IPOH: Bukan mudah untuk meneruskan kelangsungan pusat pengajian pondok agama seperti Pusat Pendidikan Al- Barakah di Manjoi di sini, tatkala ia menelan perbelanjaan ratusan ribu pada setiap bulan, malah meningkat pada Ramadan.
Pengasasnya yang juga penceramah bebas terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias berkata dana bagi pengurusan pusat pendidikan berkenaan bergantung sepenuhnya kepada bayaran yang diterima pada setiap sesi ceramah di luar.
Beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Ustaz Kazim’ berkata disebabkan itu beliau sentiasa sedaya upaya untuk memenuhi sebarang jemputan ceramah walaupun adakalanya keadaan kesihatan diri beliau tidak mengizinkan.
“Jika saya tidak berceramah, tidak menyampaikan kuliah atau tidak menerima apa-apa jemputan, saya bimbang pendapatan perjalanan pusat pengajian terjejas.
“Sebab itu kadang-kadang apabila saya berasa kurang sihat, saya terpaksa juga makan ubat tahan sakit. Dan selepas saya dapat mikrofon (untuk berceramah), saya terlupa seketika tentang sakit saya.
“Bayaran ceramah atau penyampaian kuliah yang saya terima, memang saya gunakan sepenuhnya untuk membiayai Pusat Pendidikan Al Barakah,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di pusat pendidikan berkenaan, di sini, baru-baru ini.
Jelas Ustaz Kazim, dianggarkan sebanyak RM150,000 ke RM200,000 diperlukan bagi membiayai lebih 300 pelajar tahfiz dan warga emas yang menetap di pondok pengajian dewasa serta 46 tenaga pengajar dan kakitangan.
Katanya jumlah perbelanjaan itu meningkat hampir RM400,000 apabila tiba Ramadan bagi memenuhi peruntukan program bersahur, berbuka dan moreh yang diadakan secara percuma di pusat pendidikan itu.
Menurut beliau, walaupun Pusat Pendidikan Al Barakah turut mengadakan pelbagai inisiatif lain bagi menambah dana seperti melalui penjualan minuman, buku serta sumbangan sedekah secara atas talian, namun ia masih tidak mampu menampung keseluruhan wang perbelanjaan.
Ustaz Kazim turut berkata, masyarakat mungkin melihat beliau seolah-olah sentiasa sihat apabila berada di khalayak atau melalui rancangan di televisyen, namun hakikat sebenarnya berbeza.
“Sebab itu ada orang hairan nampak saya sekejap di Kedah, kemudian ke Melaka, patah balik ke Pulau Pinang, kemudian di Melaka lagi. Orang kata pada saya sudah tidak sihat, tetapi masih bekerja juga.
“Saya kerja (berceramah) sebab nak cari dana untuk Al Barakah. Orang mungkin tidak fikir perasaan bahawa saya tidak seronok kalau pekerja-pekerja saya tidak ada gaji, tambahan pula bulan hadapan kita hendak sambut Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata cabaran yang dihadapinya itu tidak sedikit pun melunturkan semangatnya untuk meneruskan operasi Pusat Pendidikan Al Barakah.
Beliau juga berharap legasi dan kepemimpinannya dalam mengemudi pusat pendidikan itu dapat diteruskan ahli keluarga serta terus dibantu 10 tenaga pengajar di situ.
“Saya memang berharap anak-anak saya dapat meneruskan legasi ini dengan berkorban untuk pusat pendidikan ini. Kita yang buka Al Barakah, jadi ia memang tanggungjawab kita untuk cari jalan (menambah dana) dan jangan mengeluh.
“Kalau ada orang bagi (sumbangan dana), Alhamdulillah. Kalau kerajaan bagi dana sumbangan, Alhamdulillah. Kalau tak bagi pun tidak mengapa, kerana kita yakin kita boleh cari dengan izin Allah,” ujarnya lagi.
Mengulas tentang keadaan kesihatannya, Ustaz Kazim berkata keadaan beliau disifatkan semakin baik sejak Januari lalu, selain tidak lagi mengalami sebarang luka atau pendarahan pada bahagian kulit yang teruk seperti sebelum ini.
Amirrul Rabbani
Fri Mar 24 2023
Uataz Kazim berkata, masyarakat mungkin melihat beliau seolah-olah sentiasa sihat apabila berada di khalayak atau melalui rancangan di televisyen, namun hakikat sebenarnya berbeza. - Gambar fail
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
Ustaz Kazim sedia berlakon watak jahat
"Cuma, saya ada prinsip, tidak boleh pegang-pegang (bersentuhan) dan jaga waktu solat."
Filem baharu Mawi kupas kisah penyakit misteri Ustaz Kazim
Semasa penggambaram filem Zim Zim Ala Kazim, penyakit misteri Ustaz Kazim datang balik, darah keluar dari kulit badan penceramah itu.
Ustaz Kazim antara dilarang ceramah di Pulau Pinang
Kazim Elias merupakan antara 16 penceramah yang tidak mempunyai tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Ustaz Kazim Elias dinasihat bertopi, tutup wajah elak kena cahaya matahari
Demi untuk kembalikan wajahnya pulih seperti biasa, Ustaz Kazim terpaksa patuh arahan doktor.
Kehadiran Ustaz Kazim sebagai menghormati jiran, pemimpin - Ahmad Faizal
Kehadiran Datuk Ustaz Kazim Elias ke majlis Kenduri Rakyat Aidiladha PN Perak adalah sebagai menghormati jiran dan pemimpin.
KKM, pakar kaji sakit dideritai Kazim Elias
Pakar dari Institut Penyelidikan Perubatan telah bertemunya pada Rabu dan beliau dijadual bertemu pakar patologi kulit pada Khamis.
Ustaz Kazim dedah sebulan tak boleh kencing, keluar jarum dari perut ketika mandi
Ustaz Kazim tegaskan sudah bertahun beliau rahsiakan penderitaan sakit kulit yang dialaminya.
'Wabak COVID-19 belum ada penawar, datang pula wabak kemaruk kuasa' - Ustaz Kazim
Datuk Mohd Kazim Elias meluahkan rasa kembimbangannya terhadap kemelut politik yang sedang melanda negara kini di sebalik pandemik COVID-19.
Ustaz Kazim dirujuk ke hospital susulan tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu
Ustaz Mohd Kazim Elias dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini malam tadi ekoran beberapa komplikasi selepas menghadapi masalah tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu hingga kini.
Tak keluar TV dan radio tak apa, ini cara baharu saya berdakwah... - Kazim Elias
Melalui muat naik di laman sosial Instagram beliau, Ustaz Kazim berkata dua platform itu telah membawa mesej dakwah beliau serata negara.