BANGKOK: Malaysia teguh dalam komitmennya untuk bekerjasama dengan Thailand bagi mengukuhkan hubungan dan meluaskan kerjasama dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama, kata Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.
Beliau berkata Malaysia dan Thailand telah menjalin hubungan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957 dan Thailand merupakan antara negara pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Kedua-dua negara telah menikmati hubungan rapat dan bekerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan, pelaburan, keselamatan, pendidikan dan pelancongan.
"Kedudukan Malaysia dan Thailand di Asia Tenggara, sebuah wilayah yang mempunyai kepelbagaian sejarah dan budaya serta diberkati dengan pelbagai sumber semula jadi.
"Kita perlu menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan kemakmuran adalah penting untuk keamanan dan keselamatan serantau.
"Yakinlah, Malaysia adalah jiran dan rakan kongsi yang baik. Kami komited untuk bekerjasama dengan Thailand demi mengukuhkan kerjasama dua hala untuk manfaat bersama, dan seterusnya mengukuhkan lagi hubungan ini," katanya pada syarahan umum "Malaysia-Thailand Bilateral Relations" di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Perlis baru-baru ini.
Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyempurnakan majlis itu.
Jojie berkata Malaysia dan Thailand yakin untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak US$30 bilion menjelang 2025.
Pada 2022, Thailand adalah rakan dagangan keenam terbesar Malaysia di dunia dan kedua terbesar dalam kalangan negara ASEAN dengan jumlah nilai perdagangan US$27.75 bilion, katanya.
"Malaysia mengeksport barangan berjumlah US$ 14.97 bilion ke Thailand, terutamanya produk elektrik dan elektronik, kimia, termasuk petroleum dan LNG.
"Malaysia juga mengimport barangan bernilai US$ 12.78 bilion dari Thailand, terutamanya membabitkan produk elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan, bahan kimia, serta mesin dan peralatan-peralatan lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2023

Jojie berkata Malaysia dan Thailand yakin untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak US$30 bilion menjelang 2025. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.

Pesawat terhempas: Malaysia sampaikan ucapan takziah kepada Azerbaijan
Malaysia hari ini mengucapkan takziah kepada Azerbaijan di atas tragedi pesawat penumpang milik Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan, Rabu lepas.

China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta
China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau dan menyokong satu sama lain dengan baik.

Kepelbagaian diplomatik Malaysia bentuk semula hala tuju strategik ASEAN - Penganalisis
Usaha kepelbagaian Malaysia seperti hubungannya dengan BRICS, menawarkan perspektif baharu untuk perancangan strategik ASEAN.

Presiden Peru Boluarte tegaskan hubungan diplomatik yang erat dengan Malaysia
Presiden Peru menekankan hubungan diplomatik yang kukuh antara Peru dan Malaysia pada Rabu, semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia.
![[KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia [KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730169403_AnwarIbrahimErdogan.jpg)
[KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia
Turkiye dan Malaysia, berkongsi hubungan dua hala yang berakar umbi, dengan sejarah persaudaraan sejak hubungan antara Empayar Uthmaniyyah dan Kepulauan Melayu pada abad ke-16.

Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed adakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia
Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed Ali dijadual mengadakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia dari Jumaat (25 Okt) hingga Sabtu (26 Okt).