ABU DHABI: Malaysia telah mencatat kemajuan dalam usaha peralihan tenaga selain bertindak memudahcara aspek menjalankan perniagaan di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika berkongsi usaha itu dengan kumpulan pemimpin industri pada sesi meja bulat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini pada Khamis, beliau turut menekankan komitmen Malaysia untuk melaksanakan dasar lebih baik serta jelas berkaitan aspek tenaga boleh baharu (TBB) dan kemajuan teknologi.
Malah, Perdana Menteri berkata Malaysia muncul antara negara terawal di rantau Asia Tenggara yang menggerakkan usaha TBB dengan Sarawak sebagai hab tenaga utama dan membekalkan tenaga kepada ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan.
Pada masa sama, Malaysia turut terbabit dalam perdagangan tenaga rentas sempadan pertama di rantau Asean di bawah Projek Integrasi Tenaga Laos-Thailand-Malaysia-Singapura untuk mengukuhkan Grid Tenaga Asean.
"Kapasitinya sebegitu besar berikutan pelaburan baharu yang bergantung kepada grid dan tenaga boleh baharu ini," kata beliau yang dalam rangka lawatan kerja selama dua hari ke UAE mulai semalam.
Pada sesi itu, Perdana Menteri turut menyakinkan pemimpin industri itu bahawa Malaysia adalah sebuah negara mesra perniagaan, termasuk langkah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
"NIMP membentangkan hala tuju jelas mengenai apa yang perlu dilaksanakan dan kejelasan sedemikian adalah wajar untuk kemudahan menjalankan perniagaan. Ini penting bagi memastikan kita kekal kompetitif," kata beliau.
Anwar berkata Malaysia merupakan peneraju dari segi teknologi baharu dalam industri mikrocip serta semikonduktor membabitkan kalangan negara-negara sedang pesat membangun.
Ini termasuk langkah pengeluar semikonduktor terbesar Jerman, Infineon Technologies AG membuat pelaburan tambahan sehingga lima bilion euro untuk membina loji fabrikasi kuasa silikon karbida (SiC) 200 milimeter (mm) terbesar dunia di Malaysia.
Dalam pada itu, Perdana Menteri juga berkongsi rasa optimis bahawa Malaysia kini di landasan tepat untuk mengulangi pencapaian ekonomi yang mantap sepertimana pada 90-an, bersama-sama dengan negara-negara Asean.
"Ini bermakna, kita perlu melakukan apa yang sewajarnya untuk berdaya saing agar ekonomi dan rakyat kita mendapat manfaat daripada dasar serta inisiatif berkenaan.
"Apabila ke Malaysia, anda boleh saksikan sendiri perubahan berbanding pada lima, tiga atau dua tahun lepas.
"Saya juga ingin tegaskan satu perkara -- keadaan sekarang jauh lebih baik serta mudah untuk menjalankan perniagaan kerana wujudnya keazaman lebih jelas dan kepimpinan yang efektif bagi memastikan kita dapat berfungsi berkesan," kata beliau.
Hadir sama pada sesi itu adalah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Perdagangan Luar UAE Dr Thani Ahmed Al Zeyoudi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023
Perdana Menteri berkongsi usaha peralihan tenaga Malaysia dengan kumpulan pemimpin industri pada sesi meja bulat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini pada Khamis.- Foto FB Anwar Ibrahim
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Malaysia catat kemajuan dalam peralihan tenaga, permudah urusan perniagaan - PM Anwar
Malaysia telah mencatat kemajuan dalam usaha peralihan tenaga selain bertindak memudahcara aspek menjalankan perniagaan di negara ini.
Malaysia jangka peluang perdagangan, pelaburan luas bagi Malaysia-UAE - Zafrul
Malaysia meramalkan peluang perdagangan dan pelaburan yang luas untuk dimanfaatkan oleh Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).