Malaysia akan mengkaji permintaan India bagi mengadakan program pemindahan banduan antarabangsa dengan negaranya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sebelum ini, perkara itu telah dibincangkan di peringkat pegawai-pegawai kanan kerajaan, dan ia akan diteliti dengan terperinci di peringkat lebih tinggi.
"Kami akan meneliti permintaan ini pada masa yang sesuai. Ia memerlukan kelulusan daripada Pejabat Peguam Negara kami," katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja tiga hari beliau ke India di sini pada Isnin.
Menurutnya Malaysia mengadakan program pemindahan banduan dengan negara-negara seperti Azerbaijan, Bulgaria, Iran, Iraq, Latvia, Filipina, Arab Saudi, Korea Selatan dan Turki.
Bagi membolehkan program sama dilaksanakan dengan India, beliau berkata syarat dan peraturan tertentu mengikut amalan antarabangsa haruslah dipatuhi.
Beliau berkata antara lain, program pemindahan banduan antarabangsa hanya boleh dijalankan dengan negara yang mempunyai undang-undang sama dengan Malaysia.
Datuk Seri Ahmad Zahid berkata bagi membolehkan seseorang banduan layak dipindahkan ke negara asalnya, dia mestilah bukan banduan yang dijatuhi hukuman mati dan kesnya tidak melibatkan rogol dan liwat.
Terdahulu, Datuk Seri Ahmad Zahid bertemu Penasihat Keselamatan Negara India Ajit Doval dalam satu mesyuarat tertutup dengan perbincangan mereka ditumpukan kepada isu-isu keselamatan kedua-dua negara, termasuk program pemindahan banduan antarabangsa.
Timbalan Perdana Menteri berkata daripada 361 rakyat India terdiri daripada 342 lelaki dan 19 wanita yang ditahan di Malaysia sekarang, secara teknikalnya seramai 41 orang memenuhi syarat bagi program pemindahan banduan antarabangsa itu.
Seramai 221 orang daripada mereka disabitkan dengan kesalahan dadah berbahaya dan imigresen manakala 140 orang lagi masih dalam tahanan reman.
"Jabatan Penjara kami terus menjalankan program pemulihan untuk banduan mengikut setiap prosedur operasi standard yang ditetapkan," katanya sambil memberitahu bahawa pada masa ini, terdapat 55,000 banduan termasuk 16,170 warga asing di Malaysia.
Mengenai usaha memerangi penyalahgunaan dadah, Datuk Seri Ahmad Zahid berkata beliau telah berbincang dengan Ajit mengenai kemungkinan mengadakan kerjasama berhubung perkara itu walaupun tiada perjanjian rasmi mengenainya di antara kedua-dua pihak.
Ditanya tentang usaha Malaysia membendung radikalisme, beliau berkata program Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang dilaksanakan Jabatan Penjara Malaysia telah mencatat kejayaan, dengan beberapa negara turut menunjukkan minat untuk belajar daripada Malaysia.
Menerusi program itu, katanya sebanyak 97 peratus daripada banduan dapat dipulihkan dan tidak kembali kepada aktiviti ekstrem.
"Program ini menjadikan Malaysia sebagai contoh negara yang paling berjaya dalam program deradikalisasi sejak ia diperkenalkan pada Januari lepas," katanya.
Datuk Seri Ahmad Zahid tiba di sini pada Ahad bagi mengadakan lawatan kerja untuk meningkatkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan India.
Bernama
Tue Jul 19 2016
![Malaysia kaji permintaan India adakan program pemindahan banduan Malaysia kaji permintaan India adakan program pemindahan banduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71468855653_AhmadZahidHamidi.jpg)
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata syarat dan peraturan tertentu mengikut amalan antarabangsa haruslah dipatuhi. - Foto Bernama
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Usahawan wanita perlu lebih berani ambil risiko, yakin dengan potensi diri - Ahmad Zahid Usahawan wanita perlu lebih berani ambil risiko, yakin dengan potensi diri - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739980110_AhmadZahidHamidi.jpg)
Usahawan wanita perlu lebih berani ambil risiko, yakin dengan potensi diri - Ahmad Zahid
Usahawan wanita di Malaysia diseru untuk lebih berani mengambil risiko, yakin dengan potensi diri dan terus maju tanpa takut akan kegagalan.
![Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739955331_ProgramPendidikand.jpg)
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
![Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721222055_ZahidHamidi.jpg)
Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
![Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739774978_ASYRAFWAJDI.jpg)
Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.
![Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739656843_TBNurAinNabila.jpg)
Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan
Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook berkata pemergian Nur Ain Nabila pada 11 Feb lepas benar-benar menyentuh hatinya.
![Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733142105_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.
![Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739096345_ZafrulAbdulAziz.jpg)
Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO.
![Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739002734_ZahidHamidi.jpg)
Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.
![Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737550434_ZahidHamidi.jpg)
Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.
![Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738402607_TBAHMADZAHID.jpg)
Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.