Syarikat telekom gergasi Amerika Syarikat, AT&T akan menganjurkan Malaysia Developers’ Day (MDD) edisi ASEAN untuk kali ketiga, sempena dengan acara KL Converge! 2015.
MDD yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 27 hingga 28 Ogos ini, dijangka menghimpunkan para peserta daripada 10 buah negara-negara ASEAN yang bakal berentap untuk mencipta aplikasi mudah alih dalam tempoh 24 jam.
Bertemakan "Internet of Things – Building a Connected Life, Connected Car and Connected Home", kreativiti, inovasi serta daya ketahanan mental para peserta bakal teruji apabila mereka dikehendaki untuk menyiapkan aplikasi mudah alih dalam tempoh yang ditetapkan selain memastikan aplikasi yang dicipta itu mempunyai nilai kebolehpasaran.
Kali ini, dua kategori baharu akan dipertandingkan iaitu kategori Aplikasi Terbaik untuk Inovasi Media dan Aplikasi Terbaik untuk Gaya Hidup dan Hiburan manakala kategori Aplikasi Terbaik untuk Pembabitan Komuniti yang dipertandingkan pada tahun lalu, akan dikekalkan.
Pasukan yang berjaya mencipta aplikasi mudah alih terbaik untuk ketiga-tiga kategori itu berpeluang untuk memenangi wang tunai bernilai US$1,000 (RM3,750) dan berpeluang membentangkan aplikasi mudah alih mereka pada majlis makan malam KL Converge! yang akan berlangsung pada 29 Ogos nanti bagi merebut hadiah utama bernilai US$10,000 (RM37,500)
Selain pertandingan MDD, beberapa siri aktiviti menarik telah diatur sepanjang tiga hari berlangsungnya KL Converge! seperti Program Peringkat Menteri KL Converge! 2015.
MDD, adalah sebuah acara yang berlatarkan platform digital dan industri kreatif anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Astro Awani
Tue Jun 16 2015
Kreativiti, inovasi serta daya ketahanan mental para peserta bakal teruji apabila mereka dikehendaki untuk menyiapkan aplikasi mudah alih dalam tempoh yang ditetapkan.
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Syarikat penerbangan AS beri amaran ancaman gangguan daripada rangkaian 5G
Ia boleh meningkatkan gangguan perjalanan udara dan menyebabkan penumpang udara menanggung kos kelewatan sebanyak AS$1.6 bilion setiap tahun.
Malaysia Developers' Day kembali lagi pada Ogos
Syarikat telekom gergasi Amerika Syarikat, AT&T akan menganjurkan Malaysia Developers' Day (MDD) sempena dengan acara KL Converge! 2015.