LABUAN: Polis Labuan telah membuka kertas siasatan berkaitan tiga laporan polis berhubung hantaran melalui aplikasi Facebook membantah laungan azan di Masjid Sultan Muhammad V.
Pemangku Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, siasatan telah dimulakan dari pelbagai sudut bagi menyelesaikan isu sensitif berkenaan.
"Kita mengambil berat kepada laporan yang dibuat berkaitan hantaran di platform sosial media itu yang menyentuh sensitiviti umat Islam.
"Difahamkan, akaun Facebook itu adalah palsu, namun usaha sudah dimulakan mendapatkan butiran pemilik akaun itu melalui bantuan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM)," katanya kepada Bernama hari ini.
Umno bahagian Labuan telah membuat laporan polis pada Sabtu terhadap pemilik akaun Facebook Jason Ho yang memuat naik hantaran membantah laungan azan menggunakan pembesar suara, serta ugutan yang berbau perkauman.
Laporan polis terhadap hantaran yang boleh menjejaskan keharmonian kepelbagaian kaum dan agama itu, dibuat Setiausaha Umno Bahagian Labuan Dzulfaizal Ab. Manan di balai polis Labuan.
Turut membuat laporan polis pada hari yang sama ialah, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan yang diketuai Ketuanya Musa Basman.
Menurut Dzulfaizal dan Musa, laporan itu dibuat sebagai tanda sokongan kepada Jawatankuasa Masjid Sultan Muhammad V (yang membuat laporan pada 26 Feb) mahukan pemilik Facebook berkenaan disiasat.
"Individu itu telah memuat naik hantaran di halaman Facebook Masjid Sultan Muhammad V, yang mendakwa laungan azan solat lima waktu telah menganggu ketenteraman.
"Apa yang dinyatakan individu berkenaan adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana selama ini di Labuan tidak pernah wujud masalah bantahan berkaitan laungan azan" kata Dzulfaizal.
Lebih mengejutkan lagi katanya, mesej dari individu berkenaan juga mengandungi unsur ugutan dan berbaur penghinaan terhadap agama Islam, dengan tuduhan yang melampau," katanya.
Dzulfaizal yang juga Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Labuan, menyifatkan individu terbabit sebagai tidak menghormati agama Islam, yang merupakan agama rasmi Persekutuan yang jelas termaktub dalam perlembagaan, sambil meminta agar perkara ini dapat disiasat dengan segera.
"Sekiranya pemilik akaun Facebook itu adalah samaran, kami berharap agensi yang berkaitan khususnya SKMM, dapat bertindak dan mengesan individu tersebut untuk tindakan selanjutnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 28 2021
Polis Labuan telah membuka kertas siasatan berkaitan tiga laporan polis berhubung hantaran melalui aplikasi Facebook membantah laungan azan di Masjid Sultan Muhammad V. - Gambar hiasan
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
12 kertas siasatan terhadap GISB di Negeri Sembilan dibuka - Aminuddin
Sebanyak tujuh daripada 12 kertas siasatan berhubung syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Negeri Sembilan telah didakwa di mahkamah.
Kes Teoh Beng Hock: PDRM dapatkan nasihat AGC untuk lengkapkan siasatan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan sebelum ini sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Belanjawan 2025: Terus perangi rasuah, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta
Kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan.
PRK Mahkota: Polis buka satu kertas siasatan
Polis membuka satu kertas siasatan berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota setakat ini.
Pensijilan halal: Kertas siasatan ke atas Teresa Kok sudah diserahkan kepada AGC - KPN
Kertas siasatan membabitkan Teresa Kok berhubung kenyataannya mengenai pensijilan halal sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.
Pengarah syarikat badan berkanun disiasat atas tuduhan gangguan seksual
Individu tersebut didakwa melakukankan gangguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara di sini.
PRK Nenggiri: Polis buka kertas siasatan, ahli politik keluarkan kenyataan sensitif
Polis sedang menyiasat kes berkenaan dan meminta pihak-pihak yang terlibat untuk berkempen secara aman dan tidak mencetuskan provokasi.
Kertas siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini siap sebelum Jumaat
Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah kini hampir siap.
Kes kehilangan bahan api: Enam suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Hussein berkata polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes kehilangan bahan api jenis kerosin JET-A1 pada 15 Julai lepas itu.
Pelakon tumbuk teman wanita: Kertas siasatan diserah ke TPR
Kertas siasatan kes pelakon tumbuk teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara, di sini telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR).