KUALA LUMPUR: Mikroplastik dan pembuangan sisa air terawat loji nuklear ke dalam laut dilihat bakal menjadi ancaman utama terhadap kesihatan manusia.
Profesor dari Jabatan Fizik dan Kimia, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Profesor Zaidi Embong berkata Malaysia juga tidak terlepas daripada risiko ini jika tiada kesedaran dan tindakan proaktif dilaksanakan segera.
Zaidi berkata kedua-dua pencemaran ini mampu memusnahkan ekosistem hidupan laut sekali gus menjejaskan keterjaminan makanan dunia.
"Sifat plastik yang tidak mudah mengurai meskipun selepas berbelas tahun menjadikannya mudah ditelan dan terkumpul dalam badan dan tisu kebanyakan organisma.
"Kesan lebih memudaratkan apabila partikel mikroplastik ini terperangkap dalam insang sekali gus plastik bersaiz mikro ini akan menyerap ke dalam tisu haiwan di laut, seterusnya sumber perikanan tercemar ini menjadi santapan masyarakat," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Berdasarkan statistik Our World in Data (OWD) merekodkan 8.0 juta tan (bersamaan tiga peratus bahan buangan plastik global) akan mengalir ke laut menerusi pelbagai sumber pelepasan.
Di Malaysia, dianggarkan secara purata sebanyak sembilan bilion tan plastik digunakan oleh rakyat setiap tahun dan sebahagian besarnya juga berakhir di lautan.
Beliau menambah mikroplastik yang berukuran kurang dari 20 mikron mampu memasuki organ manusia seperti otot dan juga tisu badan serta berpotensi memberikan risiko terhadap sistem pernafasan, salur darah, buah pinggang dan sistem penghadaman manusia.
Menurut Zaidi selain mikroplastik, turut perlu diberikan perhatian ialah isu berkaitan pembuangan air terawat loji nuklear ke dalam laut.
Beliau berkata biarpun ia telah melalui proses penapisan untuk menyingkirkan kebanyakan radioisotop, namun ia masih memiliki sejumlah besar radioisotop tritium yang sukar diasingkan daripada air.
"Pencemaran radioisotop seperti tritium ini terhadap hidupan laut boleh mengganggu ekosistem dan rantaian pemakanan hingga mampu memberi kesan karsinogenesis yang boleh mengakibatkan kanser kepada manusia," katanya.
Baru-baru ini Jepun terus menyatakan hasratnya ingin melepaskan air dari loji nuklear Fukushima yang musnah ke laut sekitar musim bunga atau musim panas tahun ini.
Pada April 2021, Jepun telah meluluskan pelepasan lebih satu juta tan air dari loji itu ke laut selepas rawatan.
Zaidi berkata kesan pergerakan arus laut berkemungkinan besar menyebabkan masyarakat yang tinggal di sekitar Laut China Selatan akan menerima tempias daripada aktiviti menyingkirkan sisa air dari loji nuklear itu.
Beliau berharap satu kempen kesedaran akan risiko kesihatan yang bakal dihadapi masyarakat jika terdedah dengan pencemaran mikroplastik dan sisa nuklear ini dapat dilaksanakan sebagai langkah perlindungan.
Pemonitoran kualiti air laut juga perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa agar dapat melindungi kepentingan masyarakat di masa akan datang, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023
Di Malaysia, dianggarkan secara purata sebanyak sembilan bilion tan plastik digunakan oleh rakyat setiap tahun dan sebahagian besarnya juga berakhir di lautan. - Gambar hiasan
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
40 peratus Ahli Dewan Rakyat baharu Britain diwakili wanita
Jumlah ahli parlimen wanita yang bakal menghiasi kerusi di dewan rakyat Britain mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum United Kingdom, UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
UK Memilih: Parlimen UK dihiasi lebih banyak kepelbagaian etnik
Perdana Menteri Britain yang baharu, Keir Starmer akan menyelia sebuah parlimen yang mempunyai lebih banyak pelbagai etnik dan lebih wanita berbanding sebelum ini selepas memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada Khamis, yang menamatkan pemerintahan Konservatif selama 14 tahun.
Pemilik bengkel dikenakan tindakan, gagal kemuka senarai harga baik pulih kenderaan
Tindakan itu adalah hasil aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan setelah kenderaan tersebut selesai dibaiki.
Malaysia berdepan risiko ancaman 'barah' dari laut
Mikroplastik dan pembuangan sisa air terawat loji nuklear ke dalam laut dilihat bakal menjadi ancaman utama terhadap kesihatan manusia.