TUMPAT: Malaysia telah memaklumkan masalah berkaitan pencerobohan nelayan asing kepada pihak berkuasa negara terlibat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata hubungan kerajaan kepada kerajaan (G2G) merupakan antara langkah yang diambil bagi menangani masalah pencerobohan perairan negara oleh nelayan asing.
"Hakikatnya insiden (pencerobohan) terus berlaku, ikhtiar kita adalah melalui agensi penguatkuasaan dan operasi serta mengadakan pertemuan G2G dengan negara jiran baik Thailand, Vietnam dan Indonesia.
"Beberapa bulan lepas melalui kunjungan saya ke Thailand, Filipina dan Indonesia dalam pertemuan dengan rakan sejawatan, hal itu antara perkara saya bangkitkan kerana ia antara usaha pembanterasan secara bersama yang boleh dilakukan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau situasi perairan negara dan melawat Pos Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pengkalan Kubor, di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata demikian ketika diminta mengulas masalah pencerobohan perairan negara oleh nelayan asing yang terus berlaku biarpun penguatkuasaan oleh agensi berkaitan dilakukan.
Mengulas lanjut, beliau berkata APMM selaku agensi bertanggungjawab mengawal perairan negara terus komited membendung isu pencerobohan oleh nelayan asing.
"Hari ini saya melihat dan merasai sendiri bagaimana komitmen tinggi diberikan agensi ini dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
"Malah pada baru-baru ini ketika kita fokus menyambut hari raya, mereka (APMM) pula memulakan Op Pagar Laut dari 9 hingga 30 April melakukan pengawasan sepanjang masa dan mereka berjaya menyekat kemasukan bot nelayan asing, pendatang tanpa izin, menggagalkan percubaan mencuri dan merompak di pelantar minyak tinggal.
"Dalam tempoh tersebut, mereka berjaya membuat rampasan bernilai keseluruhan RM15 juta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
Saifuddin bersama anggota APMM Kelantan meninjau keadaan laut dari kapal KM Jujur sempena Op Naga di perairan Laut China Selatan Malaysia-Thailand hari ini. -Bernama
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
149 kes pemandu mabuk didakwa di mahkamah sejak 2021
Sebanyak 149 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tempoh Januari 2021 hingga September 2024.
Perhalusi cadangan hukuman tahanan di rumah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap supaya cadangan kerajaan untuk menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah diteliti dan diperhalusi.
Penggunaan sistem 'autogate' di KLIA tak kompromi keselamatan - Saifuddin
Penggunaan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk Malaysia yang diperluaskan kepada pengembara dari 63 buah negara tidak kompromi keselamatan.
Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan bincang dengan Singapura ubah laluan kenderaan komersial
Kerajaan sedang mempertimbang kesesuaian mengubah laluan kenderaan komersial dari Stesen Woodlands ke Tuas sebagai usaha mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.
Penggunaan kod QR di Tambak Johor diperluas kepada pengangkutan lain mulai 2025
Proses perolehan bagi penggunaan kod QR di Tambak Johor akan dimuktamadkan bagi tahun kewangan semasa.
KDN akan ambil tindakan pihak berlebihan main isu konon Anwar iktiraf Israel
KDN akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang dianggap sebagai berlebihan memainkan isu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mengiktiraf Israel.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.
Penahanan rakyat Malaysia: Beri ruang pihak berkuasa Thailand siasat - Saifuddin
Semua pihak diminta menghormati undang-undang Thailand dan memberi ruang kepada pihak berkuasa negara itu menjalankan siasatan berhubung penahanan enam rakyat Malaysia di Sungai Golok.
KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.
Saifuddin akui hubungan Pusat-Kedah semakin baik
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail senada dengan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung hubungan kerajaan Persekutuan dan Kedah yang semakin baik.