Malaysia menggesa kesatuan negara-negara ASEAN untuk mempertingkatkan perdagangan intra-ASEAN yang dilihat masih rendah berbanding di peringkat global.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ignatius Darell Leiking berkata menerusi Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025, ASEAN kini berada dalam fasa kedua integrasi yang akan memberi tumpuan kepada mentransformasi rantau ini untuk menjadi ekonomi yang lebih kohesif.
"Pelbagai inisiatif integrasi di bawah Rangka Tindakan AEC telah membawa kepada pertumbuhan mampan di ASEAN. AEC bukan sahaja menyediakan asas yang kukuh untuk meningkatkan aliran perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN, tetapi juga membolehkan ASEAN menjadi destinasi penting bagi pelaburan langsung asing (FDI) global.
"Bagaimanapun, seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Retreat Pemimpin ASEAN baru-baru ini di Bangkok, perdagangan intra-ASEAN amat diperlukan kerana angka dagangan ketika ini begitu rendah berbanding kumpulan ekonomi serantau lain seperti Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Kesatuan Eropah (EU)," katanya ketika berucap semasa merasmikan sambutan Hari ASEAN Ke-52 yang berlangsung di Kementerian Luar di sini hari ini.
Jelasnya, ASEAN telah berkembang dengan pesat dan kini menjadi ekonomi keenam terbesar di dunia dan ekonomi ketiga terbesar di Asia.
Malah, dari segi prestasi ekonomi, ASEAN menikmati kadar pertumbuhan tahunan purata pada lima peratus dan dijangka dan terus mengatasi pertumbuhan global pada tahun 2019.
"Menurut unjuran yang dibuat Sekretariat ASEAN, menjelang tahun 2030, ASEAN berpotensi menjadi ekonomi ke-4 terbesar di dunia selepas China, AS dan EU.
"Dengan lebih daripada 642 juta penduduk, ASEAN adalah pasaran ketiga terbesar di Asia selepas China dan India. Pada tahun 2018, jumlah perdagangan berjumlah AS$2.78 trilion yang mana 23 peratus adalah perdagangan intra-ASEAN yang mewakili bahagian perdagangan terbesar ASEAN.
"Rantau ini juga merupakan destinasi pelaburan bertaraf dunia dan telah menarik FDI AS$151.2 bilion pada tahun 2018," katanya.
Justeru, Darell turut berharap supaya Rakan Dialog ASEAN terus memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan kesatuan 10 negara itu.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Aug 08 2019
Wakil wakil negara ASEAN bersalaman bersama pada sambutan majlis ulang tahun penubuhan ASEAN ke 52 yang di adakan di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,
Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS
Kontraktor pertahanan Malaysia, Leonard Francis yang lebih dikenali sebagai "Fat Leonard," dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.
Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.
Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos
Petugas pilihan raya mula mengira undi awal dan undi melalui pos di Pusat Pengiraan dan Pilihan Raya Maricopa County di Phoenix, Arizona pada Rabu.
AS hantar sistem anti-peluru berpandu, tentera ke Israel
Presiden Joe Biden menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk mempertahankan Israel.
Hamas dakwa Israel lakukan genosid di Jabalia dengan perlindungan AS
Serangan tidak berperikemanusiaan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lebih daripada 90 cedera.
Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken
AS, Mesir dan Qatar akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan Hamas bersetuju dengan "cadangan perantara" tersebut.
Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kesatuan Afrika dan PBB.
AS rayu keputusan beri pingat gangsa kepada gimnas Romania
Gimnastik AS mengemukakan bukti tambahan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk menyokong kes atlet Jordan Chiles harus mendapat pingat gangsa.
Lelaki ada hubungan dengan Iran rancang pembunuhan ahli politik di AS
Seorang lelaki Pakistan yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Iran didakwa atas tuduhan merancang pembunuhan seorang ahli politik atau pegawai kerajaan di Amerika Syarikat (AS).