JAKARTA: Malaysia akan menganjurkan sidang kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada September atau Oktober tahun ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
"GCC mengemukakan cadangan kepada ASEAN agar Malaysia menjadi tuan rumah, tarikhnya masih lagi dalam perbincangan," katanya kepada media Malaysia selepas mesyuarat Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM Retreat) di sini hari ini.
Beliau berkata Malaysia yang telah dipertanggungjawabkan ASEAN sebagai Sekretariat ASEAN-GCC dan ASEAN-Kanada, akan mewujudkan kerjasama antara rantau ini dengan kedua-dua pihak melalui dialog.
ASEAN dan GCC menjalin hubungan rasmi sejak 1990 manakala hubungan dialog ASEAN-Kanada telah diwujudkan pada Februari 1977.
Zambry yang mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) ke-32 dan AMM Retreat di Sekretariat ASEAN, turut mengadakan mesyuarat sampingan dengan rakan sejawat dari Vietnam, Bui Thanh Son dan Timor Leste, Adaljiza Magno untuk mengukuhkan hubungan dua hala.
"Malaysia menyokong kemasukan negara Timor Leste sebagai negara ASEAN yang ke-11," katanya.
Menteri-menteri Luar ASEAN semalam mengalu-alukan penyertaan Timor Leste sebagai pemerhati untuk kali pertama pada mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi.
"Malaysia antara negara yang sangat konsisten sejak kami mengemukakan permohonan untuk menjadi anggota penuh ASEAN," kata Magno kepada pemberita selepas pertemuan dengan Zambry.
Beliau berkata penyertaan Timor Leste dalam ACC dan AMM Retreat sebagai pemerhati sebagai batu loncatan untuk menjadi ahli penuh.
Negara ini sedang berusaha memenuhi keperluan berdasarkan garis panduan yang diluluskan oleh negara anggota ASEAN dan juga menyediakan pelan hala tuju untuk menjadi ahli penuh pada masa hadapan.
"Timor Leste mempunyai kerjasama dua hala yang sangat kukuh dengan Malaysia," kata Magno, sambil menambah bahawa Malaysia membantu membina semula negara ini sejak merdeka terutamanya dalam pembinaan kapasiti dan melatih diplomat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kanan) menghadiri Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM Retreat) di Jakarta hari ini. - Foto BERNAMA
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Anwar, Prabowo bincang perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengadakan perbincangan tertutup yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala.
ASEAN: Malaysia sasar muktamadkan rangka kerja ekonomi digital tahun ini
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menyasarkan untuk memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) tahun ini untuk mempersiapkan rantau Asia Tenggara untuk pendigitalan.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
JS-SEZ permulaan transformasi era baharu hubungan ekonomi Malaysia-Singapura
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai pada Selasa dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Malaysia, Singapura tandatangan MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
Malaysia dan Singapura semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pendekatan bersama bagi menangani perubahan iklim selaras dengan Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris.
Isu berlarutan: Malaysia, Singapura terus berbincang, cari penyelesaian holistik - PM
Anwar berkata, kerumitan isu-isu tersebut menuntut pendekatan yang lebih holistik dan komprehensif untuk menanganinya.
Penurunan kadar kelahiran perlukan intervensi komprehensif - Pakar
Malaysia sedang mendepani perubahan demografi yang ketara, ditunjukkan oleh penurunan berterusan kadar kesuburan rakyatnya.
Kekecohan di WTKL: Duta Palestin kesal, insiden tak cermin etika sebenar rakyat
Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali melahirkan rasa kesal yang mendalam terhadap kekecohan yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).
Malaysia manfaatkan kepakaran Thaksin untuk pacu kemajuan ASEAN
Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 membuka peluang strategik untuk memperkukuh kerjasama serantau.