KUALA LUMPUR: Malaysia mampu menjadi sebuah bandar yang tidak berorientasikan kereta dan menerapkan konsep Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) .
Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, pengangkutan awam di sekitar lembah Klang dinilai sangat baik dan Malaysia dinilai berpotensi keluar dari konsep bandar yang beorientasikan kereta atau 'çar-centric infrastructure.'
Katanya, antara langkah yang diambil bagi merealisasikan perkara tersebut ialah usaha kerajaan dalam mewujudkan akses yang lebih mudah bagi pengguna pengangkutan awam.
Usaha itu, jelas beliau, sedang giat diatasi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mewujudkan ketersambungan yang lebih baik antara lokasi awal pengguna ke destinasi yang dituju.
"Kalau kita tengok di London umpamanya, Datuk Bandar Sadiq Khan banyak beri penekanan kepada zon pelepasan emisi rendah atau Ultra Low Emission Zone (ULEZ) dan corak pembangunan bandar itu berubah.
"Begitu juga di Seoul, Korea Selatan, banyak jalan raya yang diubah menjadi taman-taman yang membolehkan warga kota berjalan.
"Jadi Malaysia juga boleh berubah, cuma memerlukan satu anjakan besar dengan campur tangan dasar daripada pihak berkuasa.
"Sekiranya kesedaran masyarakat juga dapat dipupuk, maka kita dapat mencapai satu perubahan dalam bagaimana kita membangunkan kawasan-kawasan yang ada untuk amalan lestari hijau dilaksanakan," ujarnya.
Tambahnya, dengan kewujudan kawasan-kawasan tersebut juga, ia mampu meminimumkan kesan pulau haba bandar (urban heat island effect) yang mampu menapis pencemaran serta memelihara sumber air.
Beliau berkata demikian dalam program AWANI Pagi pada Selasa.
Sebelum ini Nik Nazmi berkata, kerajaan mengulangi komitmen terhadap mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 dan meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu dalam sistem pembekalan elektrik daripada 25 kepada 70 peratus.
Usaha itu disokong dengan memperkenalkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang mewujudkan laluan untuk campuran tenaga, pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dan inisiatif peralihan tenaga.
"Bagi mencapai sasaran berkenaan, Malaysia memerlukan pengimbangan teliti trilema tenaga untuk memastikan tenaga yang lestari, selamat dan mampu milik untuk masa hadapan.
"Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) baru-baru ini bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Dekarbonisasi Kebangsaan yang akan saya pengerusikan.
"Peranan jawatankuasa ini adalah untuk memastikan peralihan Malaysia kepada pembangunan rendah karbon adalah teratur dan menyeluruh.," katanya.
Farhan Hakimi
Tue Jun 25 2024
![Malaysia berpotensi jadi bandar tidak berorientasikan kereta - Nik Nazmi Malaysia berpotensi jadi bandar tidak berorientasikan kereta - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719281947_tbNikNazmiNikAhm.jpg)
Nik Nazmi (kiri) diwawancara oleh wartawan Astro AWANI, Azib Zakri dalam program AWANI Pagi.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Malaysia berpotensi jadi bandar tidak berorientasikan kereta - Nik Nazmi Malaysia berpotensi jadi bandar tidak berorientasikan kereta - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719281947_tbNikNazmiNikAhm.jpg)
Malaysia berpotensi jadi bandar tidak berorientasikan kereta - Nik Nazmi
Malaysia mampu menjadi sebuah bandar yang tidak berorientasikan kereta dan menerapkan konsep Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD).
![KPDN sedang selaras rayuan sektor pengangkutan tertentu sertai SKDS - Armizan KPDN sedang selaras rayuan sektor pengangkutan tertentu sertai SKDS - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712320989_DatukArmizanjpg.jpg)
KPDN sedang selaras rayuan sektor pengangkutan tertentu sertai SKDS - Armizan
KPDN sedang menyelaraskan rayuan sektor pengangkutan tertentu, yang ingin menyertai SKDS untuk dibawa kepada jawatankuasa rayuan yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi.
![PM arah usaha banteras kecurian diesel di seluruh Malaysia dipergiat PM arah usaha banteras kecurian diesel di seluruh Malaysia dipergiat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717162696_AnwarIbrahim.jpg)
PM arah usaha banteras kecurian diesel di seluruh Malaysia dipergiat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua agensi penguatkuasa yang berkaitan untuk mempergiat operasi terhadap penyalahgunaan dan kecurian diesel di seluruh Malaysia.
![Kos penyediaan LRT di Johor dianggarkan RM16.7 bilion Kos penyediaan LRT di Johor dianggarkan RM16.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698054019_MohamadFazli.jpg)
Kos penyediaan LRT di Johor dianggarkan RM16.7 bilion
Anggaran kos keseluruhan penyediaan infrastruktur Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor dianggarkan menelan belanja RM16.7 bilion, berbanding RM7 bilion bagi penyediaan infrastruktur Transit Aliran Aut
![Program Rakyat: Pengunjung digalak guna pengangkutan awam, elak kesesakan Program Rakyat: Pengunjung digalak guna pengangkutan awam, elak kesesakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714737792_TBMADANIRAKYATUTARA.jpg)
Program Rakyat: Pengunjung digalak guna pengangkutan awam, elak kesesakan
Pengunjung yang ingin menghadiri Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan Kementerian Pengangkutan.
![Aidilfitri: WHO saran langkah keselamatan untuk pengguna jalan raya Aidilfitri: WHO saran langkah keselamatan untuk pengguna jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712754854_FBREAKWHOx.jpg)
Aidilfitri: WHO saran langkah keselamatan untuk pengguna jalan raya
WHO sarankan petua dan nasihat perjalanan penting yang bermatlamat memastikan keselamatan pengguna jalan raya sempena musim perayaan Aidilfitri.
![Aidilfitri: Pengangkutan awam tetap jadi pilihan pulang beraya Aidilfitri: Pengangkutan awam tetap jadi pilihan pulang beraya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712572004_ETSSesak.jpg)
Aidilfitri: Pengangkutan awam tetap jadi pilihan pulang beraya
Suasana menyambut Aidilfitri semakin jelas terasa terutama di terminal pengangkutan awam apabila ramai yang memilih untuk pulang berhari raya menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api.
![Tahun Baharu Cina: Pembelian tiket bas lancar Tahun Baharu Cina: Pembelian tiket bas lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707403668_TahunBaruCina.jpg)
Tahun Baharu Cina: Pembelian tiket bas lancar
Pengangkutan awam terutamanya bas ekspres terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang inginkan keselesaan namun serik memandu dalam kesesakan.
![Putrajaya memulakan ujian trem tanpa landasan Putrajaya memulakan ujian trem tanpa landasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706835925_Trem.jpg)
Putrajaya memulakan ujian trem tanpa landasan
Ia sekaligus memberikan mod pengangkutan alternatif kepada penduduk setempat, mahupun kepada mereka yang berkunjung ke Putrajaya.
![Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup sempena Thaipusam Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705915208_TBDATUKHUSSEINOM.jpg)
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup sempena Thaipusam
Tujuh jalan sekitar Batu Caves, Selangor ditutup bermula 10 malam ini hingga Sabtu sempena sambutan Thaipusam.