KUALA LUMPUR:Kerajaan bersetuju mengaktifkan kembali Majlis Mineral Negara (MMN) kerana potensi sektor mineral dalam negara, kata Menteri Tenaga Dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Dalam satu kenyataan, Shamsul Anuar berkata, banyak sumber mineral semula jadi negara yang belum diterokai.
Beliau berkata, MMN akan bertindak sebagai platform penyelarasan dasar dan menangani isu-isu berkaitan pembangunan industri mineral di negara ini.
“Pada masa yang sama, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) juga sedang membangunkan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030)
“Ia merupakan satu dasar utama bertujuan untuk meningkatkan daya saing industri mineral dalam setiap rantaian nilai.
“Pelan ini juga akan menggariskan strategi dan pelan tindakan untuk menggerakkan industri-industri sokongan yang mampu menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara dan mengurangkan pengeksportan bahan mineral dan batuan secara mentah,” katanya.
Menurut Shamsul Anuar, hala tuju baharu pembangunan industri mineral negara akan menekankan kepada kelestarian dan kepentingan pemeliharaan alam sekitar.
“Oleh itu, beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) telah dibangunkan dimulai dengan dokumen SOP Bauksit Negeri Pahang, Terengganu dan Johor telah digunapakai,” katanya lagi.
Beliau menjelaskan, KeTSA sedang memuktamadkan satu lagi Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE).
Katanya, SOP ini menggariskan prosedur dan amalan terbaik aktiviti perlombongan NR-REE yang merangkumi tiga fasa iaitu pra, semasa dan pasca perlombongan.
“KeTSA juga dalam tindakan melaksanakan pengezonan kawasan sumber mineral agar industri mineral dapat terus dibangunkan tanpa menjejaskan komitmen 50 peratus daripada keluasan tanah negara dikekalkan sebagai kawasan berhutan dan dilitupi pokok-pokok,” katanya.
Irwan Muhammad Zain
Fri Nov 27 2020

Shamsul berkata, MMN akan bertindak sebagai platform penyelarasan dasar dan menangani isu-isu berkaitan pembangunan industri mineral di negara ini. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong
Cadangan itu merupakan langkah mewujudkan persekitaran industri mineral yang kondusif dan menyokong perkembangan industri.

Kabinet lulus SOP berkaitan REE - Nik Nazmi
Kabinet meluluskan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Dasar Mineral termasuk unsur nadir bumi (REE) bagi memastikan pengeksploitasian hasil mineral itu dibuat secara lestari dan mampan.

Majlis Mineral Negara diaktifkan semula - Shamsul Anuar
Shamsul Anuar berkata, banyak sumber mineral semula jadi negara yang belum diterokai.