KUALA LUMPUR: Malakoff Corporation Bhd telah memuktamadkan pembiayaan bagi pembangunan tiga loji kuasa hidro kecil (SHP) yang melalui anak-anak sungai di sepanjang Sungai Galas di Kuala Krai, Kelantan.
Penjana tenaga bebas (IPP) itu berkata ketiga-tiga loji itu mempunyai jumlah kapasiti terpasang sebanyak 84.0 megawatt (MW), iaitu Kemubu SHP (29.0MW), Kuala Geris SHP (25.0MW) dan Serasa SHP (30.0MW).
"Projek itu (yang 70 peratus dimiliki oleh unit milik penuhnya Tuah Utama Sdn Bhd) akan dibiayai melalui gabungan terbitan sukuk wakalah SRI Hijau Asean sebanyak RM975.0 juta dalam nilai nominal dan sumbangan ekuiti pemegang saham, berdasarkan nisbah kewangan-kepada-ekuiti 80:20," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.
Malakoff berkata projek itu akan menandakan kemasukannya ke dalam perniagaan penjanaan kuasa hidro dan sejajar dengan inisiatif transformasi strategiknya, yang telah mengenal pasti hidro kecil sebagai bidang pertumbuhan utama dalam portfolio tenaga boleh diperbaharuinya.
"Selain itu, projek itu sejajar dengan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Diperbaharui Malaysia untuk memanfaatkan potensi penuh hidro sebagai salah satu tonggak khusus teknologi ke arah mencapai industri tenaga rendah karbon," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023

Malakoff berkata projek itu akan menandakan kemasukannya ke dalam perniagaan penjanaan kuasa hidro dan sejajar dengan inisiatif transformasi strategiknya. - Foto fail/Malakoff
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam

Malakoff rai 50 tahun, pacu transformasi tenaga negara
Malakoff Corporation Berhad meraikan ulang tahun ke-50 sebagai peneraju industri tenaga negara dengan menegaskan kepentingan inovasi kejuruteraan, peralihan tenaga, serta keselamatan bekalan tenaga.

KJTS Group cadang ambil alih Malakoff Utilities pada harga RM65.5 juta
MUSB akan menjadi anak syarikat tidak langsung milik penuh KJTS setelah selesai pengambilalihan.

Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.

Malakoff sasar kapasiti tenaga biojisim 15 peratus menjelang 2027
Projek yang bermula Disember 2022 di Loji Janakuasa Tanjung Bin, Johor sudah capai kapasiti biojisim dua peratus pada suku pertama 2024.

Malakoff muktamad pembiayaan 3 loji kuasa hidro di Kelantan
Malakoff Corporation Bhd telah memuktamadkan pembiayaan bagi pembangunan tiga loji kuasa hidro kecil (SHP) yang melalui anak-anak sungai di sepanjang Sungai Galas di Kuala Krai, Kelantan.

Malakoff didik masyarakat perkasa kelestarian alam sekitar
Inisiatif penjenamaan semula Malakoff merangkumi usaha memperkasa masyarakat supaya objektif kelestarian dapat dijayakan secara menyeluruh.

Malakoff catat untung bersih suku pertama lebih rendah, hasil meningkat
Malakoff mencatat perolehan hasil dan keuntungan sebelum cukai lebih tinggi masing-masing pada RM1.88 bilion dan RM98.18 juta bagi suku terbabit.

Malakoff nafi premis ditutup akibat COVID-19
Jurucakap Malakoff Corporation Berhad ketika dihubungi menjelaskan bahawa dakwaan bangunan itu ditutup dan pekerja mereka dikuarantin adalah palsu.

Penguasaan pasaran kapasiti penjanaan bersih Malakoff meningkat
Kejayaan permulaan operasi loji Janakuasa Tanjung Bin Energy (TBE), bakal meningkatkan penguasaan pasaran Malakoff Corporation Berhad ke atas kapasiti penjanaan di Semenanjung Malaysia.