KLANG: Majikan di negara ini diberi tempoh enam bulan menyediakan penginapan mengikut standard ditetapkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) selepas pengambilan tenaga kerja asing.
Menurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, penyeliaan secara kerap akan dijalankan oleh pihak berkuasa bagi memastikan setiap majikan menjaga kebajikan tenaga kerja asing di negara ini.
"Kita benarkan lebih ramai pekerja asing masuk tapi kita kena pastikan bila mereka datang mempunyai tempat tinggal sesuai.
"Naziran (seliaan) akan dibuat (Kementerian Sumber Manusia)... bukan sebab kita longgarkan syarat, majikan boleh sewenang-wenangnya ambil pekerja dan tempatkan mereka di tempat tidak sesuai, tidak.
"Kita beri kelonggaran syarat tapi dalam tempoh sama selama enam bulan, kita buat naziran pastikan majikan sediakan tempat penginapan dan mereka patuhi semua syarat, itu penting," katanya.
Sivakumar berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai perasi Bersepadu Akta 446 di kawasan perindustrian Aman Perdana, Meru, di sini, hari ini.
Operasi Bersepadu Khas Penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] disertai oleh 117 anggota pelbagai agensi kerajaan yang diketuai oleh Sivakumar.
Tambah Sivakumar, undang-undang sedia ada memadai setakat ini untuk memastikan majikan diambil tindakan sewajarnya sekiranya melanggar sebarang peraturan.
"Dulu kita bagi kelulusan, pemeriksaan kita buat sebelum bagi kelulusan. Sekarang kita bagi kelulusan sebelum kita buat pemeriksaan dan naziran.
"Ini juga akan menjadi satu kaedah terbaharu sekurang-kurangnya tempoh enam bulan untuk pastikan apabila pekerja asing datang bekerja kita pastikan mereka diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak majikan," ujarnya lagi.
Fareez Azman
Wed Jan 25 2023
![Majikan diberi masa enam bulan sediakan penginapan sesuai selepas pengambilan pekerja asing Majikan diberi masa enam bulan sediakan penginapan sesuai selepas pengambilan pekerja asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674628079_OpsJTKSM.jpg)
Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, undang-undang sedia ada memadai setakat ini untuk memastikan majikan diambil tindakan sewajarnya sekiranya melanggar sebarang peraturan. - Gambar Astro AWANI
![Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735575911_beras.jpg)
Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.
![Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16 Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739464331_tbBersatu.jpg)
Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.
![China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723413726_ASEANChina.jpg)
China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.
![KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738824041_FadhlinaSidek.jpg)
KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.
![Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458140_IsmailSabriMuhyid.jpg)
Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
![Majikan diberi masa enam bulan sediakan penginapan sesuai selepas pengambilan pekerja asing Majikan diberi masa enam bulan sediakan penginapan sesuai selepas pengambilan pekerja asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674628079_OpsJTKSM.jpg)
Majikan diberi masa enam bulan sediakan penginapan sesuai selepas pengambilan pekerja asing
Kerajaan benarkan lebih ramai pekerja asing masuk, tapi majikan kena pastikan mereka mendapat tempat tinggal yang sesuai.
![Amaran buat majikan, jangan buat penginapan pekerja asing macam kandang lembu - Menteri Amaran buat majikan, jangan buat penginapan pekerja asing macam kandang lembu - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674627647_MenteriSumberManus.jpg)
Amaran buat majikan, jangan buat penginapan pekerja asing macam kandang lembu - Menteri
Menteri Sumber Manusia beri amaran kepada semua majikan di negara ini agar jaga kebajikan pekerja asing dari sudut penginapan.
![Penginapan pekerja asing: Kelonggaran boleh ditarik balik jika majikan gagal patuhi aku janji Penginapan pekerja asing: Kelonggaran boleh ditarik balik jika majikan gagal patuhi aku janji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647269324_pcmenteri.jpg)
Penginapan pekerja asing: Kelonggaran boleh ditarik balik jika majikan gagal patuhi aku janji
Kerajaan akan menarik balik kelonggaran Aku Janji Pematuhan Perundangan Perburuhan yang diberikan kepada majikan sekiranya didapati gagal memenuhi standard yang ditetapkan.