KUALA LUMPUR: Proses pemutihan akan terus dilaksanakan bagi memastikan bantuan zakat bulanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hanya disalurkan kepada individu selayaknya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata terdapat individu yang sudah terkeluar daripada kategori asnaf, tetapi terus menerima bantuan zakat tanpa memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak sepatutnya.
"Kalau ikutkan MAIWP, proses pemutihan ini dilakukan secara berterusan, cuma arahan Kabinet berdasarkan program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri dua minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah arahkan agar proses pemutihan ini dilaksanakan oleh semua institusi zakat.
"Jadi berdasarkan arahan ini, MAIWP pula akan segerakan proses pemutihan yang sedang kita laksanakan, dengan adanya pemutihan ini bantuan dapat diberikan kepada mereka yang selayaknya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ziarah Asnaf Siri 1/2024 dan Penyerahan Sumbangan Ambulans Kepada Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur (BSMMKL) di sini semalam.
Dalam pada itu, bagi memastikan kebajikan golongan asnaf khususnya yang berada di bandar mendepani cabaran kos sara hidup yang mencabar ketika ini, MAIWP akan meningkatkan kadar bantuan bulanan yang akan diumumkan Jun depan.
"MAIWP sebelum ini telah menjalankan semakan semula terhadap kadar zakat yang diberikan dan kita juga sudah naikkan kadarnya, tetapi Jun depan kadar yang baharu akan diumumkan," katanya.
Mengenai Ziarah Asnaf, Mohd Na'im berkata program itu akan dilaksanakan setiap bulan bagi memberi peluang kepadanya untuk menyantuni asnaf penerima bantuan MAIWP serta memastikan kebajikan dan keperluan golongan berkenaan terjaga.
"Melalui program turun padang seperti ini, kita dapat jumpa golongan susah yang diuji Allah SWT dengan ujian kesihatan, kewangan dan sebagainya. Selain memberikan motivasi kepada mereka, saya turut berpeluang mendoakan mereka disamping memaklumkan mengenai bantuan-bantuan baharu yang ada.
"Contohnya seorang daripada asnaf yang kita santuni tadi, dia tidak tahu pun mengenai e-dompet RM300 yang diberikan MAIWP. Dalam ziarah hari ini juga, kita akan minta pegawai pusat kesihatan berdekatan untuk lawat ke rumah seorang daripada asnaf dan berikan surat perubatan berkaitan keadaan anaknya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU)," katanya.
Ziarah Asnaf semalam membabitkan tiga rumah di Perumahan Awam Seri Selangor dengan menyantuni Mohamad Fazlim Sha'ri, Jamsiah Mohd Said dan Mohamad Fadli Dahalim.
Dalam pada itu, Mohd Na'im berkata MAIWP setakat ini telah menyalurkan RM620,000 kepada Pertubuhan Kumpulan Sokongan Komuniti Sejahtera (K2S) melalui Bantuan Penubuhan Pusat Fisioterapi MAIWP bagi membolehkan golongan asnaf dan B40 yang terlibat kemalangan atau selepas menjalani pembedahan mendapatkan rawatan fisioterapi percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Mohd Na'im berkata program Ziarah Asnaf akan dilaksanakan setiap bulan bagi memberi peluang kepadanya untuk menyantuni asnaf penerima bantuan MAIWP. - Foto BERNAMA
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
AWANI Tonight: Driving growth with tax education, compliance
AWANI 7:45 [26/12/2024] - 20 tahun tragedi tsunami | Siap siaga banjir di Kelantan Ahad ini | Hukuman sebat di masjid | Seleweng bahan kawalan
- Mengenang 20 tahun tragedi tsunami, siren dibunyikan di Banda Aceh
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
- Kelantan siap siaga, ramalan banjir sembilan jajahan Ahad ini
- Hukuman sebat pesalah khalwat dilaksana di masjid esok
- Kapal angkasa Nasa cipta sejarah, terbang hampiri matahari
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Disember 2024
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
1️⃣ Terjatuh dari tingkat 33, pelajar universiti maut
2️⃣ Tiada rakyat Malaysia terjejas
3️⃣ Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
#awaniringkas
Senarai negara rakan BRICS akan diumumkan tidak lama lagi
Negara rakan BRICS akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri luar BRICS dan dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.
Lubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
Lubang itu yang jelas kelihatan dalam gambar dan video pesawat Embraer 190, disyaki berpunca daripada tembakan senjata.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai
Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai melebihi had bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Guru wanita dilaporkan hilang ditemukan di Teluk Intan
Polis berjaya menemukan wanita yang dikenali sebagai Nur Nazalishah Ahmad itu pada 2 petang di Teluk Intan hasil maklumat orang awam.
Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Banjir: MAIWP diminta salur bantuan secepat mungkin - Mohd Na'im
Datuk Mohd Na'im Mokhtar meminta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas.
Banjir: MAIWP tambah peruntukan RM7 juta - Mohd Na’im
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan peruntukan tambahan RM7 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.
RM1 bilion kutipan zakat direkod pada 2023, peningkatan 11 peratus - MAIWP
Sebanyak RM1 bilion zakat berjaya dikutip di seluruh Wilayah Persekutuan pada 2023, peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 November 2024.
‘Santuni MADANI’ platform tepat pantau sistem penyampaian kerajaan
Program itu dilihat mampu memberi impak dalam merapatkan jurang kemudahan antara desa dan bandar.
MAIWP perlu tekankan pengurusan integriti bagi capai agenda nasional - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata beliau mahu 'stigma lama' berkaitan aspek pengurusan tidak cekap, dinoktahkan dan tidak mahu agensi berkaitan hal ehwal Islam itu terus dilihat ketinggalan daripada arus perdana.
MAIWP sentiasa komited bantu anak-anak asnaf dan huffaz
MAIWP menyediakan 38 skim bantuan merangkumi kebajikan, pendidikan, keusahawanan dan perlindungan dari pusat asuhan hingga ke IPT.
Lima sekeluarga tinggal di pondok usang di Kuala Lumpur
Program Ziarah Asnaf MAIWP menyantuni sepasang suami isteri dan tiga anak mereka yang tinggal di sebuah pondok usang berhampiran PPR Seri Semarak.