LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM60.1 juta bagi pelbagai program untuk membantu golongan miskin dan memerlukan atau asnaf di Labuan tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Naim Mokhtar berkata peruntukan itu membuktikan kesungguhan MAIWP dalam membantu mereka yang memerlukan, meningkatkan taraf kehidupan dan tindakan proaktif badan itu dalam menangani cabaran komuniti.
"Saya mahu MAIWP terus komited untuk melibatkan diri dengan asnaf secara langsung. Pendekatan ini juga bukan sahaja membolehkan kita memahami kesusahan mereka, tetapi juga berkongsi dasar dan pelbagai skim bantuan MAIWP dengan berkesan," katanya.
Bercakap kepada pemberita pada program Kembara Kasih Asnaf 2023 di Dewan Homestay Kampung Sungai Labu di sini hari ini, Mohd Na'im berkata MAIWP Labuan telah mengagihkan sebanyak RM47.7 juta setakat September lepas
Beliau berkata antara kejayaan inisiatif MAIWP ialah Program Perumahan Asnaf di Ganggarak Permai melibatkan peruntukan RM33.83 juta untuk 140 rumah dan program keusahawanan termasuk penanaman cendawan yang telah meningkatkan taraf hidup asnaf.
"Pelan strategik MAIWP 2021-2025 termasuk memperluas inisiatif Pertanian Bandar bertujuan melibatkan golongan asnaf dalam pertanian hidroponik, fertigasi dan amalan pertanian yang lain," katanya.
Mohd Na'im berkata inisiatif lain ialah projek pembinaan Sekolah Menengah Agama di Kampung Sungai Bedaun bernilai RM53.8 juta yang menempatkan 600 pelajar dan program Food Truck untuk kumpulan B40 dengan pembiayaan RM1.2 juta.
"Usaha ini menekankan pengurusan dana zakat yang berkesan, memastikan kemajuan sosioekonomi asnaf secara holistik," katanya.
Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan termasuk RM183,900 bagi pembelian kerusi laser dan mesin laser YAG untuk Hospital Labuan, bantuan keusahawanan asnaf berjumlah RM800,000, kerusi roda bernilai RM4,450, program transformasi kemahiran dan ekonomi untuk B40 sebanyak RM166,000 dan Program Kembara Kasih Asnaf berjumlah RM1,216,350.
Beliau berkata usaha berterusan MAIWP mencerminkan komitmennya untuk menaik taraf kehidupan masyarakat kurang bernasib baik di Labuan dan peranannya dalam meningkatkan status sosioekonomi asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sementara itu, Mohd Na'im turut menyertai Program Kembara Kasih Asnaf di sekitar perairan Labuan dan menyampaikan bantuan bakul makanan bernilai RM100 kepada 20 nelayan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2023

Mohd Naim berucap pada program Kembara Kasih Asnaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan hari ini. - Foto Bernama
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Lebih 10,000 sertai MAIWP Run 2025 di Dataran Putrajaya
MAIWP RUN 2025 sekali lagi membuktikan kemampuan institusi Islam untuk menyatukan masyarakat sambil memupuk kesedaran tentang tanggungjawab sosial dan kesihatan.

Aidiladha: Bantuan Insentif Khas RM500 kepada asnaf MAIWP
MAIWP akan menyalurkan Bantuan Insentif Khas sebanyak RM500 kepada asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai persediaan menyambut Aidiladha.

MAIWP peruntuk RM30.6 juta untuk skim BKB di Labuan
MAIWP Labuan telah memperuntukkan RM30.6 juta untuk Skim Bantuan Kewangan Bulanan (BKB) yang memberi manfaat kepada 5,406 ketua keluarga.

Program Rahmah Ramadan MAIWP bantu asnaf buat persiapan raya
MAIWP memperuntukkan RM75,000 untuk membantu masing-masing 100 asnaf di Kuala Lumpur dan Labuan serta 50 asnaf di Putrajaya membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Syed Kamarulzaman dilantik Pengerusi MAIWP baharu
Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), berkuat kuasa Khamis.

Mohd Na'im mahu MAIWP adakan bengkel etika dan pengurusan kaunter secara berkala
Mohd Na'im berkata perkhidmatan kaunter yang cekap dan penuh beradab akan memberikan gambaran positif terhadap imej jabatan.

Agong berkenan terima zakat perniagaan lebih RM65 juta
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah lebih RM65 juta bagi pihak Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Agropreneur Fertigasi Cili: MAIWP jalin kerjasama strategik ubah status asnaf
Mohd Na'im berkata, ini susulan kejayaan program pembangunan usahawan asnaf MAIWP melalui Agropreneur Fertigasi Cili bersama syarikat GrasiCili sejak November 2021.

MAIWP peruntuk RM60.1 juta untuk asnaf di Labuan tahun ini
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memperuntukkan RM60.1 juta bagi pelbagai program untuk membantu golongan miskin dan memerlukan atau asnaf di Labuan tahun ini.

MAIWP salur sumbangan RM1 juta bagi misi bantuan banjir di Johor
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM1 juta sebagai sumbangan misi bantuan banjir di Johor.