LUMUT: Kementerian Luar kini dalam proses akhir bagi memuktamadkan keputusan untuk membuka semula kedutaan besar di Iraq, termasuk mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Iraq dan juga timbalannya dalam masa terdekat berhubung beberapa aspek berkaitan logistik.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata dalam pertemuan beliau dengan Timbalan Perdana Menteri Iraq di Azerbaijan awal Julai lepas, pemimpin itu telah meminta Malaysia supaya segera membuka kedutaan di Iraq.
"Saya telah maklumkan perkara ini kepada kabinet dan ia telah mendapat persetujuan, serta diluluskan (pembukaan kedutaan) dua bulan lepas, dan diharapkan proses akhir perbincangan itu nanti akan memeterai pembukaan kedutaan kita di sana," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Khidmat Bakti Bersama Komuniti Pulau Pangkor.
Program itu disertai 400 peserta yang terdiri daripada kalangan kakitangan jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pegawai dari Kementerian Luar di Masjid Teluk Raja Bayang Pangkor di sini, semalam.
Zambry berkata pembukaan kedutaan itu juga bakal memainkan peranan penting bukan hanya dalam mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara malah memberi nilai tambah daripada sudut ekonomi khususnya sektor pelaburan.
"Kita harapkan agar hubungan ini akan memberi impak yang positif. Jadi, seperti yang kita sedia maklum Petronas mempunyai kepentingan besar di Iraq dan selain itu juga saya yakin ada bidang-bidang lain yang boleh diteroka di sana," katanya.
Sementara itu Zambry berkata kerajaan juga akan menimbang pembukaan semula kedutaan besar di beberapa negara termasuk di benua Afrika yang sebelum ini menghadapi konflik peperangan sepertimana di Iraq.
Bagaimanapun menurutnya perkara itu perlu diperhalusi, selain mengambil kira pelbagai faktor terutama membabitkan soal keselamatan dan kepentingan negara.
"Kita perlu ambil kira semua faktor sebelum pembukaan ini dibuat kerana kita tidak mahu perkara-perkara tidak diingini atau di luar jangkauan berlaku dan memberi impak negatif kepada negara," katanya.
Pada 26 Mac lepas, Zambry menjelaskan kerajaan melalui Kementerian Luar sedang meneliti cadangan membuka semula Kedutaan Besar Malaysia di beberapa buah negara yang sebelum ini bergolak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023

Zambry bercakap pada sidang media ketika Program Khidmat Bakti Bersama Komuniti Pulau Pangkor di Masjid Teluk Raja Bayang, Pangkor, 19 Ogos 2023. --fotoBERNAMA
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan
Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan semua universiti dalam negara telah memberi manfaat kepada masyarakat.

ASEAN berpotensi jadi ‘kuasa pertengahan’, tangani ketegangan geopolitik - Zambry
Katanya, dengan peralihan daripada sistem unipolar kepada sistem multipolar, ASEAN boleh membawa suara seruan ke arah penyelesaian diplomatik.

Dasar MADANI, hubungan antarabangsa fokus perbincangan bersama pemimpin muda global - Zambry
Dasar kerajaan MADANI, Kepengerusian ASEAN, dasar luar dan dasar pendidikan Malaysia antara yang dibincangkan Menteri Zambry bersama peserta program Atlantic Council Millennium Leadership.

Zambry sahkan terima surat peletakan jawatan Naib Canselor UKM
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman.

Kerjasama pendidikan tinggi di peringkat ASEAN, mampu cungkil kepakaran baharu – Zambry
Jalinan Kerjasama dalam sektor pendidikan dengan semua negara di rantau ASEAN akan mampu mencungkil lebih banyak kepakaran dan kemahiran yang diperlukan di rantau ini khususnya Malaysia.

KPT pujuk tenaga pengajar bertugas di luar negara curah khidmat di Malaysia - Zambry
Zambry berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi mencari peluang untuk mereka menyumbang khidmat kepada negara.

KPT bangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa
KPT akan membangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa untuk memastikan sijil yang dihantar melalui permohonan adalah sahih dan setaraf dengan kelayakan masuk.

Zambry ucap takziah kepada keluarga pelajar UTeM maut kemalangan
Allahyarham Nurul Syafiqah dan Nurhanis Afryna merupakan pelajar tahun dua dan satu Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTeM.

KPT rangka pelan pendidikan tinggi 2025-2035
KPT bercadang untuk tidak menggunakan khidmat perunding luar, sebaliknya menggunakan tenaga pakar tempatan yang lebih memahami keperluan negara.

Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.