KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia secara prinsipnya telah bersetuju untuk mengintegrasikan System Maid Online (SMO) dan One Channel System (OCS) yang menjadi pertikaian sehingga Indonesia membekukan penghantaran tenaga kerjanya ke negara ini.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata keputusan berkenaan dicapai dalam pertemuannya bersama Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono pada Isnin yang turut disertai pegawai kanan daripada Kementerian Sumber Manusia.
"Kedua-dua pihak telah bersetuju secara prinsip untuk mengintegrasikan SMO dengan sistem OCS yang digunakan oleh Indonesia dan kedutaan akan mengambil tindakan sewajarnya selepas mendapat persetujuan daripada Jakarta," katanya ketika menjadi tetamu dalam program Bicara Naratif bertajuk Imigresen: Transformasi Digital Asas Kecemerlangan di RTM1 malam tadi.
Khairul Dzaimee berkata Kementerian Sumber Manusia juga telah menulis surat secara rasmi kepada Kedutaan Indonesia agar tenaga kerja dari negara berkenaan bagi sektor yang lain dibenarkan masuk ke Malaysia, sementara menunggu persetujuan secara prinsip itu dijadikan persetujuan rasmi.
Pada Isnin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kerajaan dan pihak Indonesia telah memulakan perbincangan mengenai isu pembekuan pekerja asing dari negara itu.
Minggu lepas Hermono memaklumkan mengenai keputusan Indonesia mengenakan pembekuan sementara ke atas semua pekerja negara itu memasuki Malaysia sejak 13 Julai lepas.
Ini berikutan Jabatan Imigresen terus menggunakan SMO dalam urusan permohonan pembantu rumah warga asing oleh majikan, biarpun kedua-dua negara bersetuju menggunakan satu saluran iaitu OCS menerusi memorandum persefahaman (MoU) Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) yang dicapai pada April lepas.
Dalam pada itu, Khairul Dzaimee berkata sempena Hari Imigresen 2022 yang akan disambut Khamis ini, pihaknya mengadakan Hari Bersama Pelanggan bermula semalam sehingga Jumaat ini.
Katanya orang ramai boleh datang untuk membuat pembaharuan pasport, visa dan melakukan pelbagai perkhidmatan imigresen di dewan serbaguna di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 19 2022
Khairul Dzaimee berkata keputusan berkenaan dicapai dalam pertemuannya bersama Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono. - Foto fail
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
PM Thailand arah langkah bantuan segera untuk wilayah selatan yang dilanda banjir
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan langkah bantuan banjir yang pantas dan menyeluruh untuk Selatan Thailand, yang banjir teruk telah menyebabkan kemusnahan meluas
Enggan bincang isu rasuah Adani Group, Parlimen ditangguhkan sekali lagi
Dakwaan ini muncul apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat menuduh kumpulan tersebut terlibat dalam sebuah skim rasuah dan penipuan besar-besaran.
Tujuh cedera, kereta api dan lori bertembung
Menurut kenyataan media oleh Polish State Railways (PKP), kemalangan itu menyebabkan kelewatan perjalanan dan ratusan penumpang terkandas.
Angka korban tanah runtuh di Timur Uganda meningkat kepada 20 orang - Polis
Angka korban akibat tanah runtuh yang melanda beberapa kampung di daerah Bulambuli, Timur Uganda pada rabu malam, meningkat kepada 20 orang.
Menurut jurucakap polis wilayah Elgon, Rogers Taitika, lebih 100 orang masih dilaporkan hilang setakat Jumaat.
Menurut jurucakap polis wilayah Elgon, Rogers Taitika, lebih 100 orang masih dilaporkan hilang setakat Jumaat.
Datuk Bandar KL terima Anugerah Malaysian Leadership
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Fatuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dianugerahkan Anugerah Malaysian Leadership.
Tekanan masyarakat dunia mampu heret netanyahu ke ICC
Jangan putus harapan dan terus yakin bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pasti akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh menganggap, sikap masyarakat dunia yang
Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh menganggap, sikap masyarakat dunia yang
Astro AWANI unggul raih 5 anugerah media
Kemenangan berkenaan diraih menerusi kategori Media-Liputan Isu dan Krisis (media penyiaran) dan Astro Awani menerima kesemua anugerah emas, perak dan gangsa.
Dr Maza saman GISBH, tuntut ganti rugi RM10 juta
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memfailkan saman RM10 juta terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) atas dakwaan memfitnahnya dalam satu sidang media pada Ogos lepas.
Malaysia hulur sumbangan RM1.5 juta untuk bantuan kemanusian
Malaysia menghulurkan sokongan kepada Lubnan melalui sumbangan RM1.5 juta untuk bantuan kemanusian, menekan solidariti berterusan negara dengan rakyat LUbnan dan usaha membina keamanan.
Malaysia dilihat antara negara paling aman, pertumbuhan ekonomi memberangsangkan - PM
Malaysia dilihat oleh negara luar sebagai antara negara paling aman dengan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan di rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Forum Perniagaan Antarabangsa Rusia-ASEAN tindakan susulan lawatan PM Anwar ke Vladivostok
Rusia terus berhubung dengan Malaysia untuk menganjurkan forum itu bagi membincangkan aspek yang disentuh semasa lawatan Perdana Menteri ke Rusia.
Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
Iran, Malaysia bekerjasama terbit buku tentang kepincangan dalaman Israel
Iran dan Malaysia bekerjasama menerbitkan sebuah buku baharu yang mengupas isu kepincangan dalaman rejim Zionis, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa tidak jejas hubungan dagangan dengan AS - Anwar
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa seperti Gaza dan pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak menjejaskan hubungan perdagangan baik dengan AS.
Ketua Parti Vietnam, To Lam diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Ketua Parti Vietnam, To Lam diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
MIHAS@Dubai cecah jualan luar biasa RM2.2 bilion
Matrade) telah memuktamadkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai (MIHAS@Dubai) dengan kejayaan luar biasa, dengan jualan melangkaui sasaran sebanyak 120 peratus kepada RM2.2 bilion.
Malaysia dipilih semula terajui Lembaga Pengarah SMIIC
Malaysia memenangi kerusi dalam pemilihan semula ahli Lembaga Pengarah SMIIC bagi penggal 2025-2027 pada Perhimpunan Agung Ke-19 SMIIC yang berlangsung pada 14 November lepas di Istanbul, Turkiye.
Malaysia bukti komitmen matlamat iklim dengan dasar yang konsisten - Nik Nazmi
Malaysia memperkukuh komitmen menghadapi perubahan iklim melalui beberapa inisiatif yang konsisten bagi mengurangkan pelepasan karbon.