KUALA LUMPUR: Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam menggalakkan keamanan di Ukraine dengan menyokong "formula perdamaian" 10 perkara yang diumumkan oleh Presiden Volodymyr Zelensky bertujuan menangani pencerobohan Rusia di wilayah Ukraine.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan Hubungan Antara Parlimen, Parlimen Ukraine Oleksandr Merezhko berkata, Malaysia boleh mengambil bahagian dalam pelaksanaan formula keamanan itu dengan menghadiri 'sidang kemuncak keamanan' Ukraine yang akan diadakan hujung tahun ini di tempat yang akan ditentukan kemudian.
"Saya percaya dari segi diplomasi antara parlimen dan dasar luar, Malaysia mempunyai potensi besar dan harus memainkan peranan lebih besar dalam arena antarabangsa.
"Kami berharap Malaysia boleh menjadi peserta aktif sidang kemuncak keamanan ini di mana ia akan membincangkan isu keamanan dan keselamatan secara umum," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif, baru-baru ini.
Merezhko sedang dalam lawatan lima hari ke Malaysia yang berakhir pada Selasa (15 Ogos) selepas Indonesia sebagai sebahagian daripada lawatan diplomatiknya ke ASEAN.
"Sidang kemuncak keamanan," seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa, adalah usaha bersama oleh Zelensky dan sekutunya untuk mendapatkan sokongan bagi resolusi yang boleh menamatkan konflik yang berpunca daripada pencerobohan berskala penuh Rusia hampir 18 bulan lalu.
Inisiatif itu dibuat berdasarkan pelan 10 perkara yang digariskan oleh Zelensky, merangkumi aspek penting seperti pemulihan integriti wilayah Ukraine, pengunduran tentera Rusia, pembebasan semua tahanan, penubuhan tribunal untuk mempertanggungjawabkan mereka yang terbabit dalam pencerobohan tentera dan penyediaan jaminan keselamatan untuk Ukraine.
Merezhko juga menekankan implikasi formula keamanan melangkaui sempadan Ukraine, menekankan bahawa "formula keamanan bukan hanya untuk kepentingan Ukraine tetapi negara lain seperti Malaysia, yang mengambil berat keamanan dan ketenteraman antarabangsa."
Pencerobohan Rusia yang bermula pada 24 Februari 2022, telah menyebabkan kehilangan nyawa di kedua-dua belah pihak, dengan lebih 8.5 juta rakyat Ukraine dilaporkan telah meninggalkan negara itu - mewujudkan krisis pelarian terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.
Sambil melahirkan rasa terima kasih bagi pihak negaranya, Merezhko mengiktiraf sokongan Malaysia melalui undian untuk resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertujuan menamatkan pencerobohan Rusia di Ukraine.
Ahli Parlimen Ukraine itu menegaskan komitmen Malaysia untuk menegakkan undang-undang dan keamanan antarabangsa melalui pendiriannya.
Merezhko juga menyampaikan jemputan kepada pelabur dan ahli perniagaan Malaysia, menggesa mereka untuk mengambil bahagian secara aktif dalam usaha pembinaan semula dan pemulihan pasca konflik di Ukraine, menyatakan harapan konflik Rusia-Ukraine ditamatkan menjelang akhir tahun atau selewat-lewatnya, tahun berikutnya.
"Penyertaan Malaysia dalam usaha pembinaan semula dan pemulihan Ukraine adalah penting.
"Pembinaan semula dan pemulihan semula di Ukraine akan mengambil masa berpuluh-puluh tahun, dan kami memerlukan pelaburan dan kepakaran daripada Malaysia dalam usaha pembinaan semula, yang saya percaya harus bermula sekarang dan bukan menunggu sehingga perang tamat."
Merezhko turut menekankan aspek lain seperti infrastruktur awam dan perumahan yang memerlukan pemulihan akibat konflik itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
![Malaysia boleh mainkan peranan penting galak keamanan di Ukraine - MP Ukraine Malaysia boleh mainkan peranan penting galak keamanan di Ukraine - MP Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692179669_TBoleksandrmerezhko.jpg)
Merezhko menekankan implikasi formula keamanan melangkaui sempadan Ukraine. - Foto Facebook/Oleksandr Merezhko
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
![KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012 KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739453860_tbSaifuddinNasution.jpg)
KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
![BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030 BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).
PTPK sasar RM 450 juta kutipan pinjaman balik
Kementerian Sumber Manusia memperuntukan dana pinjaman rm 500 juta buat perbadanan tabung pembangunan kemahiran (ptpk) dijangka manfaatkan seramai 20,000 peminjam
MyGAS 2025 fokus atasi cabaran pembiayaan gas asli
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.
Ancaman gajah: Penduduk hidup dalam kebimbangan
Penduduk beberapa kampung di Hulu Terengganu hidup dalam kebimbangan susulan serangan gajah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
![Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.
![Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81685686863_BrazilianPresident.jpg)
Brazil kekal berkecuali dalam perang Rusia-Ukraine - Lula
Katanya, Brazil antara kumpulan negara yang mahu kekal berkecuali dalam usaha menyumbang kepada kemungkinan menamatkan perang.
![Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676444385_TheUnitedNationsS.jpg)
Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi resolusi mengenai Ukraine yang dikemukakan oleh Kiev dan wakil Kesatuan Eropah sempena setahun pencerobohan Rusia.
![Ukraine tinggalkan proses rundingan tamatkan konflik - Putin Ukraine tinggalkan proses rundingan tamatkan konflik - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662534550_VladimirPutin.jpg)
Ukraine "tinggalkan" proses rundingan tamatkan konflik - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu Perdana Menteri India, Narendra Modi bahawa Ukraine "meninggalkan" proses rundingan bagi menamatkan konflik Rusia-Ukraine.
![Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662885858_pelajarmalaysia.jpg)
Harga makanan melambung, terpaksa catu hidangan utama - Pelajar Malaysia di Rusia
Kesan sekatan ekonomi akibat konflik Rusia-Ukraine menjejaskan aliran kewangan dan cara perbelanjaan sebilangan besar pelajar Malaysia di Rusia.
![Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632913163_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Belum dilihat bagaimana konflik Rusia-Ukraine dapat diselesaikan, tetapi yang mendapat manfaat yang jelas adalah harga komoditi.
![Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640180452_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS hari ketiga berturut-turut
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan bertambah kepada 4.1825/1850 berbanding dolar AS.