KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 kluster baharu direkodkan melibatkan lapan kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan, sebanyak 77 kes (6.9 peratus) daripada 1,116 kes baharu yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI).

Berikut adalah lima perkara penting kenyataan media KKM pada 22 Mac: 

1) 1,116 kes baharu, jumlah keseluruhan 334,156,

2) 1,495 kes sembuh, jumlah keseluruhan 318,784 kes

3) 5 kes kematian baharu, jumlah kumulatif kematian 1,238 kes

4) 10 kluster baharu direkodkan, 1,307 jumlah keseluruhan kluster

5) 15 kluster diisytihar tamat, 896 jumlah keseluruhan kluster tamat