PUTRAJAYA: Malaysia belum ke arah untuk menggubal undang-undang bagi memastikan syarikat media sosial bertanggungjawab terhadap kegagalan menghapuskan maklumat salah dan palsu daripada platform seperti yang dilakukan Australia, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata kerajaan akan mengadakan libat urus yang konsisten dan proaktif dengan penyedia perkhidmatan platform media sosial supaya sekiranya berlaku apa-apa isu pelanggaran, ia dapat diselesaikan dengan baik.
"Kita pada waktu ini belum ke arah itu (gubal undang-undang) tetapi mengadakan libat urus yang konsisten dan proaktif seperti dengan TikTok, Twitter, Meta dan Telegram," katanya kepada media selepas perasmian Courier Industry Appreciation Day di sini hari ini.
Sebagai contoh, katanya beliau bakal bertemu dengan pengurusan Meta hari ini setelah menerima aduan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Muhamad Umar Swift bahawa identitinya telah disalah guna.
Australia dilaporkan bersedia menggubal undang-undang untuk memastikan syarikat media sosial bertanggungjawab kerana gagal menghapuskan maklumat salah dan palsu daripada platform mereka.
Beliau berkata dengan proses libat urus serta kerjasama daripada pihak penyedia perkhidmatan media sosial yang lebih baik, ia memadai untuk menyelesaikan perkara sama ada berkaitan 'scammer', jenayah atau pelanggaran serta isu platform e-dagang yang menjual produk melanggar undang-undang.
"Saya lihat kerjasama itu penting dan pemahaman undang-undang tempatan juga penting untuk mana-mana platform beroperasi.
"Melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kita akan tambah baik proses libat urus untuk tingkatkan pemahaman dalam kalangan pengendali platform. Sekiranya berlaku apa-apa isu pelanggaran, kita nak selesaikan dengan baik," katanya.
Sementara itu, Fahmi berkata beliau menunggu maklumat daripada Kementerian Kewangan berkaitan sindiket penipuan perkhidmatan mengeluarkan wang tunai eBelia Rahmah daripada akaun e-dompet.
Polis dilaporkan telah menerima 14 laporan berkaitan sindiket penipuan perkhidmatan tersebut dengan nilai kerugian RM2,800.
Mangsa dikatakan melihat tawaran perkhidmatan menukar kredit eBeliaRahmah kepada wang tunai itu di platform TikTok dan Facebook Messenger.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2023

Fahmi berkata kerajaan akan mengadakan libat urus yang konsisten dengan penyedia perkhidmatan platform media sosial supaya sekiranya berlaku apa-apa isu pelanggaran, ia dapat diselesaikan dengan baik. - Gambar fail/Bernama

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan pastikan keserasian penubuhan SEGiM dengan penyelarasan RUU Pekerja Gig
Kerajaan berhasrat memastikan keserasian penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) seiring dengan penyelarasan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

HAWANA 2025 diadakan Jun ini - Fahmi
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 akan diadakan pada Jun ini, dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.

Tiada lagi tindakan MCMC terhadap trio DJ Era FM, harap jadi pengajaran untuk semua - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, ketiga-tiga penyampai tersebut sudah melalui pelbagai perkara seperti siasatan dan sebagainya.

Menteri, timbalan menteri ucap selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025
Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri mengucapkan selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025 yang disambut di seluruh dunia hari ini.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Hari Wilayah 2025: Dr Zaliha, Fahmi antara 32 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat
Dr Zaliha Mustafa dan Fahmi Fadzil, merupakan antara 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 hari ini.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

Hindari fitnah, penyebaran berita palsu di bulan Ramadan - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyeru seluruh umat Islam menjauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu sempena Ramadan.

Penjawat awam boleh pilih waktu bekerja fleksi sepanjang Ramadan - Fahmi
Penjawat awam dibenarkan memilih waktu kerja fleksi sepanjang Ramadan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.