KUALA LUMPUR: Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam penggunaan e-pembayaran, hasil kerjasama dan komitmen daripada sektor kerajaan, awam, swasta serta komuniti di bandar dan luar bandar, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Penolong Gabenor BNM Abd Rahman Abu Bakar berkata tahun lepas, sejumlah 9.5 bilion urus niaga e-pembayaran direkodkan dan meningkat berbanding 7.2 bilion pada tahun 2021.
Secara purata, setiap rakyat Malaysia melakukan 291 transaksi e-pembayaran pada tahun 2022 (2021: 222 purata transaksi).
"Sebagai contoh, lebih 100,000 pendaftaran kod QR telah direkodkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini menjadikan jumlah penerimaan kod QR setakat suku pertama tahun ini, melebihi 1.7 juta pendaftaran.
"Saya berharap pertumbuhan ini akan dapat ditingkatkan lagi dengan komitmen industri untuk terus membantu peniaga-peniaga mikro dan kecil khususnya mengadaptasi e-pembayaran dalam perniagaan mereka," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program eDuit Desa Jom Cashless Bagan Nakhoda Omar di Selangor, hari ini.
Sementara itu, mengenai caj fi transaksi yang dikenakan penyedia perkhidmatan DuitNow QR, Abd Rahman memberitahu bahawa industri telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan kesan sebarang fi urus niaga terhadap perniagaan.
Sebagai contoh, bank-bank utama dan beberapa penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank telah mengumumkan bahawa mereka akan terus mengecualikan fi transaksi ke atas perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran secara DuitNow QR.
"Sesungguhnya, matlamat BNM bersama dengan institusi-institusi sektor kewangan adalah untuk memastikan kemudahan e-pembayaran dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira di bandar atau luar bandar. Ia merupakan pilihan pembayaran yang selamat, senang dan segera," katanya.
Dalam pada itu, Abd Rahman berkata kempen e-Duit dengan slogan Selamat, Senang dan Segera yang dilancarkan tahun lalu turut diteruskan untuk meningkatkan kesedaran mengenai manfaat e-pembayaran.
Projek rintis e-Duit yang dijalankan di Pulau Redang berjaya mengubah 70 peratus peniaga di seluruh Pulau Redang untuk menggunakan sistem e-pembayaran, inisiatif tersebut telah meningkatkan ekonomi masyarakat di situ melalui aktiviti pelancongan yang sebelum ini amat bergantung kepada urus niaga secara tunai.
"Melalui projek rintis ini, kami (BNM) mendengar sendiri daripada masyarakat setempat mengenai impak positif daripada aspek keselamatan, pemudah cara serta peningkatan pendapatan serta peluang ekonomi melalui pelancongan," katanya.
Usaha-usaha di peringkat akar umbi sebegini dapat menjana perkembangan ekonomi domestik dan mampu membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana atau PKS bagi merealisasikan Dasar Keusahawanan Negara 2030 untuk melonjakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 14 2023
Tahun lepas, sejumlah 9.5 bilion urus niaga e-pembayaran direkodkan dan meningkat berbanding 7.2 bilion pada tahun 2021. - Gambar hiasan/Unsplash
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
PM Anwar mahu bank digital bantu tingkatkan transaksi e-pembayaran
Beliau berkata terdapat peningkatan transaksi e-pembayaran sejak 2011 namun angkanya dilihat masih rendah.
Malaysia catat pertumbuhan kukuh dalam e-pembayaran - BNM
Tahun lepas, sejumlah 9.5 bilion urus niaga e-pembayaran direkodkan dan meningkat berbanding 7.2 bilion pada tahun 2021.
PayNet beri penjelasan berhubung pengenaan yuran transaksi DuitNow QR
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini menjelaskan mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.
Transaksi e-pembayaran naik 31.5 peratus pada 2022 - BNM
Transaksi e-pembayaran meningkat sebanyak 31.5peratus kepada 9.5 bilion pada tahun 2022 berbanding 7.2 peratus pada tahun 2021.
Pulau Pinang sasar 100 peratus e-pembayaran menjelang 2030
Kerajaan Pulau Pinang menyasarkan 100 peratus pembayaran tanpa tunai (e-pembayaran) akan dapat dicapai menjelang 2030 dalam usaha meneruskan agenda transformasi digital di negeri itu.
Imigresen capai rekod 100 peratus e-pembayaran, jimat RM2.4 juta
Pada 2019, Jabatan Imigresen masih lagi menggunakan sistem pembayaran secara tunai yang dilihat menyusahkan pelanggan.
Didik masyarakat lakukan e-pembayaran melalui Cashless Boleh
Cashless Boleh mampu memupuk kesedaran dan menggalakkan tabiat e-penbayaran atau tanpa tunai dalam kalangan masyarakat.
Peniaga harap tempoh aktif akaun e-pembayaran dipercepatkan
Tempoh pendaftaran dan pengaktifan e-pembayaran seperti Touch 'n Go eWallet, QRPay, Boost dan GrabPay, ketika ini mengambil masa sehingga sebulan.
Rakyat Malaysia bersedia memulakan perjalanan melalui e-dompet
Touch n Go eWallet, Boost dan Grap Pay berkata, jumlah trafik telah meningkat dengan ketara selepas program itu dimulakan pagi Rabu.
BNM akan lancar rangka kerja operasi takaful yang disemak semula
Gabenor Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, rangka kerja yang disemak itu akan diterbitkan untuk perundingan sebelum pertengahan tahun ini.