Cabaran baru, budaya yang menarik, dan kos hidup yang rendah adalah beberapa sebab mengapa Malaysia tersenarai dalam ‘Top 20’ bagi destinasi pilihan golongan ekspatriat, menurut kaji selidik Expat Explorer oleh HSBC Expat.
Malaysia berada di kedudukan 19 manakala negara-negara ASEAN lain iaitu Singapura dan Thailand masing-masing menduduki tangga ke dua dan tujuh.
Ekspatriat yang ingin cabaran baru akan memilih Malaysia dengan 49 peratus daripada responden yang berpangkalan di Malaysia mengatakan ini motivasi mereka untuk berpindah ke negara ini.
Lebih separuh daripada responden menyifatkan budaya di Malaysia sebagai menarik untuk mereka dan keluarga mereka. Hampir separuh daripada ekspatriat di Malaysia berkata mereka mendapati bahasa tempatan sukar namun 56 peratus terus belajar dan cuba menggunakan bahasa tempatan.
Dari segi keberkesanan kos, 54 peratus daripada mereka di Malaysia berkata penginapan mereka di negara ini berkualiti tinggi berbanding di negara asal mereka dan 34 peratus berkata mereka jimat dari segi kos perumahan manakala 37 peratus berpuas hati dengan penjimatan bil elektrik.
Sementara itu, Switzerland muncul sebagai destinasi pertama untuk golongan terbabit memajukan kerjaya dan menerima gaji yang tinggi.
Menurut kaji selidik itu, 25 peratus daripada ekspatriat di Switzerland mendapat lebih daripada US$200,000 (RM660,000) setahun. Separuh daripada mereka di sana turut berpuas hati dengan ekonomi tempatan. Faktor-faktor lain yang berada di peringkat teratas pilihan mereka termasuk kualiti hidup dan pendidikan yang lebih baik.
Negara-negara Asia lain seperti China, India dan Hong Kong pula merupakan destinasi utama untuk golongan itu menerima gaji yang tinggi.
Hampir 9,300 ekspatriat dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam kajian ini, yang berkongsi pandangan mereka tentang kualiti hidup, kekukuhan kewangan dan keluarga.
Ketua HSBC Expat Dean Blackburn berkata Expat Explorer tahun ini menunjukkan bahawa terdapat banyak negara yang menawarkan keseimbangan hidup yang baik, dengan pengalaman yang bermanfaat dan menarik.
"Tujuh negara Asia tersenarai dalam 10 teratas, iaitu Singapura, China, Bahrain, Thailand, Taiwan, India dan Hong Kong.
"Walaupun Asia terus unggul sebagai kawasan untuk mereka yang mencari gaji yang lebih tinggi, Timur Tengah menarik kerjaya yang lebih mencabar dan New Zealand menawarkan peluang yang besar bagi mereka yang mencari kualiti hidup dan tempat yang baik untuk keluarga,” katanya.
Astro Awani
Thu Oct 23 2014

Ekspatriat yang ingin cabaran baru akan memilih Malaysia dengan 49 peratus daripada responden yang berpangkalan di Malaysia mengatakan ini motivasi mereka. -Gambar hiasan
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Malaysia antara 20 negara pilihan ekspatriat
Cabaran baru, budaya yang menarik, dan keberkesanan kos adalah beberapa sebab mengapa Malaysia tersenarai dalam 'Top 20' bagi destinasi pilihan golongan ekspatriat.