Malaysia diramal mengalami banjir besar pada bulan ini ekoran berlakunya fasa perubahan tiupan monsun bermula semalam.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, taburan hujan yang meningkat merupakan amaran awal bahawa akan berlakunya fenomena ini dan ia diramal berlaku di seluruh rantau ini termasuk Indonesia dan Filipina.
"Kita telah meminta kerajaan negeri dan Majlis Keselamatan Negara untuk bersedia, selain mengambil langkah-langkah awal untuk berhadapan fenomena ini.
“Selama hampir lapan bulan, kita mengkaji pola taburan hujan di setiap kawasan dan ia agak berlainan dengan data-data ini kita simpan di Jabatan Pengairan dan Saliran," katanya ketika ditemui semasa Majlis Penyampaian Geran MRP kepada pelbagai pertubuhan kawasan N4 Pantai Damai dan N5 Demak Laut, di pejabatnya di sini.
Sebanyak 71 pertubuhan telah menerima sumbangan berjumlah RM247,920.
Daripada kajian ini kata beliau lagi, pihaknya mendapati fakta yang dikumpul pada tahun 2012 hingga 2014 berkait taburan hujan dan banjir tidak lagi tepat dan relevan dengan data terkini.
“Oleh yang demikian, saya telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mengkaji semula dari pelbagai sudut akan fakta-fakta taburan hujan ini dan mengenal pasti tempat-tempat yang dahulunya tidak banjir tetapi kini tenggelam, seperti yang kita lihat telah berlaku di Semenanjung.
Katanya, kajian kini dilakukan secara saintifik oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Meteorologi, Jabatan Laut dan Institut Kajian Hidraulik Kebangsaan untuk mengumpul data dan merancang tambatan banjir di seluruh negara.
Kajian turut dilakukan untuk mengemas kini fakta taburan hujan yang akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet akan datang.
“Laporan berkenaan taburan hujan ini dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan November depan sebagai persediaan menghadapi tahun 2018," jelasnya.
Rudi Affendi Khalik
Sat Oct 07 2017
Malaysia diramal mengalami banjir besar pada bulan ini ekoran berlakunya fasa perubahan tiupan monsun bermula semalam. - Foto BERNAMA
Belanjawan 2025: Sokongan untuk Usahawan Malaysia
Datuk Nitesh Malani, Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia, membincangkan harapan dan reformasi strategik untuk Belanjawan 2025 dalam menangani isu-isu kritikal bagi usahawan Malaysia, termasuk akses kepada sokongan perniagaan mampu milik, peningkatan peluang pekerjaan melalui PKS, pemberdayaan usahawan luar bandar, pengurangan kos operasi perniagaan, dan keterangkuman untuk usahawan muda dan wanita.
Belanjawan 2025: Reformasi Sektor Pertanian Malaysia
Muhammad Gaddafi Musli, Pengurus Besar Sektor Strategi Korporat di Perbadaran Kemajuan Pertanian Selangor, membincangkan harapan dan reformasi strategik untuk Belanjawan 2025 dalam menangani isu-isu kritikal sektor pertanian Malaysia, termasuk jaminan makanan mampu milik, sokongan untuk petani kecil, penciptaan peluang pekerjaan, dan daya tahan terhadap perubahan iklim.
Air pasang besar: 114 kawasan di Kedah berisiko banjir
'Hotspot' terbanyak iaitu di Baling yang mempunyai sebanyak 46 kawasan diikuti 14 di Langkawi, 12 di Bandar Baharu dan 10 di Kuala Muda.
AWANI Pagi: Cabaran pengangkutan golongan OKU
Ikuti diskusi 8.30 pagi Khamis, bersama dua tetamu dari Persatuan Mobiliti Selangor & WPKL mengenai cabaran pengangkutan yang dihadapi golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas serta bagaimana persatuan ini memainkan peranan menjadi pemudahcara perkhidmatan untuk golongan tersebut.
Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS susulan pengurangan kadar faedah di peringkat global semakin memperoleh momentum.
AWANI Pagi: Literasi keselamatan dalam talian
Diskusi 7.30 pagi Khamis bersama Dr. Hamimda Agil, Pensyarah Kanan, Pengarah Program Siri Syarahan Menteri Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) membincangkan mengenaipenganjuran julung kali oleh Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam yang menampilkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, yang dijemput khas untuk memberikan syarahan bertemakan Keselamatan Dalam Talian.
Pelabuhan Kota Kinabalu dibangunkan menjadi terminal kapal persiaran mewah
Rancangan jangka panjang adalah untuk pelabuhan ini ditukar kepada pelabuhan pelayaran khusus tetapi itu mungkin akan berlaku kira-kira 10 tahun kemudian.
Budget 2024 Review | The good, the bad, and the ugly
In this comprehensive Budget 2024 review on, we dive into the good, the bad, and the ugly aspects of Malaysia's latest fiscal plan. From policy highlights to areas of concern, this analysis offers an in-depth look at how Budget 2024 impacts various sectors, businesses, and the everyday citizen. Join Ibrahim Sani as he unpacks the key takeaways, challenges, and potential opportunities presented by the new budget.
Warga emas menunggang basikal elektrik maut kemalangan
Kemalangan membabitkan sebuah kereta dipandu seorang wanita yang sedang dalam perjalanan dari Bahau menghala ke Ladang Gaddes untuk pulang ke rumahnya.
Video ajar tulisan jawi, Cikgu Lorenica Frenila raih pujian
Kemahiran dalam penulisan jawi itu diperoleh Lorenica Frenila Masundim ketika menuntut di IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu pada 2010.
EU tetapkan had pencemaran udara yang lebih ketat mulai 2030
Kira-kira 300,000 kematian setiap tahun di EU boleh dikaitkan akibat kesihatan pencemaran udara.
Sasar Sarawak Delta Geopark dapat pengiktirafan UNESCO menjelang 2026 - Abang Johari
Pengiktirafan Sarawak Delta Geopark kelak akan memberikan kesan positif kepada kualiti industri pelancongan Sarawak.
Sisa vape ancaman terbaharu kepada pantai - Aktivis
Bahan buangan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) termasuk peranti dan aksesori vape menjadi ancaman terbaharu kepada pantai.
Indonesia-UAE kerjasama memerangi pencemaran plastik di sungai
Kerjasama antara kerajaan pusat dan tempatan serta aktivis alam sekitar dan masyarakat juga amat penting.
Kemelut perubahan iklim tidak akan selesai jika dunia bersikap 'egosentrik' - Jokowi
Perubahan iklim memerlukan penyelesaian melalui usaha kerjasama yang melibatkan semua pihak di peringkat global.
Sarawak buat pelaburan strategik dalam pengurusan hutan lestari
Pengurusan hutan lestari (SFM) menjadi faktor penting dalam mengimbangi kesejahteraan ekonomi, sosial dan alam sekitar.
ASEAN perlu perkukuh kerjasama dengan komuniti tempatan bagi penyelesaian bencana
ASEAN mesti memperdalam kerjasama dengan komuniti tempatan, termasuk pertubuhan masyarakat sivil (CSO) untuk memanfaatkan kepakaran mereka dalam memperkasakan komuniti dan mempromosikan penyelesaian b
Tiada lagi kawasan baharu tanaman sawit dalam hutan
Malaysia memberi komitmen tiada lagi kawasan baharu penanaman sawit di kawasan hutan bagi memastikan agenda kemapanan termasuk mengekalkan 50 peratus litupan hutan negara yang kini berada di tahap 54
Belia perlu berani bersuara, perjuangkan isu negara - PM Anwar
Anwar Ibrahim mahu belia berani bersuara dalam pelbagai isu negara seperti kemanusiaan, rasuah, jurang kemiskinan dan alam sekitar berdasarkan prinsip dan nilai yang kukuh.
EAIC terima memorandum isu ancam alam sekitar, kehidupan nelayan pantai negara
Memorandum itu menuntut tindakan segera menghentikan penggunaan pukat tunda yang mengakibatkan kekurangan sumber dan menimbulkan konflik.