PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan tentera dan pendatang Israel yang diketuai Menteri Keselamatannya ke dalam Masjid Al-Aqsa dan perkarangannya pada Khamis (27 Julai).
Pencerobohan itu jelas mempamerkan tindakan provokasi dan mencemarkan kesucian Masjid Al-Aqsa, menurut Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan lewat Jumaat.
Malaysia tidak akan sekali-kali membenarkan sebarang percubaan tentera penjajah yang bertujuan mengubah status sejarah dan undang-undang Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif dan tidak akan mengiktiraf sebarang hasil daripada tindakan haram terbabit.
Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk mempertahankan status undang-undang tapak suci dan meminta rejim Israel bertanggungjawab atas pencerobohan itu demi keamanan dan kestabilan, tambah Wisma Putra.
Malaysia terus bersolidariti dengan rakyat Palestin dan mengulangi status Al-Haram Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam.
Malaysia juga berpegang teguh dengan pendiriannya yang tidak berbelah bahagi bahawa rakyat Palestin berhak untuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023
Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk mempertahankan status undang-undang tapak suci. - Gambar fail/AP
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
APMM tingkat kekerapan rondaan kekang pencerobohan
Pemantauan petugas di SWASLA dan aset udara juga dipertingkatkan untuk mengawasi dan mengesan pergerakan bot atau kapal yang mencurigakan.
Menteri kanan Israel mahu tuntut Tebing Barat pada 2025
Menteri Kewangan sayap kanan Israel mahu negara haram itu memperluaskan pencerobohan dan menuntut Tebing Barat pada 2025.
Majlis Keselamatan PBB akan adakan mesyuarat berkaitan serangan udara Israel ke atas Iran
Majlis Keselamatan PBB didesak mengambil pendirian tegas mengenai akibat pencerobohan berterusan dan sistematik oleh Israel.
Enam kes pencerobohan direkodkan di Taman Negara Terengganu
Seramai 13 individu termasuk warga Kemboja dan Vietnam ditangkap dan kes terbaharu melibatkan seorang warga Kemboja awal tahun ini.
Presiden Mahmoud Abbas seru tindakan segera hentikan pencerobohan Israel di Gaza dan Lubnan
Pencerobohan berterusan Israel telah memusnahkan lebih 90 peratus infrastruktur di Semenanjung Gaza, termasuk kemudahan dan prasarana sukan.
APMM tambah aset, teknologi terkini tangani pencerobohan perairan negara
Strategi itu ialah langkah mitigasi yang dirancang oleh APMM dalam memastikan keselamatan sempadan perairan negara sentiasa terpelihara.
Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine
Daerah itu mempunyai lebih 17,500 penduduk berdaftar sebelum Rusia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Malaysia kecam pencerobohan Masjid Al-Aqsa diketuai Menteri Keselamatan Israel
Pencerobohan itu jelas mempamerkan tindakan provokasi dan mencemarkan kesucian Masjid Al-Aqsa.