KUALA LUMPUR: Malaysia akan melakukan lebih banyak pelaburan dalam usaha mempertingkat perkhidmatan digitalisasi kesihatan mental dengan penggunaan teknologi untuk memperluas jangkauannya.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata untuk memastikan penjagaan kesihatan mental sentiasa ada dan boleh diakses, kaedah baharu penyampaian perkhidmatan dalam bidang itu perlu dibangunkan.
"Selain bantuan ekonomi, rakyat perlu diberikan sokongan kesihatan mental yang secukupnya semasa pandemik," katanya dalam rakaman ucaptama sempena pelancaran Laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) 'The State of World's Children 2021; On My Mind: Promoting, Protecting and Caring for Children's Mental Health' yang disiarkan secara langsung di laman Facebook UNICEF Malaysia dan Bernama TV hari ini.
Beliau berkata dari bulan Januari hingga Julai tahun ini, data Polis Diraja Malaysia menunjukkan bahawa terdapat 638 insiden bunuh diri berbanding 262 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
"Lebih membimbangkan ialah peningkatan berganda kematian akibat bunuh diri dalam kalangan remaja berumur lingkungan 15 hingga 18 tahun dari 2019 hingga 2020," katanya.
Khairy juga berkata kesedaran mengenai kesihatan mental bermula dari rumah dengan ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran yang selamat serta menyokong untuk anak mereka.
Beliau berkata keluarga perlu mengetahui bahawa mereka tidak sendirian dan di peringkat tempatan, kesedaran mengenai kesihatan mental serta advokasi perlu diterjemah ke dalam bentuk tindakan segera, memperkasa komuniti dengan sokongan psikososial dan aktiviti kemasyarakatan.
Katanya pemimpin komuniti boleh dilatih untuk memberi bantuan dan merujuk kes kepada agensi yang relevan untuk mendapatkan sokongan profesional.
Khairy juga berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menyokong usaha memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang menganggap percubaan membunuh diri sebagai satu jenayah.
"Penyahjenayahan bunuh diri akan mengurangkan stigma dan menggalakkan golongan yang terjejas untuk tampil mendapatkan pertolongan bagi menangani isu kesihatan mental mereka. Saya harap langkah menyahjenayahkan bunuh diri akan segera menjadi realiti," katanya.
Beliau berkata KKM serta Kementerian Belia dan Sukan telah melakukan pelbagai usaha bagi menangani isu kesihatan mental yang meliputi program kaunseling, kempen kesedaran kesihatan mental serta sesi libat urus masyarakat.
Katanya pertubuhan bukan kerajaan dan organisasi masyarakat sivil turut berperanan menyebarkan kesedaran berhubung kepentingan kesihatan mental yang mempromosi pendekatan seluruh masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 14 2021

Khairy berkata dari bulan Januari hingga Julai tahun ini, data Polis Diraja Malaysia menunjukkan bahawa terdapat 638 insiden bunuh diri berbanding 262 kes bagi tempoh sama tahun lepas. - Gambar hiasan/Unsplash
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.