Malaysia bersetuju untuk membantu menangani masalah pelarian Syria, yang kini membelenggu Eropah terutamanya Jerman, menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Masalah pelarian itu adalah antara isu yang dibincangkan pada mesyuarat dua hala di antara Canselor Jerman Angela Merkel dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengadakan lawatan sulungnya ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada 2009.
"Kami menyentuh masalah pelarian itu secara umum dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada Canselor Angela Merkel kerana melaksanakan dasar yang berkaitan dalam membantu isu migran, yang sepatutnya tidak menjadi isu yang membebankan negara-negara lain.
"Menyelesaikan masalah Syria secara rundingan merupakan perkara utama bagi keseluruhan isu itu dan Malaysia akan memainkan peranannya (walaupun) kami bukanlah kuasa besar tetapi semestinya, dalam konteks OIC, kami akan menghulurkan apa sahaja yang boleh untuk membantu menyelesaikan masalah itu," katanya pada sidang berita bersama Merkel di Berlin pada Selasa.
Najib berpendapat masalah itu haruslah ditangani di peringkat puncanya.
Malaysia telah menawarkan bantuan untuk mengambil kira-kira 3,000 pelarian Syria sepanjang tempoh dua tahun akan datang.
Sementara itu, Merkel berkata beliau dan Najib turut membincangkan tentang memerangi keganasan antarabangsa di mana Berlin dan Putrajaya sependapat berhubung usaha ke arah matlamat itu.
"Kami sependapat dalam menyatakan tentang beberapa cabaran bersama yang perlu kami hadapi berhubung isu-isu keselamatan seperti memerangi keganasan antarabangsa dan keselamatan dalam negara,"katanya.
Najib berkata beliau juga menerangkan kepada Merkel mengenai cara Malaysia mengendalikan rakyatnya yang pelbagai kaum dan agama.
"Saya ingin memberi jaminan bahawa kami akan terus menjadi negara yang sederhana dan progresif serta berlaku adil kepada semua kaum di Malaysia," kata beliau.
Antara isu lain yang dibincangkan Najib dan Merkel adalah tentang pekerja tanpa izin, memerangi rasuah dan meneruskan Perjanjian Perdagangan Bebas Kesatuan Eropah-Malaysia serta perkembangan di Laut China Selatan.
Bernama
Tue Sep 27 2016

Masalah pelarian itu adalah antara isu yang dibincangkan pada mesyuarat dua hala di antara Canselor Jerman Angela Merkel dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto Fail Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Putin nafi sengaja takutkan Merkel dengan anjingnya Koni
Anjing itu berjalan menghampiri Merkel, yang kelihatan jelas tidak selesa ketika duduk di sebelah Putin.

Bekas Canselor Jerman Angela Merkel terima anugerah tertinggi negara
Merkel memegang jawatan canselor dari 2005 hingga 2021.

Jerman hentikan operasi tiga loji nuklear terakhir
Jerman menghentikan operasi tiga loji tenaga nuklear terakhirnya pada Sabtu sebagai sebahagian daripada peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui.

Canselor Jerman: Era pemerintahan Angela Merkel tamat selepas 16 tahun
Olaf Scholz secara rasmi dilantik sebagai Canselor Jerman yang baharu pada Rabu menggantikan Angela Merkel.

COVID-19: Jerman debat isu wajibkan vaksinasi
Pada Ahad, kes jangkitan koronavirus sepanjang tujuh hari lalu di Jerman meningkat ke paras tertinggi sejak wabak itu bermula untuk hari ke-14 berturut-turut.

COVID-19: Jerman bakal kenakan peraturan baharu
Peraturan baharu itu akan dibawa ke Parlimen untuk diluluskan hari ini.

COVID-19: Angela Merkel rayu rakyat Jerman segera dapatkan vaksin
Ini kerana, kata Merkel, kadar jangkitan COVID-19 di negara itu mencecah angka baharu tertinggi dengan bilangan korban turut meningkat.

Sekatan Jerman terhadap minyak sawit berdasarkan kepada maklumat palsu
Sekatan Jerman terhadap minyak sawit adalah berdasarkan kepada maklumat palsu dan secara sengaja tidak merujuk kepada fakta alam sekitar.

Parti Canselor Angela Merkel mula kempen pilihan raya secara rasmi
Parti Kristian Demokrat (CDU) yang kini dipimpin Armin Laschet berharap dapat terus mentadbir negara selepas Merkel umum mahu mengundur diri.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.