Seramai 5,951 tahanan di Depot Tahanan Imigresen dihantar pulang sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula 18 Mac sehingga 1 Julai.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan daripada jumlah itu seramai 4,110 adalah rakyat Indonesia; Thailand (637); Myanmar (391); Pakistan (380); Bangladesh (279); China (73); India (26); Sri Lanka (11) dan lain-lain 44 orang.
"Dari 1 Jan hingga 2 Julai 2020, Jabatan Imigresen telah melaksanakan 4,301 operasi yang melibatkan pemeriksaan 68,033 orang warganegara asing. Hasilnya, seramai 17,473 pendatang tanpa izin dan 250 orang majikan, telah diambil tindakan undang-undang.
"Daripada jumlah itu, warganegara Indonesia mencatat jumlah tangkapan yang tertinggi iaitu 6,514 dan diikuti Bangladesh seramai 2,964 orang dan bakinya adalah Filipina, Myanmar, Thailand dan lain-lain," menurut KDN dalam jawapan bertulis yang dipaparkan di laman web Parlimen, bagi menjawab soalan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru).
Selain itu, KDN memaklumkan sebanyak 59,946 operasi dijalankan Jabatan Imigresen dengan tangkapan seramai 191,632 pendatang tanpa izin dan 5,484 orang majikan pada tahun 2016 hingga 2019. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 21 2020
Daripada 5,951 seramai 4,110 adalah rakyat Indonesia; Thailand (637); Myanmar (391); Pakistan (380); Bangladesh (279); China (73); India (26); Sri Lanka (11) dan lain-lain 44 orang. - Gambar fail
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Lelaki Rohingnya hidap tibi lolos Depot Tahanan Imigresen Ajil diburu
Menurut Deputi Superitenden Zainul Mujahidin, suspek melarikan diri dengan memanjat siling bilik pengasingan.
Imigresen Sabah hantar pulang 153 pendatang Indonesia
Proses pemindahan itu melibatkan tahanan berumur antara 6 hingga 66 tahun membabitkan 123 lelaki, 25 wanita serta seorang kanak-kanak.
'Saya pelawa Human Rights Watch berjumpa saya' - Saifuddin
Layanan tidak mesra itu termasuklah seperti tahanan didera,kematian, tempoh tahanan yang lama, layanan buruk kepada wanita dan kanak-kanak, fasiliti yang burukk dan termasuklah makanan dan ubat-ubatan
JPN teliti permohonan pindaan sijil lahir Tayalan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang meneliti permohonan pindaan sijil lahir R. Tayalan @ Mohd Farid Abdullah yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen Langkap, Teluk Intan, Perak.
KDN akan keluarkan tahanan kanak-kanak di Depot Imigresen - Saifuddin
Saifuddin Nasution Ismail berkata buat masa ini, beliau sudah mengenal pasti profil kumpulan kanak-kanak tersebut, bilangannya dan di mana mereka ditahan.
Lima perkara penting kenyataan media KKM 24 April
Sebanyak 21 kes (0.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI).
COVID-19: Selangor kekal tertinggi kes positif, berikut lima tumpuan kenyataan KKM hari ini
Sebanyak 37 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan pada 23 Mac adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan DTI.
Lima perkara penting kenyataan media KKM 22 Mac
Sebanyak 77 kes (6.9 peratus) daripada 1,116 kes baharu yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI).
Dakwaan pengabaian SOP di depot tahanan, JPBN Sarawak lakukan siasatan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku pengabaian dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Malaysia hantar pulang 5,951 pendatang tanpa izin sepanjang PKP
Seramai 5,951 tahanan di Depot Tahanan Imigresen dihantar pulang sepanjang tempoh pelaksanaan PKP bermula 18 Mac sehingga 1 Julai.