GEORGE TOWN: Majikan kepada pekerja penyelenggara yang maut selepas kepalanya tersepit ketika sedang menyelenggara lif di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Burma, di sini Selasa lepas, bakal berdepan tindakan sekiranya berlaku pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 .
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang Hairozie Asri berkata pihaknya telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian sebaik mendapat maklumat mengenainya.
Beliau berkata JKKP juga telah mengeluarkan notis arahan pemberhentian serta-merta ke atas kerja penyelenggaraan lif yang terlibat dengan kemalangan itu hingga siasatan selesai.
"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 15 AKKP 1994 yang menjurus kepada tanggungjawab majikan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjanya semasa aktiviti kerja dijalankan.
"Majikan turut diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikkan serta membuat pembentangan kes kepada jabatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hairozie berkata siasatan susulan akan dilakukan pihaknya dengan mendapatkan dokumen berkaitan serta merakam percakapan saksi, selain pemeriksaan lanjut ke atas sistem lif tersebut.
Menurutnya menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja selaras peruntukan di bawah Seksyen 15(1) AKKP 1994.
"Majikan yang mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja perlu membuat analisis risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum sebarang aktiviti kerja dijalankan.
"Ini bagi menghapus atau mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan orang awam serta mengelakkan berlakunya kemalangan semasa aktiviti kerja dijalankan," katanya.
Beliau berkata JKKP memandang serius setiap kemalangan dan penyakit pekerjaan berpunca daripada aktiviti pekerjaan di semua sektor dan komited untuk meningkatkan tahap keselamatan serta kesihatan pekerjaan di negara ini.
Dalam kejadian pada Selasa lepas mangsa, R.Tinesh Kumar, 28, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala seorang lagi pekerja penyelenggara berusia 53 tahun terselamat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2023

Dalam kejadian pada Selasa lepas mangsa, R.Tinesh Kumar, 28, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala seorang lagi pekerja penyelenggara berusia 53 tahun terselamat. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Majikan pekerja penyelenggara maut kepala tersepit lif berdepan tindakan
Majikan kepada pekerja penyelenggara yang maut selepas kepalanya tersepit ketika sedang menyelenggara lif bakal berdepan tindakan.

Kanak-kanak lelaki cedera tersepit pintu lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini.

Penghantar ayam, Shahrukh Khan maut tersepit lif
Mohammad Shahrukh Khan Mohd Mydin, 19 tahun, seorang penghantar ayam maut selepas tersepit lif di sebuah restoran terkenal di George Town, Pulau Pinang pagi tadi.

Maut tersepit lif: 'Dia bantu keluarga cari wang sejak berhenti sekolah'
Chik Saad terkejut dan sebak sewaktu menerima khabar tentang kemalangan di tempat kerja yang meragut nyawa anaknya.

Remaja maut tersepit lif ketika memunggah barang
Bomba mengambil masa lebih 30 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Remaja warga Yaman cedera parah tersepit pintu lif
Seorang remaja warga Yaman cedera parah di kaki dan pengsan setelah tersepit di pintu lif sebuah pangsapuri di Taman Sepakat Indah 2, Sungai Chua, Kajang.