PUTRAJAYA: Mesyuarat Suruhanjaya Bersama antara Malaysia dan Filipina yang dijadual berlangsung di sini pada Oktober, dijangka menyaksikan beberapa memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita (Malaysia dan Filipina) mempunyai MoU tertunggak yang mana kedua-dua kita telah bersetuju untuk mempercepatkan prosesnya dan berusaha mencari jalan untuk menyelesaikannya dan diharap dapat ditandatangani semasa mesyuarat suruhanjaya itu," katanya pada sidang media bersama dengan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr, di sini, hari ini.
Semasa perbincangan beliau bersama Presiden Marcos sebelumnya, Anwar berkata kedua-dua negara telah membincangkan perkara berkaitan isu dua hala dalam pelaburan dan perdagangan yang mencatatkan sedikit peningkatan, namun mempunyai potensi yang besar yang perlu diterokai oleh kedua-dua pihak.
"Kedua-dua komuniti perniagaan (Malaysia dan Filipina) perlu lebih banyak berinteraksi antara satu sama lain dan mengambil langkah bersama-sama untuk meningkatkan hubungan dua hala serta ekonomi dan perdagangan, dan pada masa yang sama membantu memulihkan ekonomi pasca pandemik.
"Kami juga menyentuh mengenai potensi industri halal, bagi kedua-dua negara. Kami sudah pastinya akan melakukan yang terbaik dari segi isu atau pensijilan. Tetapi saya fikir kita perlu bersama-sama mengambil langkah yang efektif untuk memastikan industri halal boleh menembusi dengan lebih berkesan lagi ke Pasaran Timur Tengah khususnya," katanya.
Sementara itu, Marcos berkata mesyuarat suruhanjaya bersama itu akan menjadi saluran untuk kedua-dua agensi kerajaan membincangkan kerjasama keutamaan secara terperinci, terutamanya berkaitan jenayah rentas negara, pertanian, industri Halal, perbankan Islam, pendidikan, pelancongan, dan kebudayaan, sukan dan ekonomi digital.
"Kami terus mengusahakan MoU yang sepadan dalam bidang pergantungan dan kami akan memeterainya dalam masa terdekat. Berdasarkan kepada hubungan dua hala kita, kerajaan kami komited untuk menyelaraskan usaha membangun kapasiti di wilayah autonomi Bangsamoro di Filipina Selatan di Mindanao Muslim, terutamanya dalam sektor seperti industri halal, perbankan Islam dan jaminan makanan," katanya.
Marcos berkata Malaysia juga menawarkan kepakarannya untuk melatih kakitangan dan pegawai Filipina bagi memantapkan lagi keupayaan mereka dalam sektor yang semakin penting ini.
"Kami juga bersetuju untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara satu sama lain, dengan Malaysia sebagai salah satu daripada peneraju utama industri halal di dunia. Kerjasama dalam sektor ini akan memberi manfaat bersama kepada pertumbuhan ekosistem masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan Ferdinand Marcos Jr ketika sidang media selepas menerima kunjungan hormat Presiden Filipina di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA

KPM tingkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan murid
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mempertingkatkan aspek pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan murid dengan menggunakan modul serta kurikulum sedia ada.

Kementerian Pengangkutan sokong usaha Ocean Infinity cari semula MH370 di Lautan Hindi
Kementerian Pengangkutan menyatakan sokongan penuh terhadap langkah proaktif Ocean Infinity dalam menggerakkan kapal sokongan laut dalam di Lautan Hindi bagi meneruskan pencarian MH370.

AI adalah alat, bukan ancaman terhadap peranan media - Teo
Industri media di Malaysia perlu melihat Kecerdasan Buatan (AI) bukan sebagai ancaman, tetapi sebagai alat untuk melengkapi peranannya sebagai sumber utama maklumat kepada masyarakat.

Pencarian terbaru Ocean Infinity untuk MH370: Keluarga ikuti melalui laman web khas
Keluarga penumpang MH370, yang hilang dalam perjalanan ke Beijing hampir 11 tahun lepas, kini mengikuti pencarian terbaru bagi kehilangan misteri tersebut melalui laman web khas.

KPWKM terus perjuang pemerkasaan wanita mengikut lunas perundangan - Noraini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus memperjuangkan pemerkasaan wanita mengikut lunas perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kesedaran mencarum SKSSR di Kelantan masih rendah - Perkeso
Tahap kesedaran rakyat negeri ini untuk mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) masih lagi rendah, kata Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.

Sasaran tanam semula sawit masih ketinggalan, kerajaan pertingkat usaha - Johari
Kemajuan dalam penanaman semula sawit masih ketinggalan, dengan Malaysia hanya berjaya menanam semula 114,000 hektar atau 2.0 peratus daripada jumlah kawasan bertanam pada 2024.
Tumpuan Rabu – 26 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Menteri Luar Mohamad adakan lawatan rasmi pertama ke Iran
Mohamad mengadakan lawatan rasmi pertama ke Iran bermula hari ini hingga Khamis, untuk menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-8.

Menteri Luar Malaysia-Thailand pengerusi mesyuarat kerjasama, pembangunan sempadan
Kedua-dua pihak juga menyentuh isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Malaysia, Filipina meterai MoU semasa Mesyuarat Suruhanjaya Bersama pada Oktober - PM Anwar
Mesyuarat Suruhanjaya Bersama antara Malaysia dan Filipina yang dijadual berlangsung pada Oktober, dijangka menyaksikan beberapa memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara kedua-dua negara.

Agong adakan pertemuan dengan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud
Semasa pertemuan, kedua-dua ketua negara itu berbincang mengenai usaha meningkatkan lagi hubungan dua hala serta kerjasama antara kedua-dua negara, terutama yang berkaitan dengan haji.