KAHERAH: Majlis Liga Arab menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata dan menghentikan pencerobohannya di Semenanjung Gaza serta memberikan perlindungan kepada rakyat Palestin.
Gesaan ini dibuat semasa tamatnya sesi luar biasa Majlis Liga Arab di peringkat perwakilan tetap, diketuai Mauritania yang diadakan di ibu pejabatnya, di sini pada Rabu.
Sesi itu yang diminta oleh Negara Palestin dan disokong oleh semua negara anggota bagi menangani kesinambungan jenayah dan pencerobohan pendudukan Israel terhadap rakyat Palestin, lapor agensi berita Palestin (WAFA).
Majlis itu mengecam penggunaan kuasa veto oleh Amerika Syarikat (AS) untuk menghalang resolusi gencatan senjata, sambil menambah bahawa veto itu tidak konsisten dengan AS untuk menyokong penyelesaian dua negara, undang-undang antarabangsa dan resolusi legitimasi antarabangsa yang berkaitan, termasuk Resolusi Majlis Keselamatan 1515 tahun 2003.
Majlis itu menggesa AS dan Kesatuan Eropah berhenti mengeksport senjata dan peluru, termasuk membiayai pengeluaran dron yang digunakan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Majlis Liga Arab juga menggesa mekanisme keadilan antarabangsa untuk menjalankan siasatan bebas penemuan kubur besar di kompleks perubatan Al-Shifa dan Nasser di Semenanjung Gaza, yang menempatkan beratus-ratus mayat.
Ia juga menggesa untuk menyiasat tindakan Israel yang sengaja menyasarkan kumpulan tertentu seperti kakitangan perubatan dan antarabangsa, wartawan, profesor universiti, kanak-kanak dan wanita, menurut WAFA.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024

Majlis itu menggesa AS dan Kesatuan Eropah berhenti mengeksport senjata dan peluru, termasuk membiayai pengeluaran dron yang digunakan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin. - Foto Reuters

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Majlis Liga Arab adakan sesi luar biasa bincang keputusan ICJ
Sesi luar biasa itu untuk merumuskan pendirian bersatu Arab terhadap langkah sementara dikeluarkan oleh ICJ terhadap Israel.