KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan petua dan nasihat perjalanan penting yang bermatlamat memastikan keselamatan pengguna jalan raya sempena musim perayaan Aidilfitri ini.
Perunding Pencegahan Kecederaan dan Keselamatan Jalan Raya di Pejabat Perwakilan WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapura, Dr Kulanthayan Mani berkata, terdapat lima langkah keselamatan disaran oleh pertubuhan terbabit termasuk mengurangkan kelajuan, memakai tali pinggang keledar, menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak, memastikan tidur dan rehat mencukupi serta memilih menggunakan pengangkutan awam.
Beliau turut menekankan kesan ketara kelajuan terhadap keselamatan jalan raya yang boleh menyebabkan kecederaan dan kemalangan.
"Pengurangan kelajuan memberi manfaat berganda iaitu ia membantu mengelak daripada berlakunya kemalangan jalan raya kerana pada kelajuan yang lebih rendah, kita mempunyai kawalan dan penumpuan yang lebih baik terhadap kenderaan dan sistem jalan raya.
"Justeru, kelajuan yang lebih rendah boleh membantu mengelak kecederaan dan mengurangkan cedera teruk. Penurunan 1km kelajuan boleh membantu mengurangkan tiga peratus kecederaan akibat kemalangan dan 4 hingga 5 peratus kematian akibat kemalangan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Berkenaan pemakaian tali pinggang keledar, Dr Kulanthayan menggariskan keberkesanannya dalam menyelamatkan pemandu dan penumpang serta mengurangkan risiko kematian hingga 50 peratus, menekankan kepentingan pemakaian tali pinggang keledar terhadap semua penumpang kereta dewasa, termasuk penumpang belakang bagi mengelak kecederaan.
Bagi keselamatan kanak-kanak, beliau menekankan keperluan menggunakan kerusi keselamatan terhadap kanak-kanak berketinggian kurang daripada 135 sentimeter dan berat 36 kilogram selain menekankan kepentingan tidur dan rehat yang mencukupi sebelum perjalanan yang memainkan peranan dalam mengekalkan waspada serta mencegah kemalangan yang berkaitan dengan keletihan.
Beliau turut menggesa orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ketika musim perayaan sekali gus menyarankan pengendali pengangkutan awam supaya perlu sentiasa menjaga tahap keselamatan di jalan raya kerana mereka membawa penumpang yang ramai.
"Pengangkutan awam merupakan mod pengangkutan paling selamat terutama sistem berasaskan rel kerana perkhidmatan terbabit tidak berkongsi laluan yang sama dengan mod pengangkutan lain.
"Negara-negara global yang mempunyai sistem pengangkutan awam berasaskan rel yang baik merekodkan kemalangan jalan raya dan kematian yang lebih rendah," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 10 2024
WHO menekankan kesan ketara kelajuan terhadap keselamatan jalan raya yang boleh menyebabkan kecederaan dan kemalangan. - Gambar fail Reuters
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Aidilfitri: WHO saran langkah keselamatan untuk pengguna jalan raya
WHO sarankan petua dan nasihat perjalanan penting yang bermatlamat memastikan keselamatan pengguna jalan raya sempena musim perayaan Aidilfitri.