Majlis Penasihat Kerajaan telah memberi jaminan bahawa Malaysia akan memenuhi tanggungjawab hutangnya di bawah kerajaan baharu dan menekankan bahawa perubahan politik semasa di negara ini berlaku pada "masa yang sangat positif".
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, yang merupakan sebahagian daripada pasukan lima anggota itu berkata, negara ini mengalami tempoh pelarasan tetapi ia juga disokong oleh persekitaran ekonomi yang menggalakkan seperti harga minyak dunia yang lebih tinggi.
"Minyak kini diniagakan melepasi US$70 setong dan dengan itu terdapat sedikit kelegaan. Kita perlu mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan dasar-dasar tertentu supaya kita akan mempunyai pelarasan yang teratur.
"Ini juga mengambil kira keupayaan institusi seperti Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan," kata bekas Gabenor Bank Negara tersebut kepada Bernama selepas menghadiri sesi taklimat dengan tiga agensi penarafan antarabangsa pada Isnin.
Antara isu yang dibincangkan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta subsidi dan bagaimana Malaysia boleh memenuhi keperluan pendapatannya berikutan penghapusan cukai ini.
Zeti berkata, dasar-dasar baharu terbabit adalah penting seperti meningkatkan pendapatan boleh dibelanja golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
"Kita perlu menyokong pertumbuhan keseluruhan ekonomi. Oleh itu, pentingnya memahami apa matlamat yang akan dicapai dengan dasar seperti ini yang akan menjana peningkatan dalam pendapatan (kerajaan)," jelasnya.
Wanita pertama menjadi gabenor bank pusat tersebut berkata, Majlis Penasihat Kerajaan akan melihat keseluruhan pengurusan kedudukan fiskal, termasuk proses tadbir urus, bagaimana keputusan dibuat serta tahap ketelusan dan pendedahan.
Selain Zeti, anggota lain majlis berkenaan ialah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican, ahli ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram dan taikun, Tan Sri Robert Kuok. -- Bernama
Bernama
Mon May 14 2018
![Malaysia akan penuhi obligasi hutang - Zeti Malaysia akan penuhi obligasi hutang - Zeti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81526317450_ZetiAziz.jpg)
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tersenyum selepas mesyuarat tertutup Majlis Penasihat Kerajaan di Kuala Lumpur pada Isnin. - BERNAMA
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715312372_BNM.jpg)
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
![1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib 1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702031282_NajibTunRazak.jpg)
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
![Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696849169_AdamAriffPenganal.jpg)
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
![BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694144297_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
![Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692341705_TBAbdulRasheedGhaf.jpg)
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
![RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685074291_BankNegaraMalaysia.jpg)
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
![OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683183798_BankNegaraMalaysia.jpg)
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
![OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683109202_BankNegaraMalaysia.jpg)
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
![Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668158301_TBbnm.jpg)
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
![Bank Negara dijangka sekali lagi naikkan OPR 25 mata asas bulan depan Bank Negara dijangka sekali lagi naikkan OPR 25 mata asas bulan depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666361161_BankNegaraMalaysia.jpg)
Bank Negara dijangka sekali lagi naikkan OPR 25 mata asas bulan depan
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi pada November berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) teras yang kukuh dicatatkan pada September.