JAKARTA: Malaysia berada di landasan yang betul dalam usaha mencegah perbuatan korupsi bagi membentuk masyarakat bebas rasuah sepanjang lima tahun lalu, menurut Malaysia Corruption Watch (MCW).
Presidennya Jais Abdul Karim berkata pelbagai siasatan, tangkapan dan pendakwaan telah dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara untuk mengekang kesalahan rasuah.
"Setakat lima tahun ini kami dapati bahawa Malaysia berada di landasan yang betul dalam usaha pencegahan rasuah di Malaysia," katanya kepada media selepas melawat Komisi Pemberantasan Korupsi Indonesia, di Jakarta Selatan hari ini.
Badan bukan kerajaan itu menyarankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tindakan tegas terhadap pesalah rasuah demi memastikan Malaysia semakin dikenali sebagai negara yang berintegriti dan bermoral.
"Harapan MCW, kerajaan hari ini akan melakukan yang terbaik demi masa depan rakyat dan negara," kata Jais, sambil menambah pendekatan menghapuskan rasuah mengembalikan keyakinan pelabur asing untuk menjalankan perniagaan di Malaysia.
Pengasas MCW itu juga berharap ahli politik tidak mengganggu-gugat siasatan SPRM sebaliknya memberi sokongan dan maklumat yang diperlukan berhubung kes-kes terkini.
Beliau percaya SPRM sedang berusaha sebaik mungkin untuk memastikan siasatan segera diselesaikan supaya ahli politik boleh fokus kepada tugas mereka di Parlimen.
"Rakyat tidak mampu lagi untuk berdepan dengan politik sepanjang masa. Kita harus fokus kepada pembinaan negara. Kes rasuah melibatkan ahli politik perlu ditamatkan segera," katanya.
Jais berkata demikian ketika ditanya mengenai siasatan SPRM berhubung dana pengurusan COVID-19 berjumlah RM92.5 bilion yang dibelanjakan kerajaan pada 2020 dan 2021.
Beliau dan 24 ahli terdiri daripada golongan profesional dan akademik tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan tiga hari sempena Hari Antirasuah Antarabangsa, setelah kali terakhir berkunjung pada 2017.
Selain bertemu dengan Indonesia Corruption Watch, mereka turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia, Adlan Mohd Shaffieq.
Lawatan itu bertujuan bertukar-tukar pandangan, belajar dan menilai program terkini yang dilaksanakan agensi membanteras rasuah di Indonesia untuk dikemukakan kepada SPRM dan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022
Jais (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Pembangunan Rangkaian Antara Suruhanjaya dan Agensi Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK), Kartika Handaruningrum.- Foto BERNAMA
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.
Malaysia di landasan betul dalam mencegah gejala rasuah - MCW
Malaysia berada di landasan yang betul dalam usaha mencegah perbuatan korupsi bagi membentuk masyarakat bebas rasuah sepanjang lima tahun lalu, menurut Malaysia Corruption Watch (MCW).
ICW bangunkan platform antirasuah secara maya
Pengasas ICW, Adnan Topan Husodo menjelaskan platform yang dikenali sebagai Akademi Anti Rasuah itu mula dibina sejak 2018.
Senarai hajat rakyat Malaysia kepada Ismail Sabri
Kepimpinan baharu negara diharapkan mempunyai keazaman politik yang tinggi untuk membuat perubahan penting.
Peletakan jawatan Abe Shinzo kehilangan buat dunia - MCW
Keputusan itu disifatkan sebagai satu kerugian bagi seluruh dunia dan Malaysia khususnya.