Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap sebarang aduan melibatkan semua kesalahan jenayah syariah termasuk khalwat, melalui Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pengerusi MAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi turut menegaskan pelaksanaan undang-undang syariah adalah di bawah bidang kuasa negeri serta diperuntukkan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri.
"MAIS, bagaimanapun akan sentiasa memantau dan memastikan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan adalah bertepatan dengan prosedur operasi standard (SOP) diluluskan dan undang-undang yang berkuat kuasa.
"Justeru, MAIS menasihati semua umat Islam di Selangor untuk tidak melakukan apa-apa kesalahan termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Mohammed Khusrin menggesa semua pihak untuk memberi maklumat berkaitan apa-apa perbuatan jenayah syariah yang berlaku untuk tindakan penguatkuasaan, ke hotline JAIS 1-800-88-2424.
Isu khalwat menjadi tumpuan selepas sebuah akhbar bahasa Inggeris tempatan pada Sabtu lepas (6 Okt) menyiarkan laporan temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bertajuk 'No More Moral Policing' serta versi dalam talian 'No more night khalwat raids or intrusion into Muslims private lives, says Mujahid'. ('Tiada lagi kepolisan moral' dan 'Tiada lagi serbuan khalwat waktu malam atau menerjah kehidupan peribadi orang Islam, kata Mujahid')
Laporan berkenaan mengundang reaksi daripada pelbagai pihak termasuklah mufti dan badan bukan kerajaan (NGO) yang tampil mengkritik serta menyokong kenyataan berkenaan.
BACA: Saya maafkan kritikan mereka, biarpun mereka tidak cuba memahami - Mujahid
BACA: Mujahid tidak ada kuasa ubah operasi khalwat - Asyraf Wajdi
Mujahid, bagaimanapun tampil menafikan ada mengeluarkan kenyataan tersebut ketika ditemu bual wartawan akhbar berkenaan, dan mendakwa perkara itu dirumus sendiri media berkenaan.
BACA: Akhbar The Star digesa mohon maaf secara terbuka
BACA: Kenyataan saya disalah tafsir - Mujahid
Beliau turut meminta agar akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka dan ia perlu disiarkan di dalam akhbar serta portal mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 08 2018

MAIS menasihati semua umat Islam di Selangor untuk tidak melakukan apa-apa kesalahan termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. - Gambar hiasan

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.
Rodrigo dan Sara Duterte melawat Hong Kong
Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan anak perempuannya Sara, yang merupakan Naib Presiden Filipina, melawat Hong Kong pada hujung minggu ini.
Siklon Alfred: Penduduk bergelut dengan pokok tumbang, bekalan elektrik terputus
Kira-kira 316,540 penduduk terputus bekalan elektrik di tenggara Queensland, dengan bandar Gold Coast merupakan kawasan paling teruk terjejas.
Darurat diisytiharkan di Long Island, New York
Darurat diisytiharkan di New York pada Sabtu ketika kebakaran hutan terus merebak di Long Island, memaksa penduduk dipindahkan dan mengakibatkan gangguan besar.
Penunjuk perasaan berhimpun, tuntut keadilan dan keselamatan kanak-kanak
Mereka turut mendesak kerajaan untuk bertanggungjawab penuh serta memberikan jaminan keselamatan kanak-kanak di negara itu terpelihara.

Masters Orleans: Strategi pukulan sempurna Wan Aris- Roy King undang padah - Rexy
Strategi pasangan beregu lelaki negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King untuk menghasilkan pukulan sempurna mengundang padah apabila tersingkir di separuh akhir Masters Orleans 2025, pada Sabtu.
Malaysia mahu tetapkan standard baharu tadbir urus global
Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global, berasaskan nilai-nilai berkekalan seperti keterangkuman, kepelbagaian dan perancangan berorientasikan masa hadapan.
AI perlu diperkenalkan di sekolah rendah, tanpa tambah sukatan sedia ada
Penggunaan kecerdasan buatan (AI) di peringkat sekolah rendah wajar diperkenalkan secara berperingkat dengan pendekatan lebih organik, tanpa menambah beban sukatan pelajaran sedia ada.

Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak di bawah bidang kuasa negeri - Mohd Na'im
Hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai adalah di bawah bidang kuasa negeri.

Bimbang enakmen jenayah syariah negeri dicabar, kerajaan disaran pinda Perlembagaan
Undang-undang jenayah syariah negeri tetap tidak sah jika menyentuh perkara dalam Senarai Persekutuan terutama yang membabitkan perkara dalam undang-undang jenayah.

Pemberian hak milik kekal tanah bidang kuasa pihak berkuasa negeri - Aziz Bari
Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, perkara itu jelas disebut di dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Tanah Negara.

MAIS teruskan penguatkuasaan jenayah syariah
Pelaksanaan undang-undang syariah adalah di bawah bidang kuasa negeri serta diperuntukkan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri.