Orang ramai yang akan meninggalkan rumah masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri diingatkan mengisi borang balik kampung di balai polis berdekatan atau melalui sistem aplikasi 'Volunteer Smartphone Patrol' (VSP).
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata langkah itu menunjukkan kejayaan apabila tiada kejadian pecah rumah atau jenayah membabitkan rumah yang berdaftar pada tahun lepas.
"Kita berharap jumlah pengguna yang berdaftar itu dapat ditingkatkan pada tahun ini dengan memaklumkan alamat rumah dan tarikh yang ditinggalkan. Anggota polis akan membuat rondaan secara berkala pada tempoh itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 13/2018 dan Kempen Rumah Selamat peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini, pada Selasa.
Shahurinain berkata sebanyak 420 rumah direkodkan untuk ditinggalkan sepanjang tempoh kempen Rumah Selamat tahun lepas di daerah ini dengan sebanyak 5,226 lawatan telah dilakukan oleh polis ke rumah-rumah berkenaan.
Dalam pada itu, Shahurinain menasihati pengguna jalan raya beragama Islam yang ingin pulang jauh supaya memandu pada waktu lepas berbuka bagi membolehkan memberi tumpuan pemanduan manakala yang bukan beragama Islam, pada waktu siang.
Katanya langkah itu sekali gus dapat membantu mengurangkan kesesakan di jalan raya.
--BERNAMA
Bernama
Tue Jun 12 2018

Orang ramai yang akan meninggalkan rumah masing-masing bagi menyambut Aidilfitri diingatkan mengisi borang balik kampung di balai polis berdekatan atau melalui sistem aplikasi 'Volunteer Smartphone Patrol' (VSP). Foto: rmp.gov.my

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Maklumkan polis sekiranya tinggalkan rumah pada Aidilfitri
Orang ramai yang akan meninggalkan rumah masing-masing diingatkan mengisi borang balik kampung di balai polis berdekatan atau melalui sistem aplikasi 'Volunteer Smartphone Patrol' (VSP).