SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) melanjutkan tempoh pembayaran cukai taksiran bagi penggal 2/2021 kepada 288,190 pemegang harta di bawah MBS sehingga 15 Okt ini.
Datuk Bandar MBS Datuk Masri Razali berkata keputusan itu dibuat atas dasar keprihatinan majlis tersebut terhadap bebanan rakyat di seluruh negara akibat pandemik COVID-19.
"Oleh itu, denda lewat cukai taksiran berjumlah RM20 bagi semua akaun yang tertunggak akan mula dikenakan mulai 16 Okt ini.
"MBS amat menghargai komitmen dan usaha rakyat untuk tetap menjelaskan cukai taksiran mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menasihati orang ramai untuk menyemak dan mencetak bil melalui portal rasmi MBS di www.mbs.gov.my atau http://esemak.mbs.gov.my/webquery/etaksir/ selain membuat pembayaran melalui kaunter pandu lalu di Pejabat Utama MBS dan Cawangan MBS Nilai.
Katanya pembayar wajib membayar cukai taksiran untuk pegangan dua kali dalam setahun iaitu penggal pertama sebelum 28 Feb bagi setengah tahun pertama mulai 1 Jan hingga 28 Feb dan penggal kedua sebelum 31 Ogos bagi setengah tahun kedua mulai 1 Julai hingga 31 Ogos.
Masri berkata MBS turut mengadakan kempen cabutan bertuah untuk pembayar dalam talian dengan bayaran penuh cukai taksiran hingga 30 Jun tahun depan kepada seluruh pemilik harta dalam kawasan pentadbiran MBS yang bermula 1 Ogos lepas dan tamat pada 31 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021

Keputusan itu dibuat atas dasar keprihatinan MBS terhadap bebanan rakyat di seluruh negara akibat pandemik COVID-19. - Gambar fail/ Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

COVID-19: Karnival Bandaraya Seremban 2020 ditangguhkan
Penganjuran Karnival Bandaraya Seremban 2020 sempena pengisytiharan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) ditangguhkan.

Selepas tiga hari kerajaan baharu, pasaran kekal stabil
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memaklumkan, pasaran kewangan kekal berada dalam keadaan stabil meskipun negara kini di bawah pemerintahan kerajaan yang baharu.