Kemeriahan pada satu majlis perkahwinan bertukar tragik apabila seorang peserta silat terbunuh secara tidak sengaja semasa membuat persembahan pada majlis itu di Kg Patau-Patau pada Sabtu.
Pelajar kolej berumur 17 tahun itu, dikenal pasti sebagai Mohd Amil Zulkarnain sedang membuat persembahan silat bersama-sama sepupunya yang juga berumur 17 tahun pada kira-kira 11.30 pagi ketika insiden itu berlaku.
Semasa membuat persembahan silat pada majlis persandingan, si mati telah ditikam di dada kanan dengan sebilah keris dan cedera parah.
"Dia segera dibawa ke hosiptal, bagaimanapun dia meninggal dunia beberapa jam kemudian," kata Timbalan Ketua Polis Labuan DSP Ibrahim Mohd Ghani kepada pemberita hari ini.
"Penyerangnya' kemudiannya ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan (secara cuai menyebabkan kematian)," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ibrahim berkata polis menahan 12 orang dalam operasi cegah jenayah selama tiga jam mulai 1 pagi tadi.
Beliau berkata 11 daripada mereka termasuk lapan wanita ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan seorang lagi bagi kesalahan penyalahgunaan dadah.
Katanya sejumlah 257 saman dikeluarkan terhadap pemandu yang melanggar peraturan trafik.
Bernama
Sun Dec 20 2015
"Penyerangnya' kemudiannya ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan (secara cuai menyebabkan kematian). - Gambar Fail
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta
Walaupun iOS 18 Public Beta sedia dimuat turun, ia masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian.
Saya 'pelik' soalan YB Hulu Terengganu - Timbalan Menteri KPDN
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh pelik dengan soalan YB Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mengaitkan harga barang naik dan subsidi diesel antara faktor kekalahan PH di Sungai Bakap.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
PKPS 2.0: LHDN kutip RM512.6 juta - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata LHDN sudah mengutip RM512.6 juta melalui Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei lalu.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
Polis Labuan buka kertas siasatan, bantah laungan azan
Ia berkaitan tiga laporan polis berhubung hantaran melalui aplikasi Facebook membantah laungan azan di Masjid Sultan Muhammad V.
Majlis perkahwinan bertukar tragik, peserta silat mati tersusuk keris di Labuan
Kemeriahan pada satu majlis perkahwinan bertukar tragik apabila seorang peserta silat terbunuh secara tidak sengaja semasa membuat persembahan pada majlis itu di Kg Patau-Patau pada Sabtu.