PUTRAJAYA: Malaysia berharap untuk mempercepatkan usaha meneruskan semula dengan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) bersama Singapura seawal mungkin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata sekarang ini Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dan rakan sejawatannya di Singapura S. Iswaran meneruskan dengan perbincangan.
Semasa satu temu bual dengan beberapa wakil media asing dan Bernama di sini, pada Isnin, Perdana Menteri berkata usaha meneruskan semula projek itu akan melibatkan beberapa perubahan pada syarat dan terma asal.
"Perbincangan masih berjalan. Kalau boleh (nak) lebih cepat sebab dalam masa yang sama Malaysia juga ada perancangan untuk wujudkan HSR antara Kuala Lumpur dan Bangkok.
"Kalau boleh, kita nak link Bangkok-KL dan KL-Singapura," katanya.
Beliau membayangkan jaringan ini akan boleh disambung sampai ke China memandangkan China dan Thailand juga dalam proses membina rangkaian keretapi berkelajuan tinggi.
Ditanya sama ada usaha meneruskan semula projek ini adalah keutamaan pentadbiran beliau, Ismail Sabri berkata: "Bukan nak kata ia satu keutamaan, ia lebih kerana perancangan dah ada, dari mula, dari zaman BN (Barisan Nasional) planning dah lengkap, cuma terbatal sekejap".
Memandangkan kos bahan-bahan mentah yang semakin meningkat, Malaysia mungkin mengkaji untuk mengurangkan saiz stesen bagi mengimbangi kos pembinaan keseluruhan projek itu.
Pada 29 Nov lepas, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dilaporkan berkata republik itu terbuka menerima cadangan baharu dari Malaysia berkaitan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura walaupun kedua-dua negara itu sebelum ini telahpun bersetuju untuk menamatkan projek itu.
Malaysia dan Singapura telah memeterai perjanjian dua hala untuk melaksanakan projek HSR pada 13 Dis 2016. Projek sepanjang 350 kilometer yang dijadualkan siap pada 2026 itu dijangka memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar raya kepada 90 minit.
Bagaimanapun, pembinaan projek itu ditangguhkan pada September 2018 dan pada 31 Mei 2020, kedua-dua kerajaan bersetuju untuk menangguhkan pembangunan projek dua hala bernilai RM110 bilion itu sehingga 31 Dis 2020.
Pada 1 Jan 2021, Malaysia dan Singapura mengumumkan bersama penamatan projek HSR apabila kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan bagi perubahan yang dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Dis, 2020.
Pada Mac 2021, Malaysia mengumumkan ia membayar SG$102.8 juta kepada Singapura bagi kos yang ditanggung bagi pembangunan projek HSR dan berkaitan dengan pelanjutan penangguhannya.
Dalam hal lain, Perdana Menteri berkata kerajaan sedang mengkaji keperluan untuk menwujudkan laluan ketiga untuk menghubungkan Johor dan Singapura dalam usaha mengurangkan kesesakan di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia Singapura (Linkedua).
"Ia masih di peringkat perancangan, kita akan tengok kalau perlu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 22 2022
Perdana Menteri berkata usaha meneruskan semula projek itu akan melibatkan beberapa perubahan pada syarat dan terma asal. - Gambar fail
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Malaysia harap projek HSR KL-Singapura dapat diadakan semula - Ismail Sabri
Malaysia berharap untuk mempercepatkan usaha meneruskan semula dengan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) bersama Singapura seawal mungkin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.