Malaysia mencadangkan tahap baharu kerjasama pertahanan bagi negara anggota Asean yang dikenali sebagai Kumpulan Siapsagaan Asean.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penubuhan kumpulan itu khusus bagi negara Asean berada dalam keadaan siapsiaga untuk menghadapi apa-apa kemungkinan susulan respons cepat dalam kalangan negara Asean terhadap insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 pada 8 Mac lepas dan kejadian taufan Haiyan membadai Filipina pada November 2013.
Beliau berkata Malaysia mahu membawa kerjasama pertahanan Asean ke skala lebih besar berikutan kejayaan dan keberkesanan mekanisme Bantuan Kemanusiaan dan Bencana masa kini termasuk Perjanjian Asean mengenai Pengurusan Bencana dan Tindak Balas Kecemasan (AADMER) dan Pusat Penyelarasan
Asean bagi Bantuan Kemanusiaan (AHA).
Beliau berkata kumpulan itu boleh bekerjasama untuk latihan serta membangunkan prosedur bersama dan beroperasi di bawah mekanisme kerjasama yang praktikal sedia ada.
"Selain itu, adalah diharapkan bahawa kumpulan itu akan memperoleh pelepasan diplomatik yang telah ditentukan, talian komunikasi dan pramengenal pasti peralatan sumber manusia dan kepakaran peralatan," kata beliau dalam sesi bertukar pandangan pada Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean (ADMM) di
Bagan, Myanmar semalam.
Teks ucapan Hishammuddin, yang dihantar kepada Bernama semalam, bertemakan "Kerjasama Pertahanan Ke Arah Komuniti Asean yang Aman dan Makmur".
Beliau juga melahirkan rasa terima kasih kepada 10 negara Asean yang pertama tampil memberi sokongan kepada Malaysia ketika negara berada dalam keadaan yang sukar susulan tragedi kehilangan MH370.
Mengenai usaha memerangi kumpulan militan digelar Negara Islam (IS), Hishammuddin berkata terdapat keperluan untuk memahami lebih lanjut bagaimana ideologi yang menyimpang untuk mewujudkan semula khalifah yang sudah tidak berfungsi boleh menjadi begitu menarik bagi orang daripada pelbagai rantau.
"Dalam hal ini, selain membangkitkan kesedaran domestik, kerjasama pelbagai hala melalui penglibatan lebih dekat dan perkongsian maklumat adalah penting dan tidak ada lagi platform lebih penting di rantau ini selain
ADMM," kata beliau.
Bernama
Thu Nov 20 2014

HISHAMMUDDIN: Penubuhan kumpulan itu khusus bagi negara Asean berada dalam keadaan siapsiaga untuk menghadapi apa-apa kemungkinan susulan respons cepat terhadap insiden seperti MH370 dan taufan Haiyan.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.

PM Anwar minta Sarawak bekalkan elektrik ke FIlipina - Abang Johari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Sarawak membekalkan lebihan tenaga elektriknya ke selatan Filipina melalui Sabah bermula tahun depan.

Malaysia seru perpaduan ASEAN yang lebih utuh di sebalik peralihan dinamik kuasa global
ASEAN perlu terus memikirkan dinamik kuasa besar baharu di bawah "Trump 2.0" sambil kekal lantang dan berprinsip dalam isu geopolitik serta ekonomi.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar AS
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.