Seorang majikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini hari ini atas pertuduhan merogol pekerja wanitanya dua tahun lalu.
Tertuduh, Azhar Bahari, 43, yang merupakan peniaga pusat urut tradisional membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Mengikut kertas pertuduhan, Azhar didapati merogol seorang gadis yang ketika itu berusia 19 tahun di premis tempatnya bekerja di Blok 2 Jebat, Spa Gold Coast Bukit Katil, Melaka sekitar 11 pagi pada 25 November 2015.
Justeru, bapa kepada tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.
Terdahulu, prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, beliau mencadangkan jumlah RM30,000.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili Peguam M.Pusppa merayu agar jaminan rendah diberikan memandangkan tertuduh tidak mempunyai pendapatan yang tetap.
Meor pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dan menetapkan 5 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Astro Awani
Tue Dec 05 2017

Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini atas pertuduhan merogol pekerja wanitanya dua tahun lalu. - Gambar hiasan

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Rogol anak tiri, pemuda OKU dipenjara 15 tahun, 10 sebatan
Kesalahan itu dilakukan dalam bilik tidur mangsa di sebuah rumah di Bukit Katil, Melaka pada jam 2 pagi, 19 Februari 2020 lalu.

Majikan mengaku tidak bersalah 'ratah' pekerja
Seorang majikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini hari ini atas kesalahan merogol pekerja wanitanya dua tahun lalu.

Bapa didakwa atas dua pertuduhan lakukan sumbang mahram
Tertuduh yang berusia 38 tahun itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan hakim Norma Ismail.

Usul jawatan presiden, timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan
Bahagian tersebut turut meluluskan usul menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.