negeri Sembilan terus pelihara pokok getah tertua
Pokok getah tertua di Negeri Sembilan masih subur berdiri teguh di tengah bandar raya ini walaupun berusia lebih seabad sekali gus menjadi daya tarikan kepada pelancong.
Belanjawan 2025: Bangunkan pelancongan komuniti, lebih banyak pusat pelancongan di Sabah
Kerajaan Sabah berharap Belanjawan 2025 akan memberi penekanan kepada pembangunan pelancongan komuniti dan memperbanyakkan pusat pelancongan di negeri berkenaan.
Pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia diunjur cecah AS$48.41 bilion pada 2028
Saiz pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia diunjurkan mencecah AS$48.41 bilion pada 2028 dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) 13.5 peratus.
Tourism Malaysia lancar jualan tengah malam untuk warga Singapura sempena Deepavali di JB
Ia menawarkan tempoh beli-belah yang dilanjutkan hingga tengah malam, hiburan dan tawaran eksklusif di beberapa pusat beli-belah.
Seorang maut, 12 terperangkap di lombong emas di Colorado
Pelbagai agensi, termasuk pasukan mencari dan menyelamat yang dilengkapi dengan peralatan berat turut membantu dalam usaha menyelamat.
Pelaksanaan JS-SEZ dan SFZ rancakkan industri pelancongan Johor - Onn Hafiz
Pemain industri perlu bersedia dan mempertingkatkan perkhidmatan sekali gus sebagai persediaan bagi menyambut Tahun Melawat Johor 2026.