Pengiktirafan yang diberi terhadap Malaysia oleh pelbagai pihak, termasuk dari negara lain, membuktikan pembangunan negara berada di landasan yang tepat, dan oleh sebab itu, kerajaan yang ada perlu dipertahankan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata cubaan pembangkang untuk menghasut rakyat kononnya kerajaan yang ada kini perlu ditukar, adalah gambaran tidak tepat dan rakyat perlu menolak cita-cita besar pembangkang itu.
Beliau berkata Malaysia kini mendapat pengiktirafan pelbagai pihak seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan agensi penarafan kredit iaitu Fitch serta Standard and Poor, adalah atas kekukuhan ekonomi negara yang kini di kedudukan 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini iaitu antara yang tertinggi di peringkat global.
"Selain itu negara juga mendapat pengiktrafan daripada ulama tersohor Tunisia, Sheikh Rashid Al Ghannushi yang menyatakan Malaysia adalah gambaran dan imej Islam sebenar di dunia," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sik di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ketua UMNO Bahagian Sik Datuk Tajuddin Abdullah dan Ketua UMNO Bahagian Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Presiden UMNO berkata Sheikh Rashid yang mengetuai parti terbesar di Tunisia itu dalam temuramah sebuah stesen televisyen Arab Saudi telah menyebut mengenai imej dan gambaran Islam di Malaysia adalah antara yang terbaik dunia.
"Selain itu, hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi melalui Raja Salman (Abdulaziz al-Saud) sehingga negara mendapat tambahan kuota teristimewa jemaah haji negara dan kelebihan cop pasport di Malaysia dan tidak perlu berbuat demikian lagi di Jeddah ketika musim haji," katanya.
Najib berkata tidak ada negara lain yang mendapat keistimewaan tersebut dan beliau berharap keistimewaan berkenaan juga dapat dibenarkan ketika melakukan umrah di Tanah Suci.
Sehubungan itu, beliau berkata tiada sebab pembangkang cuba menghasut rakyat untuk menukar kerajaan sedangkan mereka juga bermasalah dan tidak mungkin mampu melakukan seperti apa yang dilakukan kerajaan sekarang.
Beliau juga menyelar pemimpin pembangkang kerana bersungguh-sungguh kononnya untuk membuat pembaharuan sedangkan ada kalangan mereka yang pernah menjadi menteri besar gagal berbuat demikian ketika diberi kuasa.
"Bila hujung minggu dia balik Kuala Lumpur. Sepatutnya hari hujung minggu itulah waktu bertemu rakyat. Jumpa dan dampingi rakyat. Nak tahu keluh kesah orang kampung, penoreh getah dan pesawah padi. Hari minggulah kita buat kerja.
"Saya hari minggu pun kerja. Saya jaga kawasan. Kita sebagai wakil rakyat kena kerja. Waktu jadi wakil rakyat mana-mana pemimpin pun tak hebat tanpa sokongan orang bawahan," katanya.
Najib yang menggunakan analogi pasukan bola sepak mahukan seluruh anggota UMNO agar bekerja sebagai satu pasukan kerana jika sedikit kesilapan berlaku sama ada sengaja atau tidak boleh menyebabkan kekalahan kepada parti.
"Hantaran bola yang cantik dan tepat boleh jaringkan gol tetapi kalau pertahanan buat silap, gol kita boleh bolos," katanya yang mengambil contoh perlawanan bola sepak Malaysia menentang Myanmar di Sukan SEA Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kepada penduduk Sik, Najib mahu mereka agar terus memilih UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 akan datang agar kemajuan yang dirancang akan dapat terus dilaksanakan.
"Jangan ulangi sejarah dahulu yang Sik berada dalam kegelapan sehingga UMNO dan BN membawa perubahan terhadap daerah ini," katanya.
Perdana Menteri berkata parti lain terutama DAP tidak mungkin akan menolong penduduk Islam dan Bumiputera jika parti itu memerintah dan beliau yakin rakyat bijak menilai parti manakah yang mampu membela mereka.
"Tanya orang PAS mereka dah serik dan tidak mahu tengok wajah pemimpin DAP tetapi ada bekas pemimpin kita yang sanggup bersekongkol dengan DAP," katanya.
Najib kemudiannya merasmikan Kompleks Sukan Perdana di sini yang menelan belanja RM7 juta.
Kompleks berkenaan mengandungi tiga komponen iaitu mini stadium, dewan dan gimnasium untuk kegunaan rakyat daerah ini.
Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk program 'touch point' membaiki rumah penduduk di daerah ini.
Najib juga bersetuju supaya diasingkan Pejabat Pendidikan Daerah bagi Baling dan Sik yang kini diletakkan dalam satu pengurusan, berkemungkinan dilaksanakan pada tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2017
![Malaysia diiktiraf dunia, tiada sebab tukar kerajaan - Najib Malaysia diiktiraf dunia, tiada sebab tukar kerajaan - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/61503729403_NajibTunRazakSIK.jpg)
Najib merasmikan Dewan Al Hana pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sik hari ini. Turut hadir Tajuddin (tiga, kiri) dan Mahdzir (empat, kiri). --fotoBERNAMA
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Bank Islam tempatan atasi prestasi bank konvensional, Malaysia kekal pasaran sukuk terbesar - Moody's Bank Islam tempatan atasi prestasi bank konvensional, Malaysia kekal pasaran sukuk terbesar - Moody's](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673413000_Moodys.jpg)
Bank Islam tempatan atasi prestasi bank konvensional, Malaysia kekal pasaran sukuk terbesar - Moody's
Moody's juga berkata, pemberian lesen perbankan Islam digital juga akan turut menyokong pertumbuhan sektor itu.
![Moody's jangka perbankan Islam Malaysia berkembang kepada dua angka pada 2022, 2023 Moody's jangka perbankan Islam Malaysia berkembang kepada dua angka pada 2022, 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656565785_Moodys.jpg)
Moody's jangka perbankan Islam Malaysia berkembang kepada dua angka pada 2022, 2023
Li Tengfu berkata industri perbankan Islam diunjurkan berkembang lebih pantas berbanding perbankan konvensional.
![Moody's semak semula kenaikan harga minyak jangka sederhana kepada AS$50-AS$70 setong Moody's semak semula kenaikan harga minyak jangka sederhana kepada AS$50-AS$70 setong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629358215_Moodys.jpg)
Moody's semak semula kenaikan harga minyak jangka sederhana kepada AS$50-AS$70 setong
Agensi penarafan kredit juga menjangkakan bekalan yang terhad akan terus menyokong momentum harga minyak yang kukuh.
![Keyakinan pelabur terhadap Malaysia tidak akan terjejas - Ong Keyakinan pelabur terhadap Malaysia tidak akan terjejas - Ong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61535528440_OngKianMing.jpg)
Keyakinan pelabur terhadap Malaysia tidak akan terjejas - Ong
Keyakinan pelabur terhadap Malaysia tidak akan terjejas memandangkan kebimbangan yang dialami agensi penarafan telah ditangani.
![Malaysia diiktiraf dunia, tiada sebab tukar kerajaan - Najib Malaysia diiktiraf dunia, tiada sebab tukar kerajaan - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/61503729403_NajibTunRazakSIK.jpg)
Malaysia diiktiraf dunia, tiada sebab tukar kerajaan - Najib
Cubaan pembangkang untuk menghasut rakyat kononnya kerajaan yang ada kini perlu ditukar, adalah gambaran tidak tepat dan rakyat perlu menolak cita-cita besar pembangkang itu.