MELBOURNE: Malaysia menggesa masyarakat berbilang kaum dan agama agar sentiasa saling menghormati dan bertolak ansur sebagai sebuah komuniti.
Berucap merasmikan Kompleks Sukan Al-Taqwa di sini pada Isnin, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, di Malaysia, Islam adalah agama persekutuan, oleh itu, teras syariah bagi umat Islam perlu dipertingkat dan diperkukuh.
Perdana Menteri turut menjadikan Australia sebagai contoh negara yang menghormati komuniti minoriti Islam dalam kalangan masyarakatnya.
“Kita selaku kerajaan amat menggesa agar masyarakat menghormati dan bertolak ansur.
"Di Malaysia, kerana islam adalah agama persekutuan, bermakna kita perlu mempertingkatkan dan mengukuhkan teras syariah untuk orang Islam.
“Tetapi, pada masa sama, kami tetap memelihara dan memastikan kebajikan orang bukan Islam sama-sama dilindungi, kerana mereka adalah warganegara yang sama di bawah undang-undang.
"Begitu juga di Australia. Walaupun agama majoriti adalah Kristian, tetapi mereka menunjukkan toleransi dan menghargai perbezaan.
"Saya pernah ke Canberra, Sydney, Perth dan beberapa tempat di mana mereka juga mempunyai komuniti Islam, dan institusi lain di sini, terutamanya seperti Al-Taqwa, diberi sokongan mencukupi,” katanya.
Al-Taqwa College adalah sekolah pengajian Islam rendah dan menengah yang menyediakan pendidikan selama 13 tahun.
Kolej ini diasaskan pada 1986 oleh pengetuanya ketika ini, Omar Hallak.
Ia berkembang daripada hanya satu kelas dengan 25 pelajar, kepada dua kampus yang lengkap dengan pelbagai kemudahan di pinggir bandar barat Melbourne, sebuah kem pelajar di Victoria dan sebuah kampus antarabangsa di Sentul, Indonesia.
Sementara itu, Anwar dalam ucapannya turut menggesa masyarakat minoriti di Malaysia untuk memainkan peranan dan berasimilasi sebagai sebahagian masyarakat berbilang kaum.
“Ini adalah naratif baru yang perlu kita promosikan dalam semua komuniti. Kita perlu berkompromi dengan hakikat bahawa kita perlu mempertingkatkan semula iman dan nilai moral kita.
“Kita perlu berpegang teguh kepada kepercayaan dan ini penting untuk mempromosikan keamanan, keselamatan dan keadilan,” ujarnya.
Selepas merasmikan Kompleks Sukan Al-Taqwa, Perdana Menteri mengadakan pertemuan bersama Naib Canselor dan Presiden Monash University, Sharon Pickering di The Langham, dekat sini.
Pertemuan itu adalah sebahagian daripada agenda memperkasakan hubungan antara Malaysia dan Australia dalam bidang pendidikan.
Ketika ini, terdapat kira-kira 18,000 pelajar Malaysia yang menyambung pengajian di Australia, dengan kumpulan terbesar berada di Victoria iaitu sekitar 9,000 pelajar.
Untuk rekod, Anwar ke Australia sempena lawatan rasmi empat hari bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Tahunan (ALM) Kedua Malaysia-Australia pada 4 Mac dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia dari 5 hingga 6 Mac di Melbourne.
Anwar akan mengakhiri lawatannya ke Australia di Canberra dengan menyampaikan syarahan umum di Australian National University (ANU) dan bertemu Gabenor Jeneral Australia, David Hurley.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon Mar 04 2024
![Malaysia gesa masyarakat dunia hormat sesama kaum, agama Malaysia gesa masyarakat dunia hormat sesama kaum, agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709518986_anwaribrahim.jpg)
Anwar berucap merasmikan Kompleks Sukan Al-Taqwa di Melbourne pada Isnin. - Foto PMO
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![[KOLUMNIS] Malaysia tegas berjuang, sehingga Palestin merdeka [KOLUMNIS] Malaysia tegas berjuang, sehingga Palestin merdeka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712837466_tbHimpunanSolidarit.jpg)
[KOLUMNIS] Malaysia tegas berjuang, sehingga Palestin merdeka
Kerajaan Malaysia secara konsisten dan lantang menyuarakan sokongan kepada rakyat Palestin di peringkat antarabangsa.
![PM sampai bantuan kepada aktivis reformasi PM sampai bantuan kepada aktivis reformasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720064712_tbaktivisreformasi.jpg)
PM sampai bantuan kepada aktivis reformasi
Anwar berharap sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban kos perubatan dan kehidupan seharian Tan serta keluarga.
!['Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM 'Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719994055_TBAnwarIbrahim.jpg)
'Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM
Selain aspek kecanggihan teknologi, pembangunan tidak boleh menyisihkan keperluan masyarakat dan ia perlu mempunyai rangka serta dasar yang jelas.
![Anwar terima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan Anwar terima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719914343_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar terima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan Dr Nuriddin Ismoilov.
![Parlimen: PM tegur Saifuddin tidak ikut kod etika pakaian Parlimen: PM tegur Saifuddin tidak ikut kod etika pakaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719903604_SaifuddinNasution.jpg)
Parlimen: PM tegur Saifuddin tidak ikut kod etika pakaian
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ditegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mematuhi etika berpakaian pada sidang Dewan Rakyat, pada Selasa.
![Kerajaan teliti impak sebelum buat keputusan mengenai rasionalisasi subsidi RON95 - PM Kerajaan teliti impak sebelum buat keputusan mengenai rasionalisasi subsidi RON95 - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719901027_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan teliti impak sebelum buat keputusan mengenai rasionalisasi subsidi RON95 - PM
Kerajaan sedang meneliti kesan daripada pelbagai langkah yang diambil berkaitan subsidi sebelum membuat keputusan mengenai rasionalisasi subsidi petrol RON95.
![KIGIP bakal jadi hab semai bakat dan inovasi - Anwar KIGIP bakal jadi hab semai bakat dan inovasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719895973_AnwarIbrahim.jpg)
KIGIP bakal jadi hab semai bakat dan inovasi - Anwar
Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) bakal menjadi antara hab di utara Malaysia untuk menyemai bakat dan inovasi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Indikator ukur kos sara hidup diubah selari perkembangan semasa - Anwar Indikator ukur kos sara hidup diubah selari perkembangan semasa - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719895570_AnwarIbrahim.jpg)
Indikator ukur kos sara hidup diubah selari perkembangan semasa - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup (KSH) rakyat telah diubah suai, bagi memastikan ia selari dengan perkembangan semasa negara.
![Matrikulasi: Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan - PM Anwar Matrikulasi: Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719887680_AnwarIbrahim.jpg)
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
![Indikator baharu ukur tahap kos sara hidup antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Indikator baharu ukur tahap kos sara hidup antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710125896_BangunanParlimen.jpg)
Indikator baharu ukur tahap kos sara hidup antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menurut aturan mesyuarat, perkara itu akan dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).