KUALA LUMPUR: Sehelai baju raya cukup bermakna buat mereka yang kurang berkemampuan bagi meraikan lebaran yang bakal disambut pada Sabtu (esok).
Bagi memberikan senyuman dan berkongsi kegembiraan di hari raya, pelbagai pihak tampil untuk meringankan beban khususnya kumpulan B40 dan miskin bandar.
Antara usaha yang digerakkan ialah #Projek Baju Raya oleh Kumpulan Media Karangkraf, dan dilaksanakan sejal awal puasa lalu.
Menerusi inisiatif tersebut, sebanyak 500 kilogram (kg) pakaian berjaya dikumpulkan hasil daripada sumbangan orang ramai.
Menurut Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin, jumlah tersebut dijangka memanfaatkan lebih 20,000 penerima daripada pelbagai golongan yang tidak berkemampuan.
"Objektif utama adalah untuk meringankan beban rakyat Malaysia yang sekarang ini terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
"Ini inisiaif korporat dan untuk tahun ini kita (Sinar Karangkraf) menambah lagi kempen baharu iaitu #Projek Baju Raya," katanya ketika ditemui Astro AWANI di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku, di sini baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Nik Jastin berkata pihaknya telah membuat proses tapisan untuk memastikan pakaian yang diagihkan adalah berkualiti.
"Sebenarnya saya sedikit beremosi kerana sambutannya sangat menggalakkan.
"Kami tidak menjangkakan sambutan tetapi saudara dapat lihat sendiri, mereka sangat teruja dan beratur hampir setengah jam untuk menunggu giliran bagi mendapatkan baju raya.
"Memang baju-baju raya yang dikumpulkan, kami buat proses saringan dan pilih yang terbaik," tambahnya.
Sementara itu, Naib Yang Dipertua Persatuan Tindakan Wanita Islam Malaysia (Pertiwi), Datuk Munirah Abdul Hamid berkata, selain kerjasama mengagihkan baju raya, pihaknya turut mengadakan program menggunting rambut termasuk kepada gelandangan.
"Sebab kita mesti mempedulikan sesama kita dan jangan kita rasa, kita saja yang bersiap dengan baju baharu (di hari raya).
"Mesti tengok orang lain juga dan pada mereka yang tak mampu nak beli baju baharu, dan bila saya dengar ada pemberian baju baharu, saya begitu seronok," katanya.
Dalam masa yang sama, Munirah berharap kebajikan anak-anak golongan B40 dan miskin dari segi pendidikan, akan lebih terjamin pada masa akan datang dan diberikan lebih tumpuan.
Saksikan laporan penuh 'Makna Sehelai Baju Raya' pada 1 Syawal di Saluran 501 dan semua platform digital Astro AWANI.
Hasimi Muhamad
Fri Apr 21 2023
Antara penerima sumbangan baju raya hasil daripada #Projek Baju Raya. - Foto Sinar Harian/Rafeq Redzuan
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
'Makna Sehelai Baju Raya' - #Projek Baju Raya bantu golongan kurang berkemampuan
Saksikan laporan 'Makna Sehelai Baju Raya' pada 1 Syawal di Saluran 501 dan semua platform digital Astro AWANI.