Malaysia menempa sejarah baharu apabila mempengerusikan Mesyuarat Pegawai Kanan APEC secara maya (VESOM) berkaitan COVID-19 pada Rabu.
Mesyuarat selama empat jam yang bermula jam 7 malam itu disertai semua 21 anggota ekonomi APEC dari lapan zon waktu berbeza di dalam satu platform maya yang sama.
Sekretariat APEC Kebangsaan 2020 dalam satu kenyataan berkata ia disertai oleh semua Ekonomi APEC, Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) termasuk para pemerhati serantau dan antarabangsa.
“VESOM memfokuskan kepada merealisasikan Kenyataan Menteri Bertanggungjawab Bagi Perdagangan (MRT) APEC berkaitan COVID-19, yang dikeluarkan awal bulan ini.
“Pegawai Kanan turut mendengar kenyataan dari ABAC, selepas majlis itu mengemukakan pandangan berkaitan peranan sektor swasta dalam mengekang impak pandemik selain mengukuhkan kembali pemulihan ekonomi serantau,” memetik kenyataan itu.
VESOM mengetengahkan lima cadangan, merangkumi; platform untuk saling bertukar informasi berkaitan polisi tindakan oleh Ekonomi APEC berkaitan krisis COVID-19; dua cadangan berasingan berkenaan cara untuk fasilitasi barangan keperluan sewaktu krisis.
Cadangan lain termasuk menubuhkan dana berasingan untuk kerjasama APEC untuk mengekang COVID-19 dan menentukan hala tuju rantau ini ke arah pemulihan ekonomi; dan bimbingan serta hala tuju badan APEC untuk meneruskan tugas pada waktu yang tidak menentu ini.
Sekretariat memaklumkan, daripada semua cadangan itu, tiga daripadanya dicadangkan oleh Malaysia iaitu berkaitan mewujudkan platform dalam pertukaran informasi dipanggil APEC COVID-19 Latest and Immediate Virtual Exchange atau APEC COVID-19 LIVE.
Platform ini bertujuan untuk memfokuskan kepada campur tangan, langkah, program dan inisiatif polisi yang diamalkan Ekonomi APEC dalam memdepani krisis COVID-19.
Kedua, Malaysia mengemukakan draf dipanggil Deklarasi APEC dalam Memudahkan Pergerakan Barangan Keperluan.
Draf deklarasi ini dikemukakan kepada semua Ekonomi APEC untuk menawarkan senarai barang yang ditentukan oleh mereka sendiri untuk pelaksanaan konsesi tarif sepihak.
Cadangan ketiga adalah berkaitan kapasiti Malaysia selaku Pengerusi APEC 2020 untuk menawarkan bimbingan dalam pelaksanaan tugas melibatkan semua badan APEC di mana semua jawatankuasa, kumpulan kerja dan sub-fora diingatkan supaya tugas mereka perlu diteruskan, sama ada menerusi maya atau antara sesi (inter-sessional).
Harits Asyraf Hasnan
Thu May 28 2020
Hairil Yahri Yaacob (kiri) selaku Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan APEC bergambar bersama para delegasi yang julung kali bermesyuarat secara maya. - Foto Sekretariat APEC
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia gesa penubuhan Platform Perkongsian Maklumat Digital COVID-19 APEC
Inisiatif itu perlu diberi keutamaan selepas Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan (MRT) mengarahkan supaya ia dilaksanakan.
APEC 2020: Kukuhkan sistem kesihatan, rantaian bekalan - Dr Adham
Pandemik COVID-19 telah menampakkan kelemahan sebenar dunia dalam tindak balas kesihatan global.
Malaysia cipta sejarah, mesyuarat APEC pertama secara maya
Mesyuarat selama empat jam yang bermula jam 7 malam itu disertai semua 21 anggota Ekonomi APEC dari lapan zon waktu berbeza di dalam satu platform maya yang sama.
#MyAPEC2020: Semua mesyuarat berkaitan pada April ditangguhkan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan memaklumkan, ia melibatkan tiga mesyuarat yang kini ditunda pada Jun.
PM diberi taklimat perdagangan antarabangsa, pelaburan asing
Beliau turut diberi taklimat berkenaan status terkini penganjuran Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) oleh pengurusan tertinggi MITI.
COVID-19: Tidak jejas #MyAPEC2020, mesyuarat melalui sidang video
Penularan wabak COVID-19 tidak menghalang para pegawai kanan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik meneruskan Mesyuarat Pertama Pegawai-pegawai Kanan dan berkaitan di Putrajaya sejak 3 Februari lalu.
MyAPEC2020: Penyelidikan melalui APEC tingkat peranan wanita perangi rasuah
Mesej dari golongan atasan adalah kunci utama ketika memerangi rasuah. Kerajaan ini komited untuk memerangi rasuah dalam semua situasi.
APEC2020: Sekretariat yakin SOM1 akan capai matlamat
Pengarah Eksekutif Sekrertariat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria optimis SOM1 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, akan mencapai matlamatnya.