KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus memperjuangkan akses vaksin yang adil, mampu milik dan saksama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, meskipun secara purata di peringkat global kes dan kematian COVID-19 semakin menurun, kita tidak seharunya berasa selesa.
"Ketika banyak sekatan dilonggarkan, usaha perlu diteruskan untuk mengekang pandemik itu. Vaksinasi terbukti menjadi kaedah paling berkesan bagi membasminya," katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat (AS) ke-9 yang diadakan secara maya pada Selasa.
Presiden AS, Joe Biden turut serta dalam mesyuarat yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta Sidang Kemuncak Berkaitan.
Perdana Menteri turut memuji Pentadbiran Biden kerana memberi perhatian serius terhadap wabak COVID-19, baik di peringkat domestik mahupun di persada antarabangsa dan pembabitan aktif negara itu dengan pertubuhan antarabangsa.
"Berhubung perkara ini, Malaysia memuji langkah AS pada Sidang Kemuncak Global COVID-19 baru-baru ini yang berikrar memberikan bantuan tambahan sebanyak 500 juta dos vaksin Pfizer kepada negara berpendapatan rendah menjelang 2022.
"Saya harap ia akan banyak membantu negara anggota ASEAN mempercepatkan kempen vaksinasi kebangsaan mereka," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai keperluan menyambung jurang digital bagi memastikan kesaksamaan semua dalam mengejar pemulihan dan kemakmuran sosioekonomi, terutama ketika aspek digital sudah begitu pantas menjadi suatu norma.
Ismail Sabri berkata, penerimaan Kenyataan Pemimpin ASEAN-AS mengenai Pembangunan Digital dan Strategi Bersepadu mengenai Revolusi Industri Keempat, pada Selasa adalah tepat pada masanya.
Berdasarkan dokumen ini katanya, ASEAN dan AS perlu membangunkan segera inisiatif bagi mendukung dan mengukuhkan prasarana serta transformasi digital ASEAN.
"Malaysia sudah bersedia untuk mendukung usaha ini menerusi program MyDIGITAL dan Pelan Ekonomi Digital Malaysia (2021-2030).
Ismail Sabri berkata, Cybersecurity Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, akan mengatur Pembangunan Profesional Keselamatan Digital dan Pembelajaran Berterusan ASEAN bertujuan mengukuhkan kemampuan keselamatan siber bagi membantu menangani ancaman siber di rantau ini sambil menambah, Malaysia berharap AS turut menyokong usaha ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 26 2021
Ismail Sabri berkata, ASEAN dan AS perlu membangunkan segera inisiatif bagi mendukung dan mengukuhkan prasarana serta transformasi digital ASEAN. - Gambar/ Bernama
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.
Nuklear Malaysia rancang wujudkan badan sampaikan maklumat terus kepada PM
Ia juga bertindak sebagai 'suara' untuk disampaikan ke peringkat Perdana Menteri supaya teknologi itu tidak ketinggalan dan dipandang serong.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
Pemilihan UMNO: Wan Rosdy gariskan sebab kenapa tawar diri bertanding Naib Presiden
Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mededahkan sebab dia memilih untuk menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.
PAU2022: Boleh rujuk RoS teliti semula kelulusan usul Presiden, Timbalan tak dipertanding - Ismail Sabri
Mana-mana ahli atau pemimpin UMNO boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi meneliti semula keputusan meluluskan usul tambahan agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan
Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos di Bera - SPR
Individu yang mempunyai maklumat atau bukti berlakunya perbuatan sogokan atau rasuah ketika proses pengundian pos di Parlimen Bera, Pahang supaya melaporkannya kepada SPRM.
PRU15: Anwar perlu minta maaf tuduh tentera dibayar RM300 undi awal - Ismail Sabri
Tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan anggota tentera yang mengundi di Parlimen Bera dibayar RM300 bertujuan merendahkan imej anggota pasukan keselamatan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
NGO antarabangsa, media Indonesia puji pendirian Ismail Sabri ke atas Myanmar
NGO dan media Indonesia memuji keberanian Ismail Sabri yang lantang bersuara mengenai nasib rakyat Myanmar dan kekejaman dialami mereka di negara yang diperintah junta.
Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri
Selepas disaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial, Datuk Lokman Noor Adam pula memfailkan tuntutan balas terhadap perdana menteri itu.
PRU15: Ismail Sabri beri bayangan manifesto BN ada 'tawaran besar' buat pengundi muda
Manifesto Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangkakan memberi 'tawaran besar' buat golongan muda di negara ini.
PRU15: Fokus keutamaan bekerja untuk rakyat - Ismail Sabri
Budaya berdebat tidak memberikan hasil, sebaliknya kerajaan lebih menumpukan tugas menjaga kepentingan rakyat.
PRU15: DUN di bawah BN bubar serentak dengan pembubaran Parlimen
Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).